Penawar untuk mengurangkan kegatalan dan ruam chickenpox atau cacar air ini sebenarnya mudah didapati kerana menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Chickenpox atau cacar air biasanya menyerang kanak-kanak di bawah usia 10 tahun. Tapi ada juga orang dewasa yang terkena sebab mereka belum pernah lagi dijangkiti semasa kanak-kanak.
Chickenpox atau cacar air adalah disebabkan oleh virus varicella-zoster. Ia mudah berjangkit, oleh itu mereka yang terkena jangkitan ini digalakkan untuk kuarantin di rumah seboleh-bolehnya sehingga parut benar-benar kering dan pulih. Tapi ye la kan, untuk kanak-kanak yang ibu bapa bekerja atau orang dewasa yang bekerja, susah nak cuti lama-lama..
Chickenpox atau cacar air adalah disebabkan oleh virus varicella-zoster. Ia mudah berjangkit, oleh itu mereka yang terkena jangkitan ini digalakkan untuk kuarantin di rumah seboleh-bolehnya sehingga parut benar-benar kering dan pulih. Tapi ye la kan, untuk kanak-kanak yang ibu bapa bekerja atau orang dewasa yang bekerja, susah nak cuti lama-lama..
Di sini saya nak share petua yang boleh anda cuba untuk
kurangkan kesan kegatalan dan ruam akibat chickenpox atau cacar air. Kebanyakan
bahan-bahan ini kita gunakan dalam masakan. Kesian kat anak-anak kecil yang tak
tahan akibat chickenpox atau cacar air ini.
#1 Baking
Soda
Campurkan ½ sudu
the baking soda ke dalam segelas air. Sapukan ke seluruh tubuh dengan air
campuran ini. Boleh gunakan span atau kain. Biarkan air kering pada kulit. Untuk
buat air mandian, campurkan setengah cawan baking soda ke dalam air mandian.
>>
Baking soda adalah salah satu bahan yang sering digunakan untuk menguranglan
rasa gatal-gatal akibat chickenpox atau cacar air. Menyapu baking soda pada
kulit boleh mengelakkan lepuh dan ruam menjadi lebih teruk.
#2 Madu
Sapu madu
dalam lapisan nipis ke seluruh permukaan kulit yang terdapat ruam, lepuh atau
gatal-gatal. Biarkan beberapa minit dan kemudian bersihkan. Buat 3 hingga 4
kali sehari.
>>
Madu bersifat antibakteria yang sangat bagus untuk menyembuhkan kerengsaan.
Dikatakan bahawa gula ringkas semulajadi dalam madu bersama-sama dengan cirri-ciri
antibakteria itu dapat memberikan kesan menenangkan ini.
#3 Oat
Kisar 2
cawan oat menjadi serbuk halus (tak perlu halus sampai menjadi tepung). Isikan tab
mandi atau baldi dengan air suam. Campurkan oat tersebut ke dalam air mandian
itu dan kacau seketika. Rendam atau siram badan dengan air campuran ini. Kemudian
bilas badan dengan air bersih.
>>
Oat bukan sahaja baik untuk kesihatan
jantung dan kurangkan kolesterol malah merupakan salah satu penawar bagi
chickenpox atau cacar air. Oat yang dijadikan sebagai bahan rendaman dalam air
mandian boleh membantu melegakan kegatalan akibat daripada ruam dan lepuh.
#4 Bunga Jasmine
Minum teh Jasmine 2-4 kali sehari. Anda boleh
dapatkan teh ini di kedai-kedai teh
herba. Hanya rendam dalam air panas dan minum. Bunga Jasmine juga boleh
dijadikan mandian. Ambil segenggam bunga Jasmine dan kisar. Campurkan bunga Jasmine
yang dikisar dengan air beras. Campurkan air beras ini dengan air suam dan
gunakan untuk mandi.
>> Ini
adalah salah satu cara orang Thai untuk merawat cacar air. Orang di Thailand
menggunakan bunga Jasmine untuk membuat teh dan juga untuk mandi bagi merawat
cacar air. Bunga-bunga ini mudah didapati di mana-mana kedai ubat herba dan teh
herba.
Tubuh
pesakit chickenpox / cacar air memerlukan nutrient asas termasuk vitamin,
mineral dan enzim untuk memulihkan kembali sistem imunisasi dan ketahanan
tubuh. Nutrient juga membersihkan sisa toksik dari sel-sel untuk merawat
chicken pox / cacar air. Oleh itu,
pesakit haurs mengambil diet tertentu ketika diserang chicken pox / cacar air.
Antaranya adalah :- Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh menyediakan badan dengan phyto-nutrient yang diperlukan untuk menguatkan sistem imun.
- Minum jus yang kaya dengan Vitamin A dan C. Jus lobak merah dengan daun ketumbar dan sedikit jus lemon adalah baik untuk mengubati chicken pox / cacar air. Tambah madu untuk menjadikannya lebih berkhasiat.
- Makan sup ayam dan sup sayura-sayuran.
- Elakkan makanan bergula dan diproses serta soda.
- Hadkan pengambilan produk tenusu tetapi yogurt boleh diambil.
- Hadkan pengambilan daging, roti atau makanan lain yang boleh member tekanan pada sistem pencernaan.
- Elakkan garam, cili, mentega dan makan pedas.
- Minum banyak air.
Memang kesian bila anak kecil terkena chickenpox atau cacar air.. sedangkan kita orang dewasa pun tak tahan. Semoga petua ini dapat membantu kurangkan ketidakselesaan pada anda atau anak anda..
>>Saksikan bagaimana akak ni hilangkan parut chickenpox beliau sehingga dapat kembalikan kulit Miss Universe beliau..<<
Untuk hilangkan parut chickenpox atau cacar air pada orang dewasa, boleh juga menggunakan set kulit premium daripada Shaklee. InshaAllah kulit akan kembali gebus.
Boleh hubungi saya Suhailah di
0192882244
atau email n_su2008@ymail.com
untuk maklumat lanjut atau order.