Monday 25 May 2015

6 Tip Anak Bijak

Semua orang nak anak bijak, betul tak? Sape tak nak? Memang pelik.. hehehe..
Biasa kita dengar anak bijak ni disebabkan genetik. Memang tak dinafikan, ada anak-anak yang semulajadi agak bijak. Mereka mudah memahami sesuatu menyebabkan mereka mudah belajar dan mahir. Terbukti juga anak yang lahir dari perkahwinan campur (pelbagai bangsa), agak bijak. Tak heran ramai orang termasuk masyarakat kita Malaysia memilih berkahwin campur.

tips anak bijak, tip anak bijak, tips mendidik anak jadi bijak

Jadi, boleh ke kita bentuk anak-anak kita menjadi bijak? Kenapa tidak? Anak-anak ini sebenarnya dilahirkan dengan potensi yang sangat besar. Kita sebagai ibu bapa kena bijak membuka ruang dan membantu menyerlahkan potensi mereka.

"Anak kecil lagi.. Mereka bukan paham pun. Nanti dah besar pandai la diorang belajar kat sekolah nanti".
Haa.. ini ayat biasa yang kita dengar atau kita sendiri ungkapkan, betul tak? Sebenarnya dari mereka bayi lagi kita dah boleh mendidik mereka. Kerana pada usia mereka bawah 6 tahun adalah fasa dimana mereka memerhati dan mudah menyerap segala apa yang berlaku dan dipelajari dari sekeliling mereka. Termasuk la tingkah laku mama dan papa nya asyik bermain telefon dan tak hiraukan anak-anak. Hati-hati ye.. Takut nanti bila mereka dah dewasa, kita pula tidak dihiraukan..

Apa yang kita boleh lakukan untuk membentuk anak menjadi bijak?

1)      Berbual lah dengan anak-anak
tips anak bijak, tip anak bijak, tips mendidik anak jadi bijak
Sejak hari pertama anak kita lahir ke dunia, kita dah boleh mula berbual-bual dengan mereka walaupun mereka belum dapat membalas setiap bait perkataan. Berbual dengan bayi dapat membantu anak kita membina kemahiran pertuturan dengan lebih cepat..

2)      Bacakan buku cerita
tips anak bijak, tip anak bijak, tips mendidik anak jadi bijak
Kita boleh mulakan amalan membacakan buku cerita terutama yang bergambar menarik dan bertulisan besar sejak anak-anak bayi lagi. Walaupun mereka belum faham, bayi akan menunjukkan tindakbalas teruja bila melihat buku dan mendengar kita bercerita. Secara tidak langsung, rutin ini juga dapat memupuk minat membaca di dalam diri anak-anak kita. Bila dah besar nanti tak la mereka liat nak menelaah.. hehehe..

3)      Perkenalkan alam sekitar
tips anak bijak, tip anak bijak, tips mendidik anak jadi bijak
Ini adalah pelajaran asas sebuah kehidupan. Sekali-sekala bawa anak-anak bersiar-siar di taman atau zoo. Beritahu mereka tentang bunga, pokok, haiwan, bulan, matahari dan segala ciptaan Tuhan.. Mereka akan seronok kerana telah mempelajari perkara baru. Mereka akan sedar bahawa ada hidupan lain di dunia ini selain mama, papa, abang dan kakak mereka.

4)      Bermain dengan warna
tips anak bijak, tip anak bijak, tips mendidik anak jadi bijak
Bayi amat teruja dengan objek berwarna terutama yang berwarna terang seperti merah, biru dan kuning. Perkenalkan kepada mereka warna-warna dengan menggunakan apa sahaja peralatan atau kain berwarna. Jika usia mereka sudah sesuai, boleh la bermain pensil warna atau water color (yang selamat untuk anak2) dengan mereka. Pastikan anda meluangkan masa bersama. Jangan la biarkan anak-anak bermain sendirian. Terutamanya anak sulung. Kesian mereka.

5)      Bermain kira-kira
Nak ajar bayi kira-kira? Macam mana pulak tu.. Jangan fenin-fenin. Anda tak perlu ajar mereka menggunakan objek dan tak perlu nak evaluate sama ada mereka paham ke idak.. bayi kan.. mana la boleh jawab.. hehe.. kalau anak dah besar boleh la.. tapi kalau baru sekali dua ajar jangan la expect mereka sudah mahir.. anak-anak ni mudah lupa.. so kita kena la kerap ulang balik pembelajaran tersebut.. ok balik semula untuk bayi, kita boleh mula mengajar mereka mengira dengan membilang no dari 1 hingga 10 setiap kali kita bermain dengan mereka. Biasakan mereka mendengar nombor dan melihat cara kita mengira. Bayi akan serap semua ilmu ini, dan jangan terperanjat bila mereka nanti mahir mengira pada usia yang sangat awal.

6)      Beri makanan berkhasiat
Makanan berkhasiat juga penting untuk membantu pertumbuhan otak, menjadikan anak lebih bijak. Antara makanan brain food adalah telur (protein), sayuran hijau (vitamin dan mineral), blueberries dan minyak ikan (omega-3, EPA & DHA).

Minyak ikan keluaran Shaklee iaitu Omega Guard kaya dengan asid lemak omega-3, EPA & DHA yang penting untuk pertumbuhan otak anak-anak seterusnya membantu menjadikan anak bijak.
tips anak bijak, tip anak bijak, tips mendidik anak jadi bijak
Saya percaya ramai ibu-ibu (yang tidak bf secara eksklusif atau yang sudah weaning), akan memilih susu formula yang kaya dengan DHA dan EPA untuk diberikan kepada anak tersayang. Saya pun. Bila nak pilih jenama (yang saya mampu la kan.. hehe) mesti saya tengok kandungan DHA & EPA nya.

Tapi sejauh mana kita yakin kandungan DHA & EPA serta omega-3 itu benar-benar ada dalam susu tersebut dengan amaun yang dinyatakan, atau adakah DHA, EPA mahupun omega-3 itu masih kekal berfungsi setelah menjalani pelbagai proses semasa penghasilan susu tepung.
Saya yakin dengan OmegaGuard Shaklee kerana :
1)      Ia masih kekal dalam bentuk minyak ikan. Kandungan omega-3, EPA & DHA nya masih kekal dan tidak berubah.
2)      Dihasilkan mengikut gred farmaseutikal iaitu gred penghasilan ubat-ubatan. Untuk menghasilkan ubat bukan senang. Ada ciri-ciri yang perlu dipatuhi. Untuk memastikan kualiti OmegaGuard ini serta keselamatan penggunanya, Shaklee mengambil langkah inisiatif menghasilkan minyak ikan bergred tinggi.
tips anak bijak, tip anak bijak, tips mendidik anak jadi bijak


Yang lagi bestnye Omega Guard ni, Omega Guard juga telah membantu ramai ibu-ibu mengatasi masalah anak eczema dan asma. Syukur Alhamdulillah.. tak perlu lagi mereka pening atau menahan kesedihan setiap kali anak sakit atau tidak selesa. Memang kesian bila tengok anak kecil sakit kan.. Aduh, mata masuk habuk dah..


Ok la.. semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu dan ayah-ayah mendidik anak menjadi anak bijak.. dan juga sihat!

Psttt bulan ni promosi Omega Guard beli 6 PERCUMA 1 masih berlangsung. Nak beli 1 pun boleh.

Jom tengok apa kebaikan OmegaGuard kepada Ibu Hamil, Ibu Menyusu, Kanak-kanak, Pesakit Darah Tinggi dan Kencing Manis.

Omega Guard Shaklee - Ibu Hamil/Menyusu, Kanak2, Pesakit from iReach HD on Vimeo.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...