Semua orang nak anak
bijak, betul tak? Sape tak nak? Memang pelik.. hehehe..
Biasa kita dengar
anak bijak ni disebabkan genetik. Memang tak dinafikan, ada anak-anak yang
semulajadi agak bijak. Mereka mudah memahami sesuatu menyebabkan mereka mudah
belajar dan mahir. Terbukti juga anak yang lahir dari perkahwinan campur
(pelbagai bangsa), agak bijak. Tak heran ramai orang termasuk masyarakat kita
Malaysia memilih berkahwin campur.
Jadi, boleh ke kita
bentuk anak-anak kita menjadi bijak? Kenapa tidak? Anak-anak ini sebenarnya
dilahirkan dengan potensi yang sangat besar. Kita sebagai ibu bapa kena bijak
membuka ruang dan membantu menyerlahkan potensi mereka.
"Anak kecil lagi..
Mereka bukan paham pun. Nanti dah besar pandai la diorang belajar kat sekolah
nanti".
Haa.. ini ayat biasa yang kita dengar atau kita sendiri ungkapkan, betul
tak? Sebenarnya dari mereka bayi lagi kita dah boleh mendidik mereka. Kerana
pada usia mereka bawah 6 tahun adalah fasa dimana mereka memerhati dan mudah
menyerap segala apa yang berlaku dan dipelajari dari sekeliling mereka.
Termasuk la tingkah laku mama dan papa nya asyik bermain telefon dan tak
hiraukan anak-anak. Hati-hati ye.. Takut nanti bila mereka dah dewasa, kita
pula tidak dihiraukan..
Apa yang kita boleh
lakukan untuk membentuk anak menjadi bijak?
1)
Berbual lah dengan anak-anak
Sejak
hari pertama anak kita lahir ke dunia, kita dah boleh mula berbual-bual dengan
mereka walaupun mereka belum dapat membalas setiap bait perkataan. Berbual
dengan bayi dapat membantu anak kita membina kemahiran pertuturan dengan lebih
cepat..
2)
Bacakan buku cerita
Kita
boleh mulakan amalan membacakan buku cerita terutama yang bergambar menarik dan
bertulisan besar sejak anak-anak bayi lagi. Walaupun mereka belum faham, bayi
akan menunjukkan tindakbalas teruja bila melihat buku dan mendengar kita
bercerita. Secara tidak langsung, rutin ini juga dapat memupuk minat membaca di
dalam diri anak-anak kita. Bila dah besar nanti tak la mereka liat nak
menelaah.. hehehe..
3)
Perkenalkan alam sekitar
Ini
adalah pelajaran asas sebuah kehidupan. Sekali-sekala bawa anak-anak
bersiar-siar di taman atau zoo. Beritahu mereka tentang bunga, pokok, haiwan,
bulan, matahari dan segala ciptaan Tuhan.. Mereka akan seronok kerana telah
mempelajari perkara baru. Mereka akan sedar bahawa ada hidupan lain di dunia
ini selain mama, papa, abang dan kakak mereka.
4)
Bermain dengan warna
Bayi
amat teruja dengan objek berwarna terutama yang berwarna terang seperti merah,
biru dan kuning. Perkenalkan kepada mereka warna-warna dengan menggunakan apa
sahaja peralatan atau kain berwarna. Jika usia mereka sudah sesuai, boleh la
bermain pensil warna atau water color (yang selamat untuk anak2) dengan mereka.
Pastikan anda meluangkan masa bersama. Jangan la biarkan anak-anak bermain
sendirian. Terutamanya anak sulung. Kesian mereka.
5)
Bermain kira-kira
Nak
ajar bayi kira-kira? Macam mana pulak tu.. Jangan fenin-fenin. Anda tak perlu
ajar mereka menggunakan objek dan tak perlu nak evaluate sama ada mereka paham
ke idak.. bayi kan.. mana la boleh jawab.. hehe.. kalau anak dah besar boleh
la.. tapi kalau baru sekali dua ajar jangan la expect mereka sudah mahir..
anak-anak ni mudah lupa.. so kita kena la kerap ulang balik pembelajaran
tersebut.. ok balik semula untuk bayi, kita boleh mula mengajar mereka mengira
dengan membilang no dari 1 hingga 10 setiap kali kita bermain dengan mereka.
Biasakan mereka mendengar nombor dan melihat cara kita mengira. Bayi akan serap
semua ilmu ini, dan jangan terperanjat bila mereka nanti mahir mengira pada
usia yang sangat awal.
6)
Beri makanan berkhasiat
Makanan
berkhasiat juga penting untuk membantu pertumbuhan otak, menjadikan anak lebih
bijak. Antara makanan brain food adalah telur (protein), sayuran hijau (vitamin
dan mineral), blueberries dan minyak ikan (omega-3, EPA & DHA).
Minyak
ikan keluaran Shaklee iaitu Omega Guard kaya dengan asid lemak omega-3, EPA
& DHA yang penting untuk pertumbuhan otak anak-anak seterusnya membantu
menjadikan anak bijak.
Saya
percaya ramai ibu-ibu (yang tidak bf secara eksklusif atau yang sudah weaning),
akan memilih susu formula yang kaya dengan DHA dan EPA untuk diberikan kepada
anak tersayang. Saya pun. Bila nak pilih jenama (yang saya mampu la kan.. hehe)
mesti saya tengok kandungan DHA & EPA nya.
Tapi
sejauh mana kita yakin kandungan DHA & EPA serta omega-3 itu benar-benar
ada dalam susu tersebut dengan amaun yang dinyatakan, atau adakah DHA, EPA
mahupun omega-3 itu masih kekal berfungsi setelah menjalani pelbagai proses
semasa penghasilan susu tepung.
Saya
yakin dengan OmegaGuard Shaklee kerana :
1)
Ia masih kekal dalam bentuk minyak ikan.
Kandungan omega-3, EPA & DHA nya masih kekal dan tidak berubah.
2)
Dihasilkan mengikut gred farmaseutikal iaitu
gred penghasilan ubat-ubatan. Untuk menghasilkan ubat bukan senang. Ada ciri-ciri
yang perlu dipatuhi. Untuk memastikan kualiti OmegaGuard ini serta keselamatan
penggunanya, Shaklee mengambil langkah inisiatif menghasilkan minyak ikan bergred
tinggi.
Yang
lagi bestnye Omega Guard ni, Omega Guard juga telah membantu ramai ibu-ibu
mengatasi masalah anak eczema dan asma. Syukur Alhamdulillah.. tak perlu lagi
mereka pening atau menahan kesedihan setiap kali anak sakit atau tidak selesa.
Memang kesian bila tengok anak kecil sakit kan.. Aduh, mata masuk habuk dah..
Ok
la.. semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu dan ayah-ayah mendidik anak menjadi
anak bijak.. dan juga sihat!
Psttt bulan
ni promosi Omega Guard beli 6 PERCUMA 1 masih berlangsung. Nak beli 1 pun
boleh.
Jom tengok apa kebaikan OmegaGuard kepada Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Kanak-kanak, Pesakit Darah Tinggi dan Kencing Manis.
Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.
Jom tengok apa kebaikan OmegaGuard kepada Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Kanak-kanak, Pesakit Darah Tinggi dan Kencing Manis.
Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :
(ID 930065)
FB: Aliyya Soffiya
Page : Vitamin Sihat Natural
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah
No comments:
Post a Comment
komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)