Saturday 13 September 2014

Kesan Jika Anda Abaikan Nutrisi Semasa Hamil

Pengambilan nutrisi yang lengkap dan seimbang sangat penting untuk mengekalkan kesihatan badan di tahap optimum. Ia lebih kritikal buat seseorang dalam keadaan tertentu contohnya ketika hamil.
Ini kerana dalam keadaan hamil, keperluan nutrisi meningkat akibat perkongsian penggunaan dengan bayi dalam kandungan.
Selain itu, bayi yang aktif membesar di dalam rahim sangat memerlukan nutrisi yang lengkap. Tumbesaran dan kesihatan bayi boleh terjejas sekiranya keperluan nutrisi mereka tidak mencukupi.

FAKTA 
Tahukah anda 1/3 anak-anak di asia dan afrika meninggal adalah disebabkan ibu (semasa hamil) atau anak mengalami kekurangan nutrisi?
Ibu hamil kerap mengalami kekurang micronutrients utama. Contoh micronutrients adalah acetic citric acid, zinc, iron dan vitamin.

KESAN NUTRISI TAK SEIMBANG BAGI IBU HAMIL
1) Kekurangan Iron @ Zat Besi
Menyebabkan anemia,
Bersalin terlalu awal - bayi pramatang
Menyebabkan bayi yang dilahirkan juga mempunyai masalah kekurangan iron @ zat besi - keadaan ini boleh mengganggu tumbesaran bayi.

2) Glucose Intolerance @ Hyperglycemia
Meningkatkan risiko kencing manis
Boleh mendatang masalah ketika bersalin

3) Darah tinggi
Boleh menyebabkan kesukaran ketika bersalin

4) Osteoporesis
Masalah jangka panjang
Akibat kekurangan kalsium dan vitamin D

KESAN NUTRISI TAK SEIMBANG BAGI IBU HAMIL TERHADAP BAYI DALAM KANDUNGAN
1) Tumbesaran anak terencat
2) Kelahiran pramatang
3) Kekurangan berat badan semasa dilahirkan
4) Mengalami kecacatan
5) Mudah mendapat infeksi

Oleh itu, ibu-ibu.. sila pastikan anda mendapat nutrisi yang secukupnya.
Demi kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Nutrition for Mothers by Dr. Jamie at Shaklee




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...