Sunday 14 September 2014

Hati-hati Dengan Cik PAH Yang Hot Lagi Merbahaya!

Cik PAH ni memang la menjadi kegilaan ramai.. Beliau sangat popular & ramai yang dah menjadi mangsanya.
Nampak menarik & sedap, tapi AWAS, beliau amat MERBAHAYA!


Ingin tahu siapakah gerangan cik PAH ni? Adakah beliau spesies Mak Jemah? Oh tidak.
Beliau yang dimaksudkan adalah Polycyclic Aromatic Hydrocarbon.
Hehehe.. jangan marah.. TAPI teruskan membaca kerana ia bersangkut paut dengan penyakit yang amat digeruni iaitu KANSER.

Apakah itu PAH?
Sebenarnya ia adalah sejenis bahan kimia yang terhasil melalui proses pembakaran makanan yang tinggi lemak pada suhu tinggi.


Makanan apakah yang mengandungi PAH?
Makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan dimasak secara panggang dan smoke atau pengasapan.
Contoh:
 Ayam panggang

Satay

haa.. yang paling femes sekarang ni grill burger..

Sedapkan.. 

Kenapa Cik PAH ni bahaya?
Cik PAH ni sebenarnya adalah bersifat karsinogenik iaitu boleh menyebabkan KANSER!
Kajian menunjukkan, pendedahan kepada PAH secara berterusan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser.

Adakah kita tak boleh makan makanan berpanggang?
Jangan risau, masih boleh makan.. Pihak WHO & KKM ada menjalankan kajian dan pemantauan terhadap kandungan PAH dalam makanan dan mendapati kandungannya adalah rendah.
Namun demikian, ini tak la bermakna anda boleh melantak ayam panggang, grill burger setiap hari.

Cara nak kurangkan Cik PAH dalam makanan
  1. Elakkan bakar secara langsung dengan api. Boleh alas atau balut dengan daun pisang atau aluminium foil semasa membakar.
  2. Bakar dengan api yang perlahan atau dengan bara.
  3. Buang/kurangkan lemak dalam makanan yang hendak dibakar.

Cara untuk kurangkan risiko mendapat kanser
  1. Amalkan diet yang sihat & seimbang.
  2. Perbanyakkan ulam-ulaman dan makanan yang kaya antioksida. Kalau makan satay tu, jangan dibiar saja timun & bawang tu.. ini la fungsi mereka.. untuk kurangkan kesan kerosakan yang disebabkan oleh cik PAH ini.
  3. Amalkan supplement yang kaya dengan anti-oksida.

Supplement Anti-oksida Shaklee


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee,
boleh hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah


gambar kebaya kredit kpd vera kebaya
gambar2 lain : cik google
sumber info : KKM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...