Sebak dalam hati setiap kali melihat wajah baby comel Cahaya Amanda yang menangis menahan kesakitan. Setiap kali memandang wajahnya, pasti akan terbayang wajah baby saya (yang mungkin sebaya Cahaya Amanda). Untuk makluman anda yang belum mengetahui kisah baby Cahaya Amanda, si comel ini menderita penyakit Epidermolysis Bullosa iaitu sejenis penyakit genetik. Di khabarkan penyakit ini sangat jarang iaitu 1 dalam 200 ribu kelahiran. Namun Allah telah memilih baby Cahaya Amanda, mama, papa dan ahli keluarganya untuk menempuh ujian ini. Semoga mereka tabah dan diberi ganjaran besar oleh Allah.
Penyakit Epidermolysis Bullosa (EB) ini ialah sejenis penyakit genetik dimana kulit rapuh dan mudah koyak. Koyakan juga boleh berlaku pada organ dalaman seperti usus. Koyakan boleh berlaku walau dengan sedikit sentuhan sahaja. Ya Allah, betapa beratnya penderitaan yang perlu ditanggung oleh Cahaya Amanda. Penyakit ini tidak boleh rawat atau disembuhkan. Pesakit hanya boleh diberi bantuan pain management untuk mengurangkan sakit dan penjagaan rapi untuk mengelakkan dari kulit tertanggal terlalu banyak yang boleh mengundang jangkitan. Kos pengurusan harian pesakit EB ini sangat la tinggi. Oleh itu, pesakit EB sangat2 memerlukan bantuan kewangan.
Gambar ini sahaja sudah cukup memberitahu kita betapa baby Cahaya Amanda sedang menderita. Marilah kita sama2 membantunya. Kalaupun tidak dapat membantu dari segi kewangan, bantulah dari segi moral support. Kerana jiwa dan fikiran family pesakit EB seperti family Cahaya Amanda sangat2 rapuh serapuh kulit Cahaya Amanda. Saya sangat sedih bila membaca luahan hati Puan Suziyana iaitu mama kepada Cahaya Amanda mengenai kata2 yang tidak menyenangkan dari masyarakat sekeliling yang tidak faham mengenai situasi Cahaya Amanda.
Saya menyeru anda semua untuk membantu meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung oleh keluarga baby Cahaya Amanda. Dan marilah juga doakan semoga Allah memberi keajaiban kepada Cahaya Amanda untuk sembuh.
Kepada anda yang ingin memberi bantuan kewangan, anda boleh salurkan bantuan anda ke akaun Cimb Puan Suziyana seperti dalam gambar ini. Semoga Allah murahkan rezeki anda.