Wednesday 1 March 2017

Tanda-tanda Bersalin Yang Anda Perlu Tahu Supaya Tidak Terbersalin Di Dalam Kereta

Assalamualaikum.. Wah tahniah! Tak lama lagi anda akan bergelar mama dan papa. Mesti excited kan.. berdebar pun ada kan. Terutama mama. Hehe.. Saya dulu pun macam tu juga. Macam-macam perasaan bercampur baur.. Bila baby nak keluar? Macam mana nak tahu baby dah nak keluar?

Tanda-tanda Bersalin Yang Anda Perlu Tahu Supaya Tidak Terbersalin Di Dalam Kereta

Kita memang wajib tahu apa tanda-tanda yang menunjukkan baby memang dah nak keluar. Papa papa pon kena tahu ye. Takde la nanti panik bila tiba-tiba tengok muka mama keras je tahan kontraksi.. hehe..

Tanda-tanda bagi setiap mama malah setiap kelahiran ada sedikit perbezaan. Tapi secara general, berikut adalah 3 tanda-tanda nak bersalin yang dirasai dan dialami oleh ramai mama.

1) Blood show / Berdarah

Tanda-tanda Bersalin Yang Anda Perlu Tahu Supaya Tidak Terbersalin Di Dalam Kereta

Sepanjang hamil, pintu rahim akan tertutup rapat dan tersumbat dengan mucus plug. Bila hampir tiba waktu bersalin, pintu rahim akan mula mengembang dan melembut. Bila pintu rahim makin mengembang, mukus tersebut pun terjatuh dah terkeluar dari faraj. Semasa pintu rahim terbuka/mengembang, saluran darah dibahagian rahim akan terkoyak sedikit dan menyebabkan tanda-tanda blood show atau macam tanda awal period.

2) Kontraksi

Tanda-tanda Bersalin Yang Anda Perlu Tahu Supaya Tidak Terbersalin Di Dalam Kereta

Ada 2 jenis kontraksi iaitu sakit kontraksi false alarm atau dikenali dengan nama brixton hick dan juga betul-betul tanda nak bersalin. Biasanya kalau braxton hicks boleh dirasai seawal minggu ke 36. Macam mana nak bezakan di antara kontraksi sebenar dengan Braxton hicks adalah kontraksi sebenar akan berubah dari sakit sikit kepada sakit sangat dan tempoh antara kontraksi semakin kerap dan konsisten. Contohnya pada awal kontraksi anda akan rase setiap 30 minit, kemudian meningkat jadi setiap 10 minit dan akhirnya jadi setiap 5 minit.  Tapi kontraksi braxton hicks ini sakitnya tidak konsisten dan kemudian hilang. Selang beberapa jam atau beberapa hari baru datang balik.
Macam mana sakit kontraksi tu ek? Untuk 1st time mama mesti tertanya-tanya kan.. sakit kontraksi boleh digambarkan macam sakit senggugut tapi yang amat sangat. Kalau boleh time ni jangan pegang tangan sesiapa. Ada kang patah pulak. Hihi.. peha dan kaki akan rasa kejang. Tapi bila kontraksi tu berhenti memang rasa lega sangat. Kontraksi ni akan buat kita rasa nak push atau meneran semasa bersalin nanti. So kalau dah ada rasa kontraksi yang tetap dan kerap, cepat-cepat rujuk hospital. Tapi jangan la tunggu sampai dah setiap 5 minit baru nak pegi ye. Ada kang terberanak dalam kereta pulak. Hehe..

3) Pecah Air Ketuban

Haaa.. tanda ni paling jelas, terang lagi bersuluh.. Air ketuban warna dia biasanya jernih dan tidak berbau. Air ketuban boleh pecah sepenuhnya atau sikit-sikit (leaking). So kalau dah pecah, cepat-cepat ke hospital. Jangan buat tak tau je ye. Atau kalau pecah time tengah tidur tu, sedar-sedar tengok dah basah, jangan assume isteri terkencing malam ye (walaupun ibu hamil memang selalu ke tandas). Check berbau ke tidak air tu. Kadang-kadang air ketuban boleh berwarna kehijauan dan sedikit berbau. Ini kadang-kadang terjadi pada kandungan yang dah terlebih bulan. Ini menunjukkan yang baby sudah membuang air besar di dalam rahim.

Walaubagaimana pun, mama dan papa jangan panik kalau terdapat tanda-tanda nak bersalin. Sekarang dah tahu kan. So bila terdapat salah satu tanda di atas, pergi segera ke hospital dan dapatkan pemeriksaan.
Mama dah cukup 36 minggu? Dah boleh standby la beg bersalin mama dan baby. Simpan dalam kereta siap-siap. So nanti kalau dah ada tanda senang, boleh terus bergerak ke hospital.
Jangan lupa berdoa semoga proses kelahiran dipermudahkan.


Pesanan : sebelum masuk bilik bersalin, pastikan mama dah makan dan minum ye. Sebab nak bersalin perlukan tenaga yang banyak. 
Antara bekalan yang wajib ada adalah kurma, susu atau air malta dan supplement lengkap ibu hamil.

Set-hamil-shaklee
Ini set hamil dan berpantang yang saya amalkan. Alhamdulillah badan tak terlalu letih dan proses kelahiran anak cepat.

Saya doakan semoga urusan kelahiran baby anda dipermudahkan. Amin. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...