Monday 27 March 2017

8 Petua Atasi Masalah Kulit Dan Rambut Menggunakan Bahan Semulajadi

Nak cantik tidak semestinya kena pakai produk berjenama yang mahal-mahal. Ada banyak cara untuk kita pastikan kulit kita terutama kulit wajah cantik dan sihat. Antara adalah dengan mengamalkan 8 petua kulit cantik menggunakan bahan semulajadi seperti di bawah.

1. Timun


Timun bagus untuk bahagian mata. Timun dapat menghilangkan lingkara hitam mata (mata panda), mata bengkak, mengecilkan pori-pori kulit dan menghilangkan kesan sunburn.
Caranya : hiris nipis timun dan letakkan di atas mata. Buat la semasa anda nak tidur ye. Bukan ape, atleast tak ganggu aktiviti anda.

2. Teh Hijau

Teh hijau juga dapat bantu kurangkan lingkaran hitam pada mata dan melembabkan kulit yang kering.
Caranya : teh hijau yang sudah digunakan, letakkan di atas mata selama 15-20 minit. Pastikan uncang tersebut fresh tapi sudah sejuk (kalau panas kang ada pulak bengkak mata tu hihihi).

3. Air Beras


Menurut petua orang Jepun, air beras kaya dengan antioksida dan melambatkan prosepenuaan (almaklum Malaya dulu penah ditawan Jepun. Jadi petuanya pun ada yang melekat kat sini).
Caranya : Rendamkan kapas ke dalam air beras dan sapu ke wajah macam toner atau moisturizer.

4. Kunyit


Biasa kita tahu kaum wanita bangsa India memang amalkan sapuan kunyit pada kulit. Kalau kita tengok cerita hindustan ataupun tamil, kalau ada scene kawin-kawin nanti pengantin perempuan akan disapu dengan kunyit. Kunyit juga digunakan sebagai antiseptik dan scrub.
Caranya : bancuh sedikit serbuk kunyit dengan susu cair dan sapu di bahagian muka atau badan selama 15 minit. Jangan lama sangat nanti susah nak hilang pulak warna kuning tu. Hihi. Kang terkejut pulak orang kekeliling tengok muka awak.

5. Arang


Arang ni bukan untuk sapu kat muka ye. Itu askar boleh la. Hehehe.. Arang bagus untuk hilangkan kekuningan pada gigi. So kepada peminat kopi atau perokok tegar, boleh la amalkan gosok gigi dengan arang.
Caranya : tumbuk arang dengan sedikit garam, kemudian gosok gigi dengan jari. Nak pakai berus gigi pun boleh. Arang tersebut akan menyerap kekuningan pada gigi.

6. Minyak Kelapa


Rasa ramai yang tahu pasal kebaikan minyak kelapa untuk rambut kan. Petua ini banyak diamalkan oleh bangsa India. Dulu kecil-kecil pun mak-mak kita kalau nak lebatkan rambut mereka dan rambut kita sekali (haha), mesti akan sapu minyak kelapa. Minyak kelapa ini bagus untuk lebatkan rambut dan hitamkan rambut. Tapi nak dapatkan minyak kelapa pure sekarang ni pun macam susah je kan. Tambahan pulak baunya takut orang keliling tak tahan pulak. Haha..
Caranya : Sapu pada kulit kepala dan bahagian wajah atau badan yang mengalami kulit kering.

7. Oat

Oat kaya dengan fiber dan sesuai untuk dijadikan mask.
Caranya : Kisar oat menjadi halus. Kemudian campurkan dengan madu dan sapu pada wajah selama 15 minit.

8. Lidah buaya / Aloe Vera


Aloe Vera telah lama digunakan secara tradisional untuk menghilangkan parut terutama di wajah.
Caranya : Potong aloe vera, ambil lendirnya dan sapu pada parut. Amalkan setiap hari sampai parut hilang.

Banyakkan petua orang-orang tua. Nampak mudah. Tapi bila nak amalkan nya?? Agak-agak rajin tak nak prepare?? Hehe.. kalau rajin bagus la..
Untuk mereka yang nak cari alternatif cara yang lebih mudah, tak perlu tumbuk-tumbuh, bancuh-bancuh, hanya tuang dan telan sahaja, boleh la amalkan Vivix. Bahan aktif dalam Vivix berfungsi melindungi sel badan kita terutama kulit (sebab lebih banyak terdedah) daripada kerosakan radikal bebas dan bantu penghasilan sel-sel baru.
Bukan setakat rambut hitam lebat, kulit cantik dan awet muda malah dapat bonus kesihatan bertambah baik, InsyaAllah. So kalau rasa-rasa macam tak dan je nak amalkan semua petua di atas, boleh amalkan minum Vivix setiap hari.








Baca sini untuk info lanjut mengenai Vivix.
Macam mana nak dapatkan Vivix?

Hubungi saya Suhailah:
(ID 930065)
Whatsapp / Telegram : 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
COD : 
1) Melaka - MITC, Tesco Cheng, Ayer Keroh Height, Batu Berendam
2) Pasir Gudang - Tmn Scientex, Tmn Mawar, Tmn Cendana, Tmn Kota Masai, Tmn Pasir Putih
Pos : Seluruh Malaysia




Credit : mrtengkuasmadi.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...