Thursday 11 September 2014

Penyusuan Badan / Breastfeeding Secara Eksklusif : Apakah persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu?

Anda sedang hamil anak pertama? Atau pertama kali ingin mencuba penyusuan badan / breastfeeding secara eksklusif?
Jika ya, maka anda wajib teruskan membaca.. =)


Saya pasti ramai ibu-ibu yang memasang impian untuk memberi susu sepenuhnya kepada bayi comel anda.. Sesungguhnya ia memang suatu moment atau pengalaman yang sangat indah dan berharga. Kita berasa sangat gembira dan puas bila melihat si comel yang begitu bersungguh-sungguh menyusu dan lena kekenyangan.



Ok, untuk entry kali ni, saya nak kongsikan antara persediaan asas yang perlu dilakukan bagi ibu-ibu yang merancang untuk exclusively breastfeeding.

1) Psikologi :

Anda harus bersedia secara mental & fizikal. Yakin yang anda mampu melakukannya.

2) Ilmu :

Tahukah anda, proses penyusuan secara eksklusif sangat mudah bagi ramai ibu-ibu, namun terdapat juga segelintir ibu yang mengalami kesukaran bagi memenuhi impian ini terutama ibu-ibu yang mengalami komplikasi semasa dan selepas kelahiran.

Bagi ibu-ibu yang first timer & tidak mempunyai persediaan yang rapi juga mungkin mengalami kesukaran di awal proses, dan akan mudah berputus asa jika tidak mendapat sokongan dan bantuan terutama dari keluarga dan rakan-rakan sekeliling.
Di tambah bagi ibu yang bekerjaya, persekitaran tempat kerja yang tidak breastfeeding friendly, akan membuatkan ibu-ibu stress dan mudah putus asa.
Hanya mereka yang kuat semangat dan determine sahaja yang dapat mengatasi masalah ini.

Sekarang ini, selain hospital, banyak kumpulan-kumpulan NGO & juga online group ditubuhkan bagi membantu dan memberi semangat kepada ibu-ibu semua seperti Malaysian Breastfeeding Peer Counselorsusuibu.comsusuibu.my serta group2 di facebook seperti The Breastfeeding Advocates Network dll.
Di susuibu.my juga anda boleh dapatkan senarai pembimbing di seluruh Malaysia.

Antara ilmu-ilmu asas yang perlu anda tahu adalah :
  1. Berapa kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi mengikut peringkat umur. Ini adalah supaya anda tidak panik jika anak hanya minum sikit dan kemudian cepat lapar kembali setiap kali sesi penyusuan.
  2. Cara & masa pumping yang betul terutama bila sudah mula bekerja.
  3. Cara breastfeeding yang betul (direct & menggunakan botol/sudu).
  4. Cara mengendalikan & menyimpan susu ibu.


3) Peralatan asas yang perlu ada :

A) Breastpump : 
Pilih la yang anda rasa sesuai dengan anda dari segi bajet dll. Terdapat pelbagai jenama dan jenis di pasaran seperti Medela, Avent, Spectra dll. Ada yang manual, electric dan double pump.



Saya cadangkan anda beli yang double pump, sebabnya bila anda sedang pump breast sebelah, secara automatic breast sebelah juga akan keluar susu. So kalau double tak la membazir, plus jimat masa dapat collect susu banyak.
Banyak online dan physical store yang jual breastpump. Ada yang menyediakan perkhidmatan untuk mencuba seperti Fabulous Mom & Pump On The Go.
Diorang pun selalu ada promotion. So beli time promo memang berbaloi.
Selain tu, anda juga boleh survey or beli kat baby fair. Biasanya diorang ada bagi free gift.
Saya baru sahaja beli Spectra M1 dari Fabulous Mom. Saya beli set, banyak free gift rasa berbaloi & seronok. Hehehe.. Tapi saya belum cuba lagi so tak boleh bagi review. Tapi berdasarkan pembacaan saya, ianya berbaloi dari segi harga dan performance. Ada masssage & tak bising. Ia juga tidak terlalu besar dan ringan sahaja. Nak cuci pun senang.
Boleh google tuk review.


macam ni la rupa Spectra M1

B) Milk Storage :
Anda boleh pilih sama ada nak simpan dalam botol atau dalam plastik.
Kalau dalam botol, senang nak panaskan dan boleh guna berulang kali.
Kalau guna plastik, jimat ruang simpanan tapi hanya boleh guna sekali sahaja. Ingat ye, jangan recycle pulak.. hehe..
Botol pulak, ada yang plastik ada juga yang kaca. Botol kaca lebih baik untuk kekalkan kualiti susu, tapi biasa la berat & susah nak handle (takut pecah), plus mahal pulak.

C) Cooler bag & ice pack:
Penting untuk anda simpan susu jika pump di tempat kerja atau di mana-mana.
Lebih baik cari cooler bag yang boleh simpan pump sekali. Lebih senang bawak 1 bag sahaja daripada nak kena bawak banyak-banyak bag kan. Dengan handbag lagi, file-file lagi.. hehe..

Note : biasanya kalau anda beli pakej breast pump, item no 2 & 3 ada dapat percuma.

D) Freezer
Penting untuk simpan susu terutama long-term storage.
Seelok-eloknya jangan bercampur dengan lauk-lauk. Tapi kalau takde bajet besar atau baru nak try, boleh je guna freezer dari peti ais biasa tu. Tapi paling kurang pun lebih baik yang jenis 2 pintu. Ruang freezer lebih besar & suhu lebih terkawal berbanding peti ais 1 pintu.

E) Nursing bra & dress
Ini penting ye. Senang nak breastfeed. Tak payah selak2 baju dari bawah.. Nampak nanti perut yang buncit.. hehehe..

F) Nursing cover / poncho
Ni pun penting supaya senang kalau terpaksa breastfeed kat public. Takde la malu depan orang ramai. Takde la nanti ada mata2 yang gatal nak ngintai kan..

G) Accessories
Breast pad - untuk mengelakkan baju basah bila susu tiba-tiba keluar.
Milk Collection Shell - untuk collect susu yang tiba-tiba keluar pada waktu bukan pumping time (bagi saya ni perlu sebabnya sayang la susu terbuang kat breast pad macam tu sahaja kan).
ni contoh medela punya collecetion shell. ada banyak lagi brand lain seperti avent.

Nipple cream - bantu melegakan.
Nursing pillow - supaya anak & ibu selesa sepanjang proses penyusuan.
cam best je kan.. baby & ibu dua-dua selesa..

4) Milk Booster :

A) Cara yang betul untuk pastikan susu badan sentiasa cukup adalah dengan mematuhi Law atau Peraturan "Supply & Demand".
Maksudnya, ibu perlu sentiasa pastikan anak menyusu secukupnya dan kerapkan direct feeding. Mulut baby adalah perangsang / stimulant yang terbaik untuk badan ibu menghasilkan lebih banyak susu.
Jika ibu bekerja atau outstation, pastikan sentiasa pump susu mengikut masanya. Sentiasa kosongkan breast. Ini kerana jika susu sentiasa penuh & tiada tindakan untuk mengosongkannya sama ada melalui feeding baby atau pump, badan ibu akan mendapat signal bahawa tiada demand. Lama kelamaan badan ibu akan berhenti menghasilkan susu.



B) Anda juga boleh mengambil supplement sebagai Milk Booster. Shaklee mempunyai supplement yang dapat membantu ibu-ibu meningkatkan kualiti susu yangdihasilkan, penuh nutrisi dan anak akan lebih kenyang & puas. Namun harus diingat, law Supply & Demand itu tetap harus dipatuhi. Tak guna anda ambil milk booster tapi tidak kerap menyusukan anak atau mengosongkan breast.


 Milk booster shaklee

Ok, sekian dulu. Mudah-mudahan entry ini dapat membantu ibu-ibu yang 1st timer nak breastfeeding secara eksklusif.


Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee,
boleh hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...