Sunday 15 June 2014

Tips Macam Mana Nak Pastikan Anda Minum Air Yang Cukup Setiap Hari.

Tahukah anda 60%-70% tubuh kita terdiri daripada air?
Kita disarankan minum air putih sebanyak 2-3 liter sehari.
Air membantu membekalkan oksigen dan makanan ke seluruh tubuh kita melalui saluran darah.
Air juga membantu menyingkirkan toksin dari tubuh melalui urin/air kencing.
Memang banyak kalau nak disenaraikan semua fungsi air pada manusia ni.


Sebab itu apabila anda makan supplement, anda disarankan agar minum air yang cukup.
Pertama, untuk pastikan kebaikan supplement itu sampai ke sasarannya.
Kedua, untuk singkirkan toksin-toksin yang dikeluarkan dengan bantuan supplement itu.


Ramai yang mengeluh, susah la nak minum air banyak2 ni. Lebih-lebih lagi yang bekerja.

Ok, ni saya nak bagi tips yang boleh diamalkan untuk pastikan kita minum air yang cukup setiap hari.

  1. Sebaik sahaja bangun tidur, minum la segelas air masak (250ml).
  2. Selepas sarapan, seelok-eloknya minum air masak (250ml).
  3. Di antara waktu sarapan dan makan tengahari, minum lagi 2-3 gelas air masak (500ml-750ml).
  4. Selepas makan tengahari, minum segelas air (250ml).
  5. Di antara waktu makan tengahari hingga sebelum pulang ke rumah, minum 500ml-1 liter air masak.
  6. Selepas sampai ke rumah, minum segelas air masak (250ml).
  7. Selepas makan malam, minum segelas air masak (250ml)
  8. Sebelum tidur, minum segelas air (250ml). Pada mereka yang suka minum susu sebelum tidur boleh diganti dengan air susu.
Saya nak share cara paling senang untuk sukat air yang kita minum. Saya amalkan cara ini di tempat kerja.
Sekarang ni banyak dijual botol air yang mempunyai sukatan

Di rumah anda boleh isi siap-siap air masak ke dalam botol tersebut. Minum air masak dari botol tersebut. 
Jika di tempat kerja anda mempunyai sumber air minum, sediakan botol air kosong di tempat kerja dan isi setiap pagi sampai ke tempat kerja. 
Pastikan sukatan air yang diisi cukup untuk sehari sahaja. Ini bagi memudahkan anda ingat sama ada anda telah minum air secukupnya untuk hari tersebut.


Ingat! 
Air sangat penting untuk tubuh kita. Setiap hari kita kehilangan air. Maka kita perlu minum untuk gantikan semula air yang hilang supaya badan tidak mengalami dehydration.


Performance Drink Shaklee. 
Air Isotonik yang sihat (kandungan gula yang rendah & tidak bergas).
Membantu kekalkan hydrasi tubuh.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan tempahan:

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

No comments:

Post a Comment

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)