Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini telah sampai hari ke-17 Ramadhan. Apa aktiviti hujung minggu ini? Tengah mencari restoran seafood yang best untuk berbuka puasa nanti? Haa.. kalau anda sedang berada di Johor Bahru, ada 1 tempat best yang wajib anda kunjungi jika datang ke Johor Bahru, iaitu Senibong.
gambar credit to : http://www.wanista.com |
Senibong Village ni memang femes bukan setakat dikalangan rakyat Johor, tapi hampir semua pelancong yang datang Johor terutama JB dah tau tempat ni, dan mesti wajib singgah.
Saya sebagai rakyat Johor yang sedang merantau di bumi Melaka pun, bila balik JB akan singgah makan di sini (bergantung pada status kewangan ketika itu, almaklum setiap kali balik kg banyak pakai duit.. huhuhu)
gambar credit to : http://nuanshaari.blogspot.com |
Kat Senibong Village ni terdapat beberapa buah restoran. Korang boleh survey-survey dulu apa seafood yang ada dan berapa harganya (penting ni, takut kang lepas makan pengsan plak. hehe)
Ok, selamat mencuba ;)