Tuesday 15 September 2015

Tips Elak Jatuh Sakit Di Kala Jerebu

Assalamualaikum..
Apa khabar? Harap anda semua masih diberi kesihatan yang baik. Rasa semua dah maklum keadaan jerebu semakin teruk di negara kita. Sampai ada sekolah di beberapa negeri diarahkan tutup termasuklah negeri Melaka ini. Bila sekolah tutup, masalah pulak kepada ibu bapa yang bekerja ni kan. Terpaksa juga ambil cuti kecemasan untuk jaga anak di rumah. Mana yang ada orang tua berdekatan boleh la tumpang kejap ye. Tak pela.. Demi kesihatan anak-anak kita, apa salahnya berkorban sikit kan.. Mudah-mudahan majikan pun paham ye dak..


Jerebu sekarang dah jadi semacam annual event kan. Setiap tahun pasti negara kita diselubungi debu dan asap. Cuma kadang-kadang sikit kadang-kadang tebal. Teringat jerebu tahun 2013, memang tebal sangat2 sampai terpaksa buka lampu kereta di siang hari.
Di bawah ni saya ambil gambar di Pagoh, masa ni pulak econ kereta kami rosak. Haru betul. huhuhu..

Ok. Balik ke topik asal.
Di musim jerebu ini, yang tak bestnya, penyakit pun turut sama hadir. Biasa penyakit berkaitan pencemaran udara macam sakit mata (pedih mata), sakit tekak, batuk, sakit dada, selsema dan sakit kepala. Kita orang dewasa pun tak tahan, apatah lagi kanak-kanak dan baby. Oleh itu, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan dengan mengurangkan dedahan udara yang tercemar.

Tips Elak Jatuh Sakit Di Kala Jerebu
Jom tengok apa yang perlu dan boleh kita lakukan untuk elakkan diri dari jatuh sakit semasa musim jerebu ini:

  1. Kurangkan aktiviti di luar rumah - tak perlu beriadah di taman-taman (udara pun tak bersih, nanti nak sihat jadi sakit pulak).
  2. Sentiasa tutup pintu dan tingkap serapat yang boleh untuk kurangkan kemasukan udara kotor. Jika ada pendingin hawa yang ada ionizer tu, boleh la pasang. Siapa yang takde macam saya, cukup la sekadar tutup pintu dan tingkap rapat-rapat. Hehe..
  3. Jangan lakukan pembakaran terbuka - haa... ini saya pelik dengan sesetengah manusia. Dah jelas-jelas jerebu tebal, masih ada yang buat pembakaran terbuka seperti bakar sampah dan juga bakar ROKOK. Ditambah pulak dengan vape. Adei..
  4. Minum air kosong / suam banyak-banyak (minimum 3 liter).
  5. Pakai penutup muka (mask) - pastikan anda dan anak-anak memakai mask yang sesuai jika perlu berada di luar rumah. Nak pakai mask pulak, pastikan pakai yang betul punya. Ramai yang keliru dan pakai mask yang salah. Mask yang betul adalah jenis P100 dan N95, bukan surgical mask. Rujuk gambar di bawah.
  6. Amalkan supplement seperti vitamin C, vitamin E, Nutriferon dan Performance Drink dari Shaklee untuk kekalkan kesihatan.

Mask yang betul
Haaa.. anda pakai yang mana satu?

 Supplement Kesihatan Shaklee

Supplement ini dapat bantu mengekalkan kesihatan dalaman dengan cara melindungi sel dalam badan dari mengalami merosakan akibat radikal bebas yang terdapat dalam udara jerebu. Nutriferon juga dapa bantu tingkatkan sistem imun badan seterusnya dapat elakkan dari diserang demam, batuk, selsema dan juga sakit kepala.

Untuk sebarang pertanyaan,
boleh
Hubungi saya :
(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 018-8734025
Email: n_su2008@ymail.com

Jom daftar sebagai ahli. Dapat percuma Vitalea. Promosi terhad.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...