Wednesday, 18 January 2017

Soya Merbahaya : Fakta atau Auta

Soya merbahaya untuk kesihatan. Betul ke? Ramai yang masih keliru dengan isu ini. Ditambah dengan momokan dan mitos tentang bahaya soya. Ramai yang percaya dan masih ada juga yang keliru. 

Mitos 1: Semua soya adalah GMO
Haaa.. ini mitos paling besar yang selalu digembar-gemburkan. Sebelum tu, jom kite selidik sedikit apa maksud GMO atau genetically modified organism. GMO adalah organisma yang telah diubah secara genetik, di mana 1 atau lebih gen daripada DNA organisma lain seperti bakteria, virus atau haiwan, di ambil dan dimasukkan ke dalam organisma yang diinginkan seperti tumbuhan soya ini. Tujuan utama nya adalah untuk mendapatkan produk atau tumbuhan yang lebih baik dari terutama dari segi ketahanan terhadap makhluk perosak. Teknik GM ni memang telah digunapakai secara meluas dalam bidang pertanian. Ini adalah bagi mengelakkan pengusaha mengalami kerugian akibat serangan makhluk perosak. GMO dikhuatiri merbahaya kepada kesihatan manusia berdasarkan beberapa kajian ke atas tikus makmal, di mana tikus yang memakan makanan GMO mempunyai saiz badan yang lebih kecil, kadar kematian ynag lebih tinggi, kerosakan organ seperti hati dan buah pinggang, dan mengurangkan kesuburan. Untuk pengetahuan, tidak semua soya adalah GMO. Anda boleh periksa jika sesuatu produk itu GMO atau tidak. Biasanya untuk produk Non-GMO, pihak pengeluar akan declare bahawa produk mereka adalah non-GMO. Ini adalah kerana produk non-GMO kini mendapat permintaan yang tinggi. Salah satu produk soya Non-GMO adalah ESP keluaran Shaklee.

Mitos 2 : Soya menyebabkan kanser.
Ramai yang salah faham soya boleh menyebabkan kanser kerana soya mengandungi phytoestrogens yang tinggi. Ramai yang menyangka phytoestrogen yang terdapat di dalam soya adalah sama dengan estrogen yang terdapat di dalam badan manusia dan haiwan. Phytoestrogen hanya mempunyai struktur yang hampir sama dengan estrogen tetapi dari segi fungsi, ia hampir tidak sama. Tiada kajian saintifik yang menunjukkan soya dapat menggalakkan pembentukan kanser. Malah terdapat kajian makmal yang menunjukkan bahawa isoflavones (yang terdapat dalam soya) menunjukkan ciri-ciri yang dapat melindungi tubuh dari kanser yang berkait dengan hormon.

Mitos 3: Soya dan lelaki
Terdapat juga mitos yang mengatakan soya boleh menyebabkan pembesaran buah dada lelaki. Hal ini berkait rapat dengan mitos phytoestrogen yang saya terangkan di atas. Malah kajian klinikal juga menunjukkan isoflavones tidak menjejaskan paras testoteron mahupun estrogen dalam badan lelaki.
Kesimpulannya, setakat hari ini tiada lagi kajian saintifik yang membuktikan kesan buruk soya pada manusia. Yang dikhuatiri adalah kesan soya jenis GMO. Bukan soya sahaja, malah semua produk pertanian yang terlibat. Oleh itu, hat-hati dalam memilih produk terutama soya.
Nak dapatkan soya yang memang confirm Non-GMO? Boleh pilih ESP Shaklee. Shaklee memang sentiasa mementingkan keselamatan selain keberkesanan produknya. Sebab itu, produk Shaklee dihasilkan dari tumbuhan non-GMO.


Agen Shaklee
(ID 930065)
Whatsapp Suhailah : 019-2882244


Ps: sila baca menggunakan web view untuk melihat pilihan produk Shaklee dan set cadangan yang sesuai untuk anda.

Sumber: 
http://freefromharm.org/health-nutrition/vegan-doctor-addresses-soy-myths-and-misinformation/
http://www.pcrm.org/nbBlog/no-debate-soy-is-beneficial-to-health

Cara turunkan kolesterol jahat dengan mudah

Ramai yang itdak sedar bahawa mereka mempunyai paras kolesterol yang tidak sihat. Terutama di kalangan mereka yang mempunyai tubuh badan yang kecil. Ramai yang menyangka hanya individu yang berbadan besar yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi serta risiko penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kolesterol seperti sakit jantung dan strok.


Apa itu kolestrol? Kenapa ia merbahaya?
Kolesterol adalah bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel tubuh. Ia adalah salah satu komponen penting untuk pembentukan sel membrane, hormone, vitamin D dan tisu-tisu lain dalam tubuh. Kolesterol yang terdapat di dalam saluran darah dipanggil lipoprotein kerana strukturnya yang terbentuk dari lipid (lemak) di dalam dan protein di luar. Kenapa kolesterol merbahaya? Sebenarnya, lipoprotein terdiri daripada LDL (atau dipanggil sebagai kolesterol jahat) dan HDL (dipanggil sebagai kolesterol baik). Paras LDL yang tinggi boleh menyebabkan pembentukan lemak di dalam salur darah arteri (jantung). 
Jika semakin tebal, lama-lama salur darah menjadi semakin sempit dan tersumbat. Bila saluran darah sempit atau tersumbat, anda kemungkinan besar akan diserang penyakit jantung.

Risiko penyakit
Jika paras kolesterol LDL anda tinggi,  anda mempunyai risiko;
Serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
Angin ahmar atau strok meningkat sebanyak 11%

Ukur paras kolesterol
Macam mana nak tahu sama ada anda mempunyai paras kolesterol yang sihat atau tidak? Seelok-eloknya anda lakukan ujian darah di makmal kesihatan atau hospital. Melalui ujian makmal, anda akan dapat tahu berapa paras LDL anda dan sama ada ianya normal atau tidak. Disebabkan ujian ini agak mahal, jadi tak boleh la buat selalu. Hehe.. unless anda memang mampu. Paling kerap cukup la setahun sekali.

Cara untuk kurangkan dan kawal paras kolesterol.
Kerap bersenam seperti berjoging, berlari atau bermain badminton / tenis.
Turunkan berat badan ke BMI yang ideal.
Seperti biasa, amalkan pemakanan sihat. Elakkan mengambil lemak tepu. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) juga ada menyarankan untuk menambah fitosterol ke dalam diet harian. Fitosterol dapat membantu menurunkan paras kolesterol LDL.

Apa itu fitosterol dan bagaimana ia boleh menurunkan paras kolesterol jahat.
Fitosterol adalah sterol daripada tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Fitosterol mempunyai struktur yang sama dengan kolesterol. Oleh itu, ia akan bersaing dengan kolesterol di tapak penyerapan semasa proses penghadaman. 
Lebih banyak fitosterol yang diserap, semaking kurang kolesterol yang diserap oleh badan.

Macam mana nak dapatkan fitosterol dengan cara mudah?
Shaklee telah menghasilkan satu produk khusus untuk membantu anda mengawal paras kolestrol jahat. Phytocol-ST, mengandungi fitosterol semulajadi (sumber sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin).
Phytocol-ST membekalkan 2,000mg fitosterol setiap hari, cukup untuk keperluan setiap hari anda seperti yang disarankan oleh NIH. Phytocol-ST juga tidak mempunyai bahan pengawet, pewarna mahupun pemanis. Phytocol-ST bukan sahaja untuk mereka yang sudah mempunyai paras kolesterol yang tinggi, tetapi juga sesuai untuk mereka yang ingin mencegah paras kolesterol LDL daripada meningkat ke paras yang tidak sihat.

Jika anda seorang pengidap kolesterol yang tinggi atau anda seorang yang suka makan makanan yang tinggi lemak tepu seperti burger dan sebarang fast food,
Phytocol-ST adalah supplement wajib untuk anda.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan tempahan:

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

Monday, 16 January 2017

Tips Cepat Hamil

Anak adalah anugerah yang tak ternilai dari Tuhan. Memang anak adalah rezeki dan ditentukan Tuhan. Tapi sebagai hambaNya, kite juga digalakkan untuk berusaha untuk hamil dan mendapatkan cahaya mata.
Tips cepat dapat anak

Antara tips atau petua untuk hamil cepat yang boleh diamalkan adalah:

1) Diet yang sihat
Amalan diet yang sihat dan seimbang memang essential atau keperluan untuk hidup sihat dan mengurangkan risiko pelnagai penyakit termasuk sukar hamil.

2) Supplement
Penting bagi wanita yang ingin hamil untuk memastikan asid folik dan vitamin B complex ada dalam menu harian. Asid folik dapat membantu meningkatkan kesuburan dan menguatkan rahim. Selain itu, pengambilan multivitamin juga dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh. Tubuh yang sihat dapar menghasilkan telur dan sperma yang sihat.
Pasangan suami isteri juga boleh mengamalkan Set Kesuburan Shaklee untuk meningkatkan peluang untuk hamil.

3) Hubungan intim diwaktu subur
Pastikan anda tau bila waktu subur anda/pasangan anda (isteri). Jika anda mempunyai kitaran haid yang teratur, anda boleh kira waktu subur anda. 》Ovulation Calculator

4) Kurangkan stress.
Stress boleh mengganggu hormon dan kitaran haid wanita. Stress jugak boleh mengganggu penghasilan telur dan sperma yang berkualiti. Oleh itu, atasi stress dan jangan biarkan ia menggangu kesihatan dan diri anda.

5) Elakkkan dan berhenti merokok
Bagi suami, kalau boleh kurangkan dan berhenti terus dari merokok. Rokok dapat mengganggu kesuburan dan kualiti sperma.

Tips cepat dapat anak

Tips cepat dapat anak

Jika anda ingin berusaha hamil dengan supplement Shaklee,
boleh hubungi saya
(ID 930065)
Whatsapp Suhailah : 019-2882244



Ps: sila baca menggunakan web view untuk melihat pilihan produk Shaklee dan set cadangan yang sesuai untuk anda.

Faktor Sukar Hamil

Memang menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi pasangan yang telah lama berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata.


Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesuburan seseorang seperti pemakanan, berat badan dan waktu subur.

Jika anda dan pasangan antara mereka yang masih belum berjaya memiliki cahaya mata, jom check;

1) Kafein
Pengambilan kafein setiap hari boleh membantutkan peluang untuk hamil. Kafein yang tinggi dikatakan boleh mengganggu proses pematangan sel telur / ovum. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein maksimum 2 3 cawan seminggu.

2) Berat badan
Biasa nya bagi pasangan yang mempunyai tubuh yang agak besar, doktor pasti akab sarankan untuk mereka menurunkan berat badan yang lebih ideal dalam proses untuk dapatkan anak. Ini adalah kerana lemak yang berlebihan akan menyebabkan pembebasan hormon estrogen yang tinggi. Bila hormon estrogen tinggi, ovulasi pon jadi tak teratur.


3) Haid tidak teratur
Haid yang tidak teratur antara punca paling utama ramai yang sukar hamil. Haid tak teratur biasanya disebabkan oleh paras hormon (FSH) yang rendah. Hormon ini berkait rapat dengan kualiti dan kuantiti telur yang dihasilkan. Bila haid tak teratur, bermakna penghasilan telur juga tidak teratur seterusnya peluang untuk sperma bertemu telur juga nipis.

Atasi haid tidak teratur

4) Keputihan
Keputihan yang teruk boleh menyebabkan penyumbatan pintu rahim atau leher vagina. Ini menghalang sperma daripada menembusi ruang rahim dan bertemu telur. Selain itu, bakteria yang menyebabkan keputihan juga boleh merosakkan sperma dan mengganggu kualiti sperma. Dalam keadaan yang teruk, bakteria tersebut juga boleh memasuki ruang rahim dan merosakkan telur.

Atasi masalah keputihan

5) Waktu yang kurang tepat
Ramai yang tidak tahu dan ambil tahu mengenai waktu subur.  Bersama pada luar waktu subur akan menyebabkan kegagalan proses persenyawaan kerana jangka hayat sperma di dalam rahim tidak lama. Jika tiada telur dihasilkan pada waktu itu, maka sperma akan mati begitu sahaja. Selain itu, kurang bersama pada waktu subur juga salah satu puncanya. Ramai pasangan muda yang bekerja. Oleh itu, pada waktu malam mereka sudah keletihan dan tiada nafsu untuk bersama.


Jika anda ingin berusaha hamil dengan supplement Shaklee,
boleh hubungi saya
(ID 930065)
Whatsapp Suhailah : 019-2882244



Ps: sila baca menggunakan web view untuk melihat pilihan produk Shaklee dan set cadangan yang sesuai untuk anda.

Monday, 9 January 2017

Shaklee Sokong Israel?

Kisah Shaklee dan Israel dah lapuk dah.. tapi masih ada rakyat Malaysia terutama umat Islam yang masih keliru dan ragu2 dengan status hubungan Shaklee dan Israel.


Untuk makluman semua pengguna Shaklee, syarikat Shaklee tiada kena mengena dengan Israel dan segala aktiviti kekejaman mereka secara langsung atau tidak langsung.  

FAKTA 1: WEBSITE KENESETH ISRAEL


Website ni memang menjadi topik dan modal utama pihak yang ingin membuktikan kaitan Shaklee dan Israel. Website ni memang website organisasi yang sokong Israel dan penyumbang kepada dana Israel. Tapi takde kaitan langsung dengan Shaklee.
Abis tu kenapa ada logo Shaklee kat website tu? Haaa.. sebenarnya logo tu just sebagai affliate atau link bagi pelayar atau pengunjung website KI tu untuk beli produk Shaklee.

FAKTA 2: LOGO SHAKLEE DI WEBSITE KENESETH ISRAEL

Kenapa ada logo dan link Shaklee kat situ? Haa sebabnya salah seorang board member organisasi tersebut adalah pengedar Shaklee. So bila orang klik dan beli produk Shaklee dari link tersebut, maka automatik pembelian tersebut masuk ke dalam akaun Shaklee beliau.


Sama macam saya buat kat blog ni. Perasan tak ada logo eSell kat tepi kanan blog saya ni? (Kalau guna telefon, tukar kan kepada website view). Dengan hanya klik eSell tersebut anda boleh beli produk Shaklee direct tanpa perlu menunggu respon dari saya.
Contoh lain adalah link Nuffnang yang banyak terdapat dalam kebanyakan blog dan website.

FAKTA 3: KENYATAAN RASMI SHAKLEE MALAYSIA

Shaklee Malaysia sangat mengambil berat akan isu2 sensitif rakyat Malaysia terutama umat Islam. Sebabnya kita la penyumbang terbesar kepada kemajuan syarikat Shaklee. Oleh itu, pihak Shaklee Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa Shaklee tiada kena mengena dengan Israel. 


Jika anda masih ragu2, anda boleh hubungi pihak Shaklee Malaysia terus.

Ps: sila baca menggunakan web view untuk melihat pilihan produk Shaklee dan set cadangan yang sesuai untuk anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...