Monday 3 November 2014

Cara Solat Duduk Bagi Ibu Sarat Hamil Dan Orang Sakit / Uzur

Bila dah sarat ni, nak solat macam biasa pun rasa payah sangat. So mula la google cara-cara solat duduk untuk ibu hamil. Dulu masa preggy anak pertama tiada masalah (seingat saya la, hehehe).
Alhamdulillah jumpa blog ummierna.blogspot.com.
Semoga dapat menjadi panduan bersama.


Solat duduk ini bukan bermakna mula solat terus duduk.
  1. Bagi mereka yang masih berkemampuan untuk berdiri lama tapi tidak boleh sujud seperti biasa, boleh solat seperti gambar yang pertama di mana hanya untuk sujud sahaja dibuat secara duduk.
  2. Bagi mereka yang masih berkemampuan untuk berdiri lama tapi tidak mampu rukuk dan sujud seperti biasa, boleh rujuk gambar kedua di mana rukuk dilakukan semampu yang boleh dan sujud secara duduk di atas kerusi.
  3. Bagi mereka yang tidak mampu untuk berdiri tapi boleh duduk seperti biasa, boleh rujuk gambar ketiga di mana solat dilakukan secara duduk di lantai dari mula sehingga selesai.
  4. Bagi mereka yang tidak mampu untuk berdiri dan jga duduk di atas lantai, boleh rujuk gambar keempat di mana solat dilakukan secara duduk di atas kerusi dari mula sehingga selesai.
Jika ada sebarang kesilapan, mohon beritahu saya ye di :
whatsapp 0192882244 atau komen di bawah.

Dan adalah lebih baik rujuk kepada para alimi dalam bab-bab ibadah ni..

1 comment:

  1. Assalam. Utk foto yg pertama, bgmn boleh ruluk lebih rendah dari sujud ? Dlm kuliah Ustz Dr. Ahmad di Masjid Jamek Br 14 Puchong mngatakan bahawa tidak boleh rukuk lebih rendah dpd sujud. Maka dlm keadaan ini messtilah rukuk dlm keadaan duduk juga tidak boleh rukuk spt biasa sbb nnti rukuk akan lebih rendah dr sujud sbb sujud dilakukan dlm keaddan duduk.

    ReplyDelete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...