Showing posts with label Set Penyusuan Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Penyusuan Shaklee. Show all posts

Thursday, 23 March 2017

6 Tips Penyusuan Ibu Secara Eksklusif Bagi Ibu Bekerja

Alhamdulillah semakin ramai ibu-ibu bekerjaya yang memberi susu ibu sepenuhnya kepada anak-anak. Untuk ibu yang bekerja memang bukan mudah. Hanya mereka yang tabah dan kuat semangat je yang akan berjaya. Tapi ini bukan bermakna ibu yang tak berjaya fully breastfeed sepenuhnya atau yang memilih untuk beri susu formula, bukan ibu yang baik. Setiap anak ada rezeki masing-masing. Yang penting kita berikan kasih sayang sepenuhnya dan cuba yang terbaik buat mereka.

Kali ni saya sharekan tips atau perkara-perkara yang ibu perlu tahu sebagai persediaan sebelum naik kerja.

 Apa Yang Anda Perlu Tahu?

  1. Peralatan Penyususan
  2. Bekas Simpan Susu Perahan
  3. Tempoh Expiry Susu Perahan
  4. Cara Mencairkan dan Memanaskan Susu Perahan
  5. Cara Menyediakan Susu Perahan Kepada Pengasuh

6 Tips Penyususan Ibu Bekerja Sebelum Anda Masuk Kerja Semula

1) Peralatan Penyusuan

1- Pam susu - cari pam yang sesuai dengan anda. Sebaik-baiknya cari pam double pumping. Lebih cepat dan mudah untuk simpan stock susu. Kalau ada bajet, boleh beli yang freestyle macam madela atau freemie. Boleh la sambil-sambil tu anda buat kerja lain.
2- Botol susu - untuk kegunaan masa pam dan juga simpan susu di pejabat.
3- Storage bag / botol - untuk simpan susu perahan (stok).
4- Ice pack - untuk sejukkan susu dalam cooler bag (sementara nak bawak balik dari pejabat ke rumah)
5- Cooler bag - untuk simpan / transport sementara susu dari pejabat ke rumah.

2) Bekas Penyimpanan

Ada pelbagai jenis bekas untuk simpan. Kalau yang komersial, boleh guna storage bag atau storage bottle. Ada yang suka pakai botol sebab senang nak cairkan. Ada yang suka bag sebab lebih jimat space dalam freezer. Terpulang pada pilihan anda. Oh ye untuk botol boleh re-use tapi storage bag pakai buang. Kalau nak guna bekas lain boleh tapi pastikan ianya bersih.

3) Tempat Penyimpanan

i - Suhu bilik:
Tanpa air cond ~ kurang dari 4 jam
Dengan air cond ~ 6 - 8 jam
Jika susu yang dicairkan, perlu diminum dalam masa 1 jam selepas dipanaskan

ii - Dalam Peti Sejuk (Bahagian beku)
1 pintu ~  2 minggu
2 pintu ~ 3 bulan
Deep freezer ~ 6 bulan

iii - Dalam Peti Sejuk
1 & 2 pintu ~  3-5 hari (sebelum dibekukan. Jika hari ke-4 susu dipindahkan ke bahagian beku, tempoh expiry dilanjutkan seperti di atas).
1 & 2 pintu ~ kurang 24 jam selepas dicairkan dari sejuk beku.

Nota Penting:
Jangan simpan susu berdekatan pintu peti sejuk kerana suhunya kurang stabil.

4) Label


Stock susu perlu dilabel dengan info-info penting seperti:
  1. Tarikh perahan
  2. Waktu perahan
  3. Nama anak - ini penting jika anda hantar anak ke taska atau pengasuh. Takut nanti tertukar susah pulak. Tak pasal-pasal dapat anak susuan tanpa sedar.


Nota penting :
i - jangan isi susu terlalu penuh. Berikan sedikit ruang untuk susu mengembang semasa proses pembekuan.
ii - susu yang diperah dalam masa 24 jam boleh dicampurkan dengan syarat SUHU susu tersebut SAMA.
iii - pastikan anda simpan susu dalan volume yang mencukupi untuk 1 kali penyusuan dalam 1 bekas. Susu yang tidak habis diminum TIDAK boleh disimpan semula.

5) Cara Mencairkan & Memanaskan Susu

Keluarkan susu bertarikh paling awal. Guna kaedah FIFO (first in first out).
Jika susu sejuk beku, letakkan susu di bahagian bawah (biasa) peti ais semalaman. Jika susu masih beku, lalukan susu dibawah aliran air paip.
Bila susu sudah cair, panaskan susu dengan cara merendam dalam air hangat atau guna warmer.

Nota Penting
susu perlu dicairkan secara beransur-ansur untuk kekalkan kualiti susu. Jangan panaskan susu di dalam microwave atau direct atas api dapur. Ini akan merosakkan protein yang terdapat dalam susu.

6) Cara Menyediakan Susu Perahan Kepada Taska/Pengasuh

Pastikan pengasuh / penjaga taska tau bagaimana cara nak panaskan susu perahan. Untuk mengelakkan kekeliruan, pastikan anda bekalkan susu secukupnya dan sediakan nota untuk rujukan pengasuh / penjaga.

Tips Lain

Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum waktu pemberian susu. Jangan panaskan terlalu awal atau terlalu lewat.
Pegang bayi semasa pemberian susu. Jangan biarkan bayi minum sendirian.
Semasa waktu penyusuan, belailah, ciumlah dan berbual dengan bayi anda. Ini akan bantu mengeratkan hubungan anda dan bayi.
Selepas selesai menyusu, pastikan anak sendawa untuk keluarkan angin. Penting untuk bayi sendawa untuk elak tersedak susu.

Macam mana? Boleh paham tak? Banyak sangat nak kena tau? Jangan risau, mula-mula memang rasa pening sikit. Nanti lama-lama dah biasa ok la.

Anda sedih susu perahan sedikit? Jangan risau, pada awal-awal memang begitu. Perut bayi pun kecil lagi. Kita kena set kan minda kita yang SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU.
Yang penting;
Pertama, anda kena patuhi konsep supply and demand. Sentiasa beri direct feeding pada bayi jika ada bersama-sama.
Kedua, pastikan anda mengepam susu mengikut jadual. Seboleh-bolehnya jangan skip.

Ketiga, pastikan anda mengambil makanan seimbang dan nutrisi lengkap. Ini supaya anda tidak mudah letih dan anak juga mendapat bekalan nutrisi lengkap dari susu ibu.

Baca sini 》 Makanan Penambah Susu

Macam mana nak pastikan anda mendapat nutrisi lengkap? Selain melalui makanan seimbang, anda perlu amalkan supplement Set Penyusuan Shaklee.

Kenapa perlu ambil supplement?

Sebagai ibu yang bekerja terutama yang bekerja sepenuh masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, agak sukar untuk anda memastikan diet lengkap dan seimbang. Lebih-lebih lagi ada anak kecil. Kecuali jika anda memang nekad dan pandai uruskan masa. Namun, makanan seimbang juga belum dapat menjamin anda mendapat sepenuhnya nutrisi dari makanan tersebut. Ini kerana vitamin dan mineral sangat mudah hilang semasa proses penyiapan makanan. Oleh itu, untuk menampung nutrisi yang hilang itu, anda perlu ambil supplement lengkap.

Kenapa Shaklee?

Supplement Shaklee mempunyai vitamin, mineral dan protein yang dapat menampung kekurangan dalam makanan anda. Selain itu, supplement Shaklee dihasilkan dengan standard yang tinggi bagi memastikan ianya sentiasa SELAMAT dan BERKESAN kepada anda dan bayi anda, dan sentiasa HIJAU (tidak mencemari alam sekitar).

Tonton pengakuan Puan Dilla bagaimana beliau berjaya fully breastfeeding anak-anak beliau.

Jika anda ingin berjaya fully breastfeeding bayi anda seperti Puan Dila ini, hubungi saya segera.
Jika anda tidak mahu proses penyusuan anak anda terganggu dek masalah keletihan dan tidak cukup nutrisi, segeralah dapat Set Penyusuan Shaklee ini dengan saya. InsyaAllah saya akan bantu anda pastikan anda berjaya memberi susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda.

Hubungi saya segera:
(ID 930065)
Whatsapp / Telegram : 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

credit : mamaqaireen.com

Saturday, 1 November 2014

Set Menyusu / Milkbooster Yang Pasti Dapat Bantu Anda Menyusukan Si Comel Sehingga 2 Tahun

Pasti ramai ibu-ibu yang telah dengar produk Shaklee dapat bantu tingkatkan penghasilan susu ibu. Memang benar set penyusuan Shaklee seperti set 3M sangat terkenal sebagai Milkbooster dikalangan ibu-ibu menyusu di Malaysia. Berdasarkan pengalaman ramai, susu menjadi lebih pekat dan melimpah-limpah setelah mengamalkan set ibu menyusu ini. Keluarga saya sendiri ramai yang amalkan set ibu menyusu Shaklee dan berpuas hati dengan hasilnya. Mereka kata anak lebih suka sebab susu lebih pekat dan sedap. Hehehe..
Namun harus diingat, produk Shaklee ni bukan la produk magic. Di mana lepas ambil / consume, susu terus banyak, terus melimpah-limpah. Konsep demand and supply tetap terpakai dalam soal penyusuan. Kalau ambil full set penyusuan Shaklee atau set 3M sekalipun tetapi tiada konsep demand and supply, tetap tidak menjadi.

Set penyusuan Shaklee
Untuk pengetahuan ibu-ibu yang baru nak berkenalan dengan set ibu menyusu atau set penyusuan Shaklee ini, terdapat beberapa set atau pakej bergantung kepada bajet anda.

1) Set 3M (full set)

Set 3M ini adalah set lengkap untuk ibu menyusu di mana ia terdiri daripada :

#1 : ESP
 ESP dapat membantu meningkatkan kandungan protein dalam susu menjadikan susu lebih pekat dan anak lebih kenyang dan puas. Selain itu, ia juga bertindak sebagai makanan tambahan buat ibu supaya ibu lebih kenyang dan tidak mudah letih.
ESP Shaklee memang special kerana ia diperbuat daripada non-GMO soya dan mengandungi 14g protein dalam setiap hidangannya. Seperti yang anda sedia maklum, kebanyakan produk soya dipasaran sekarang diperbuat daripada soya GMO di mana soya jenis ini member kesan sampingan seperti kulit menjadi lebih sensitif dan kurang berkhasiat.
ESP juga ada kesan sampingan, tetapi kesan ini sangat disukai oleh kesemua pengguna ESP iaitu kulit ibu dan bayi menjadi lebih halus dan licin. Best kan?

#2 : Alfalfa
 Juga dikenali sebagai Raja Tumbuhan. Kenapa? Kerana is mempunyai pelbagai khasiat kesihatan. Selain berfungsi seperti Milkbooster, Alfalfa juga bertindak seperti Kacip Fatimah iaitu dapat membantu mengecutkan dan mengetatkan otot rahim & miss V (suami anda mesti suka ni). Ia juga dapat membantu menyegarkan dan menyihatkan badan. Alfalfa mempunyai fungsi detoksifikasi. Ia dapat membantu ibu-ibu mendapatkan kembali badan yang langsing. Yang bestnya lelaki pun boleh makan Alfalfa ni tau. Bapak mertua saya memang amalkan Alfalfa, Alhamdulillah sakit pinggangnya berkurang dan boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.

#3 : Vitalea
Merupakan multivitamin dan multimineral yang lengkap. Hanya makan 1 biji sehari, kesannya badan lebih bertenaga. Menyusukan anak memang meletihkan. Lagi satu, dapat juga bekalkan nutrisi yang cukup untuk susu anak.

#4 : B Complex
Mengandungi kesemua vitamin b yang diperlukan tubuh. Bantu menjana tenaga supaya tidak mudah letih. Yang paling best b complex ni anti stress. So dapat bantu ibu menjadi lebih tenang terutama ibu-ibu yang sudah ada anak-anak lain.
Stress ni tak baik untuk penyusuan sebab boleh merencatkan penghasilan susu. Bila minda tenang, susu pun akan keluar dengan lancar

#5 : OsteMatrix
Bekalkan kalsium harian. Hanya 4 biji sehari dapat memenuhi keperluan kalsium seharian ibu-ibu. Kalau anda jenis yang suka minum susu, boleh ambil 2 biji sehari.
Bestnya ostematrix ni sebab dia bukan sekadar kalsium, tetapi turut mengandungi magnesium yang dapat melancarkan sistem pembuangan dan vitamin D untuk bantu penyerapan kalsium. Jadi tak la sia-sia anda telan sampai 4 biji.
Seperti yang anda tahu kalsium penting untuk tulang. Ibu yang sedang menyusukan, kalsium mereka diambil oleh anak melalui susu. Jika tidak diganti lama-lama tulang ibu akan mereput akibat kekurangan kalsium.
Nanti belum lagi umur 60 tahun, jalan dah tak kuat. Terpaksa pulak pakai tongkat.
Gigi plak baru anak 2 @ 3 orang tapi banyak dah rongak.. huhu..

#6 : Vitamin C
Vitamin C ni sangat penting bukan sahaja tuk ibu menyusu sebab ia boleh bantu tingkatkan imnunit tubuh dan menghindarkan demam dan selsema.
Ibu perlu sentiasa jaga kesihatan supaya penghasilan susu tidak terganggu.
Selain itu, vitamin c ni jugak akan dapat kepada anak melalui susu ibu. Secara tidak langsung sistem imun anak pun turut meningkat. Anak jadi kurang mudah diserang demam mahupun selsema.

#7 : OmegaGuard
OmegaGuard ni sangat baik untuk anak kerana mengandungi DHA dan EPA yang tinggi yang sangat-sangat diperlukan oleh anak-anak yang sedang membesar. Sebab tu kalau anda tengok iklan-iklan susu formula, kandungan DHA dan EPA sangat ditekankan.
Anak-anak yang mendapat bekalan DHA dan EPA yang cukup terbukti lebih bijak dan cergas.
Selain itu, OmegaGuard diperbuat daripada minyak ikan yang berkualiti.


2) Set Bajet Milkbooster

Set ibu menyusu bajet ni terdiri daripada ESP dan Alfalfa sahaja.
Bagi anda yang nak cuba dulu set penyusuan Shaklee boleh cuba yang ini dulu.
Tapi untuk dapatkan kesan yang optimum adalah lebih baik anda mengambil set lengkap 3M.
Tapi bergantung pada bajet anda. Tiada paksaan.
Seperti yang saya beritahu di atas, set ibu menyusu Shaklee ni bukan magic Milkbooster. Anda perlu faham konsep supply & demand.

Kepada anda yang baru nak berusaha menyusukan anak sepenuhnya, saya doakan semoga dipermudahkan.
Kepada yang telah berjaya, tahniah saya ucapkan.


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian,
boleh hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah

Sunday, 26 October 2014

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Susu Badan / EBM

Untuk anda yang baru pertama kali ingin menyusu badan anak anda atau pertama kali perlu handle atau uruskan susu badan yang diperah atau biasa dipanggil sebagai EBM iaitu Expressed Breast Milk, berikut adalah beberapa fakta yang perlu anda tahu. Maklumat ini penting ye supaya anda tidak melakukan kesilapan yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada bayi anda.

Fakta 1 : Bagaimana cara menyimpan susu perahan @ EBM


Fakta 2 : Berapa Lama Tempoh Susu Perahan @ EBM Boleh Disimpan


Shaklee mempunyai rangkaian produk yang berkesan dalam membantu ramai ibu merealisasikan impian mereka untuk breastfeeding secara eksklusif. Anda boleh baca di entry saya sebelum ini berkaitan milkbooster Shaklee. Sila klik pada gambar di bawah.


Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian,
boleh hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah



Tuesday, 7 October 2014

Makanan Penambah Susu Badan

Bagi masyarakat Malaysia tak kira bangsa mesti ada petua atau makanan tertentu yang dilabelkan sebagai makanan penambah susu badan dan sering diamalkan oleh para ibu.
Sekarang ni ramai ibu-ibu yang semakin sedar akan kelebihan susu badan dan bersungguh-sungguh untuk menyusukan bayi mereka sehingga cukup 2 tahun.


Kepada para ibu yang menghadapi masalah susu merundum, berikut adalah beberapa makanan yang dikatakan mampu menjadi milkbooster bagi kebanyakan ibu-ibu di Malaysia. Maklumat ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar para ibu dari Group di FB The Breastfeeding Advocates Network (TBAN).

1) Nasi


2) Nestum : boleh bancuh buat air @ makan

3) Horlick

4) Milo : boleh cuba ganti dengan minuman coklat lain seperti Vico

5) Peanut cookies

6) Butter @ Mentega

7) Susu

8) Kacang merah

9) Betik hijau

10) Groundnuts @ kekacang yang tumbuh dalam tanah

11) Black sesame @ biji bijan hitam : bukan makan macam tu sahaja, boleh ambil bersama makanan lain seperti snack atau lauk2..

12) Sup ikan salmon

13) Tofu

14) Kurma @ Red dates tea

15) Longan @ longan kering : boleh makan gitu saje @ rebus

16) Halba @ fenugreek : Rendam dalam air baru mendidih semalaman, minum airnya

17) Air barli

ESP & Alfalfa Shaklee 
juga terkenal sebagai Milkbooster atau supplement penambah susu atau set menyusu bagi kebanyakan ibu-ibu di Malaysia. Sehingga menjadi trending dan dipercayai oleh ramai ibu-ibu di Malaysia tak kira bangsa.


Selain menambah susu badan, ESP & Alfalfa juga membantu membekalkan tenaga serta membantu ibu-ibu mencapai berat badan yang ideal.
Alfalfa juga mempunyai kesan seperti kacip fatimah iaitu mengecut rahim & vagina.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian,
boleh hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah


Thursday, 11 September 2014

Penyusuan Badan / Breastfeeding Secara Eksklusif : Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu?

Anda sedang hamil anak pertama? Atau pertama kali ingin mencuba penyusuan badan / breastfeeding secara eksklusif?
Jika ya, maka anda wajib teruskan membaca.. =)


Saya pasti ramai ibu-ibu yang memasang impian untuk memberi susu sepenuhnya kepada bayi comel anda.. Sesungguhnya ia memang suatu moment atau pengalaman yang sangat indah dan berharga. Kita berasa sangat gembira dan puas bila melihat si comel yang begitu bersungguh-sungguh menyusu dan lena kekenyangan.



Ok, untuk entry kali ni, saya nak kongsikan antara persediaan asas yang perlu dilakukan bagi ibu-ibu yang merancang untuk exclusively breastfeeding.

1) Psikologi :

Anda harus bersedia secara mental & fizikal. Yakin yang anda mampu melakukannya.

2) Ilmu :

Tahukah anda, proses penyusuan secara eksklusif sangat mudah bagi ramai ibu-ibu, namun terdapat juga segelintir ibu yang mengalami kesukaran bagi memenuhi impian ini terutama ibu-ibu yang mengalami komplikasi semasa dan selepas kelahiran.

Bagi ibu-ibu yang first timer & tidak mempunyai persediaan yang rapi juga mungkin mengalami kesukaran di awal proses, dan akan mudah berputus asa jika tidak mendapat sokongan dan bantuan terutama dari keluarga dan rakan-rakan sekeliling.
Di tambah bagi ibu yang bekerjaya, persekitaran tempat kerja yang tidak breastfeeding friendly, akan membuatkan ibu-ibu stress dan mudah putus asa.
Hanya mereka yang kuat semangat dan determine sahaja yang dapat mengatasi masalah ini.

Sekarang ini, selain hospital, banyak kumpulan-kumpulan NGO & juga online group ditubuhkan bagi membantu dan memberi semangat kepada ibu-ibu semua seperti Malaysian Breastfeeding Peer Counselorsusuibu.comsusuibu.my serta group2 di facebook seperti The Breastfeeding Advocates Network dll.
Di susuibu.my juga anda boleh dapatkan senarai pembimbing di seluruh Malaysia.

Antara ilmu-ilmu asas yang perlu anda tahu adalah :
  1. Berapa kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi mengikut peringkat umur. Ini adalah supaya anda tidak panik jika anak hanya minum sikit dan kemudian cepat lapar kembali setiap kali sesi penyusuan.
  2. Cara & masa pumping yang betul terutama bila sudah mula bekerja.
  3. Cara breastfeeding yang betul (direct & menggunakan botol/sudu).
  4. Cara mengendalikan & menyimpan susu ibu.


3) Peralatan asas yang perlu ada :

A) Breastpump : 
Pilih la yang anda rasa sesuai dengan anda dari segi bajet dll. Terdapat pelbagai jenama dan jenis di pasaran seperti Medela, Avent, Spectra dll. Ada yang manual, electric dan double pump.



Saya cadangkan anda beli yang double pump, sebabnya bila anda sedang pump breast sebelah, secara automatic breast sebelah juga akan keluar susu. So kalau double tak la membazir, plus jimat masa dapat collect susu banyak.
Banyak online dan physical store yang jual breastpump. Ada yang menyediakan perkhidmatan untuk mencuba seperti Fabulous Mom & Pump On The Go.
Diorang pun selalu ada promotion. So beli time promo memang berbaloi.
Selain tu, anda juga boleh survey or beli kat baby fair. Biasanya diorang ada bagi free gift.
Saya baru sahaja beli Spectra M1 dari Fabulous Mom. Saya beli set, banyak free gift rasa berbaloi & seronok. Hehehe.. Tapi saya belum cuba lagi so tak boleh bagi review. Tapi berdasarkan pembacaan saya, ianya berbaloi dari segi harga dan performance. Ada masssage & tak bising. Ia juga tidak terlalu besar dan ringan sahaja. Nak cuci pun senang.
Boleh google tuk review.


macam ni la rupa Spectra M1

B) Milk Storage :
Anda boleh pilih sama ada nak simpan dalam botol atau dalam plastik.
Kalau dalam botol, senang nak panaskan dan boleh guna berulang kali.
Kalau guna plastik, jimat ruang simpanan tapi hanya boleh guna sekali sahaja. Ingat ye, jangan recycle pulak.. hehe..
Botol pulak, ada yang plastik ada juga yang kaca. Botol kaca lebih baik untuk kekalkan kualiti susu, tapi biasa la berat & susah nak handle (takut pecah), plus mahal pulak.

C) Cooler bag & ice pack:
Penting untuk anda simpan susu jika pump di tempat kerja atau di mana-mana.
Lebih baik cari cooler bag yang boleh simpan pump sekali. Lebih senang bawak 1 bag sahaja daripada nak kena bawak banyak-banyak bag kan. Dengan handbag lagi, file-file lagi.. hehe..

Note : biasanya kalau anda beli pakej breast pump, item no 2 & 3 ada dapat percuma.

D) Freezer
Penting untuk simpan susu terutama long-term storage.
Seelok-eloknya jangan bercampur dengan lauk-lauk. Tapi kalau takde bajet besar atau baru nak try, boleh je guna freezer dari peti ais biasa tu. Tapi paling kurang pun lebih baik yang jenis 2 pintu. Ruang freezer lebih besar & suhu lebih terkawal berbanding peti ais 1 pintu.

E) Nursing bra & dress
Ini penting ye. Senang nak breastfeed. Tak payah selak2 baju dari bawah.. Nampak nanti perut yang buncit.. hehehe..

F) Nursing cover / poncho
Ni pun penting supaya senang kalau terpaksa breastfeed kat public. Takde la malu depan orang ramai. Takde la nanti ada mata2 yang gatal nak ngintai kan..

G) Accessories
Breast pad - untuk mengelakkan baju basah bila susu tiba-tiba keluar.
Milk Collection Shell - untuk collect susu yang tiba-tiba keluar pada waktu bukan pumping time (bagi saya ni perlu sebabnya sayang la susu terbuang kat breast pad macam tu sahaja kan).
ni contoh medela punya collecetion shell. ada banyak lagi brand lain seperti avent.

Nipple cream - bantu melegakan.
Nursing pillow - supaya anak & ibu selesa sepanjang proses penyusuan.
cam best je kan.. baby & ibu dua-dua selesa..

4) Milk Booster :

A) Cara yang betul untuk pastikan susu badan sentiasa cukup adalah dengan mematuhi Law atau Peraturan "Supply & Demand".
Maksudnya, ibu perlu sentiasa pastikan anak menyusu secukupnya dan kerapkan direct feeding. Mulut baby adalah perangsang / stimulant yang terbaik untuk badan ibu menghasilkan lebih banyak susu.
Jika ibu bekerja atau outstation, pastikan sentiasa pump susu mengikut masanya. Sentiasa kosongkan breast. Ini kerana jika susu sentiasa penuh & tiada tindakan untuk mengosongkannya sama ada melalui feeding baby atau pump, badan ibu akan mendapat signal bahawa tiada demand. Lama kelamaan badan ibu akan berhenti menghasilkan susu.



B) Anda juga boleh mengambil supplement sebagai Milk Booster. Shaklee mempunyai supplement yang dapat membantu ibu-ibu meningkatkan kualiti susu yangdihasilkan, penuh nutrisi dan anak akan lebih kenyang & puas. Namun harus diingat, law Supply & Demand itu tetap harus dipatuhi. Tak guna anda ambil milk booster tapi tidak kerap menyusukan anak atau mengosongkan breast.


 Milk booster shaklee

Ok, sekian dulu. Mudah-mudahan entry ini dapat membantu ibu-ibu yang 1st timer nak breastfeeding secara eksklusif.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee,
boleh hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah


Wednesday, 10 September 2014

Awas! Minyak Ikan Tidak Selamat Untuk Di Makan!

Minyak ikan tak selamat?! Biar betul?!
Tapi ramai je yang promot supplement minyak ikan especially pada ibu hamil!
Relax.. jangan kalut.. hehe.. memang betul ada minyak ikan yang tidak selamat untuk dimakan oleh ibu hamil & menyusu.
TAPI ada juga yang selamat.
Haish pening plak kan.. hehe..


Sebenarnya minyak ikan ni biasa nya diekstrak dari 2 sumber iaitu hati ikan dan isi ikan.
Yang tak baik untuk ibu hamil & menyusu adalah yang diperbuat dari hati ikan. Ini adalah kerana hati ikan kaya dengan retinol dari vitamin A. Retinol bahaya untuk bayi dalam kandungan dan bayi yang sedang menyusu kerana boleh menyebabkan kecacatan. 

Walaubagaimana pun retinol baik untuk orang dewasa kerana ia bertindak untuk menghasilkan sel-sel baru. Retinol banyak digunakan dalam kosmetik sebagai bahan anti-penuaan.




Jadi, macam mana dengan OmegaGuard Shaklee? 

Haaa.. di sini la kelebihan minyak ikan dari Shaklee.. OmegaGuard diperbuat daripada ISI ikan laut sejuk seperti sardin, markarel & ikan bilis. Oleh itu, ia selamat bahkan sangat baik untuk anak dalam kandungan dan juga yang sedang menyusu. Ini kerana minyak dari isi ikan kaya dengan DHA & EPA. DHA & EPA sangat2 diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan otak bayi & kanak2..

OmegaGuard Shaklee juga dihasilkan mengikut standard farmaseutikal. Bukan cikai2 ye..
Sesuai dengan falsafah Shaklee
Always Safe, Always Works, Always Green

Kepada ibu hamil & menyusukan, sila baca terlebih dahulu sumber minyak ikan anda sebelum mengambilnya. Pastikan ianya selamat untuk anda & bayi anda.

Nak tau lebih lanjut mengenai kebaikan OmegaGuard, boleh rujuk entry sini.

Untuk sebarang pertanyaan,
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...