Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Wednesday, 19 August 2015

Tips Mudah Bangun Pagi Supaya Tidak Terlepas Solat Subuh

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum.
Hari ini saya nak share Tips Mudah Bangun Pagi supaya kita tidak terlepas solat subuh malah boleh buat solat tahajjud dan mengaji lagi, inshaAllah.


Ramai antara kita yang bercita-cita nak bangun awal pagi sebelum subuh tetapi sering tertewas terutama bila hujung minggu. Ini kerana kita tidak memandang berat atau tidak tahu apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan dan perkara-perkara yang boleh dilakukan supaya kita boleh bangun awal pagi dengan mudah.

Tips 1 : Tidur awal.
Kita sering menasihatkan anak-anak untuk tidur awal supaya senang nak bangun pagi pergi ke sekolah. Tapi kita sendiri tidur lewat. Tetapkan disiplin untuk tidur awal iaitu antara pukul 10-11 malam. Cuba untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam.

》Nak tahu Tips Supaya Mudah Tidur? Teruskan membaca.

Tips 2 : Caffein
Jangan minum minuman berkafien tinggi seperti kopi dan nescafe selepas jam 4 petang kalau anda taknak jadi seperti burung hantu. Hehehe..

Tips 3 : Makan malam
Ambil makan malam yang ringan seperti sup, salad atau sayuran rebus. Jangan ambil makanan berat-berat tau seperti nasi. Saya tau ramai rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang suka makan malam berat-berar macam makan tengahari. Cuba ubah rutin ini perlahan-lahan. Kalau nak makan nasi, makan dalam kuantiti sedikit je. 
Pastikan makan sebelum jam 8 malam.
Kalau makan berat sebelum tidur, nanti takut terlalu lena sebab kekenyangan. Kang confirm terlepas subuh. Lagi pun tak baik untuk kesihatan. Nanti proses pengumpulan lemak mnjadi cepat seterusnya menyebabkan anda obes.

Tips 4 : Sukan / Work out
Haa.. Abe-abe sekarang ramai yang suka bersukan di waktu malam kan macam main futsal ataupun pegi gim. Bagus nak bersukan tu tapi kalau buat waktu malam, nanti badan jadi letih. Bila dah letih, tidur pun jadi terlajak lena. Seterusnya susah nak bangun pagi.

Tips 5 : Tidur Beradab
Dalam Islam ni tidur pun ada adabnye. Sebelum tidur, eloklah berwudhuk. Kemudian, semasa baring, tadah tangan dan baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, kemudian tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh anggota badan. Kemudian baca doa tidur dan doa juga pada Allah agar dimudahkan bangun pagi untuk beribadat. Doa spesifik nak bangun pukul berapa.

Tips 6 : Set Alarm
Paling mudah, set la alarm atau jam loceng. Sekarang ni hampir semua pakai telefon canggih kan. Ha jangan plak tak tau plak macam mana nak set alarm kat telefon tu. Siap boleh set multiple alarm lagi tau. Paling penting, letak la telefon @ jam loceng tu jauh dari capaian kita supaya tak la nanti kita tertutup alarm tanpa sedar. Tapi jangan la sampai kat luar bilik. Nanti kang tak dengar terus bunyinye. Hehe..
Kalau takde jam loceng @ telefon yang boleh set alarm, minta la bantuan ahli keluarga atau rakan sebilik untuk kejutkan.

Tips 7 : Motivasi
Cipta motivasi atau sebab untuk anda bangun awal lagi supaya anda lebih rasa bersemangat.
Contohnya, anda nak bangun awal supaya boleh solat tahajjud dan mengaji 1 juzuk. Atau anda perlu bangun pagi supaya anda dapat sediakan sarapan yang sihat dan berkhasiat untuk suami dan anak2.

Tips 8 : Terus bangun
Dah bangun tu, elakkan dari tidur semula. Nanti lagi susah nak bangun.

Tips 9 : Supplement

Makan B Complex Shaklee sebiji dan OsteMatrix 2 biji sebelum tidur sangat-sangat membantu saya untuk bangun tidur awal. Bukan itu saja, bila bangun badan saya rasa segar dan tak boleh tidur balik. Saya ni jenis suke tidur semula lepas tutup jam loceng. Opps. Tapi bila makan B Complex dan OsteMatrix ni automatik tak boleh tidur semula.

Tips Mudah Tidur Awal
1) Mandi air suam.
2) Minum segelas susu suam atau telan 2-4 biji OsteMatrix sebelum tidur.
3) Baca majalah santai. Jangan baca report kerja plak ye.
4) Jangan buka internet atau tengok tv.
5) Tutup lampu utama dan pasang lampu tidur jika mahu membaca majalah.



Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

info credit:
Harakahdaily.net
Panduanpercuma.info

Monday, 13 July 2015

Promosi Hebat Aidilfitri Special Dari Shaklee

Assalamualaikum.. walaupun sudah masuk tengah bulan Julai 2015, ingin lagi sekali saya ingatkan anda tentang Promosi Hebat Aidilfitri Special Dari Shaklee..


Memang awesome kan.. nak raya ni mesti nak cantik dan bertenaga.. 
Nak masak dan berjalan raya..

So cepat2 la grab ye..
Hubungi saya
Ela
Pengedar Shaklee Anda
0192882244

Monday, 6 July 2015

Tips Hilangkan Stress : Teknik 10 B Yang Berkesan

Assalamualaikum.. Apa khabar hari ini? Stress sebab raya dah nak dekat? Jangan la stress-stress, Hari Raya kan hari untuk kita bergembira. Untuk persiapan raya, buat la sekadar yang mampu. Tak perlu ikutkan sangat cara orang lain. Mereka tak sama dengan kita. Utamakan bajet untuk balik kampung menjenguk orang tua dan saudara mara. Masih stress jugak? Meh sini saya share sikit tips macam mana nak hilangkan stress.

Teknik ini dipanggil Teknik Hilangkan Stress 10 B. Kenapa B? Sebab semuanya bermula dengan huruf B.. hehe..

1. Bertenang 
Tenangkan diri dan minda anda. Lupakan seketika perkara yang membuatkan anda stress. Jika boleh dilupakan terus, lupakan sahaja. Kadang-kadang kita ni suka stress kepada perkara-perkara yang tak perlu. Contohnya nak cari baju raya baru tapi duit tak cukup. Kalau baju raya tahun sudah masih elok, tak salah guna semula. Ala orang bukan perasan pun. Tapi kalau orang perasan pun apa kudisnya kan.. Hehe.. Saya sebelum berkahwin memang takde baju raya special setiap tahun. pakai je apa yang ada. dan lepas kawin pun (7 tahun sudah, hehe), baru 3 kali saya beli baju raya.

2.  Bernafas Secara Dalam
Menarik nafas dalam dan menghembuskan perlahan-lahan boleh membantu badan dan otak kita lebih tenang. Kekurangan oksigen dalam otak juga boleh menyebabkan stress dan sakit kepala.

3. Berkata 'relaxlah'
Pujuk diri kita sendiri supaya bertenang dan relaks. Macam saya cakap tadi, kadang kala kita ni stress untuk perkara-perkara yang tak perlu. betul tak? hehehe

4. Beribadat
Solat yang khusyuk memang dapat memberikan kita ketenangan fikiran. Kadang-kadang selepas solat Allah akan beri kita jalan penyelesaian kepada perkara yang merunsingkan fikiran dan membuatkan kita stress. Jadi jangan abaikan solat dan mengaji.

5. Berkongsi perasaan / masalah
Kadang-kadang jika kita asyik pendamkan masalah, boleh mendatangkan stress. Meluahkan perasaan atau berkongsi masalah dengan orang yang rapat dengan kita (suami, isteri, mak, ayah atau sahabat), boleh bantu ringankan bebanan fikiran kita. Mungkin mereka juga dapat membantu memberi nasihat atau jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi.

6. Berurut
Bila kita stress, urat-urat kat kepala dan badan kita juga stress. Berurut dapat membantu melegakan ketegangan urat dan menenangkan fikiran. Kalau ada bajet, pergilah ke spa urutan. Aroma terapi di spa juga boleh memberi kesan penenang.

7. Mendengar Muzik
Muzik juga boleh memberikan ketenangan dan menghilangkan stress. Tapi jangan la dengar muzik rock atau yang bising-bising. Lagi stress ada la.. dengar la muzik yang perlahan dan lembut, seperti lagu nasyid ke, muzik balada ke (tapi jangan lagu putus cinta) atau muzik alam semulajadi.

8. Beriadah
Bersukan boleh membantu kita fokus kepada perkara lain selain masalah dan bantu hilangkan stress.

9. Bersenam
Bersenam sepeti berjoging dan workout juga boleh bantu kita fokus kepada perkara lain dan menyihatkan badan. Badan yang kurang sihat juga boleh menyebabkan kita mudah stress.

10. Berfikiran positif
Lupekan masalah yang sedang dihadapi atau anggap masalah itu sebagai cabaran dalam hidup. Tetapkan dalam diri, sekiranya anda berjaya mengatasi cabaran itu, anda telah berjaya mencapai sesuatu dalam hidup dan anda berbangga dengannya.

Antara teknik lain yang boleh kita amalkan untuk hilangkan stress adalah dengan muhasabah diri dan bersikap positif. Jemput tonton video Cara Muhasabah Diri Agar Diri Kekal Positif.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan pengambilan supplement kesihatan. Stress juga salah satu tanda badan kita kekurangan vitamin dan mineral penting.
Vitamin B Complex Shaklee mengandungi vitamin B yang lengkap yang dapat membantu mengurangkan stress iaitu punca migraine

Kalsium dapat mengurangkan stress, jantung berdebar dan sakit kepala. Magnesiumpula dapat membantu melancarkan sistem saraf, pengecutan otot dan menstabilkan denyutan jantung.
Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium serta Vitamin D yangmembantu meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh.

Sekian,
Semoga tip ini dapat membantu hilangkan stress anda dan anda dapat hidup dengan lebih tenang, inshaAllah.
Suhailah
Pengedar Shaklee Anda
0192882244

Wednesday, 1 July 2015

10 Makanan Merbahaya Yang Ibu Hamil Perlu Elak Jika Tidak Mahu Kesihatan Bayi Terjejas

Assalamualaikum..
Apa khabar ibu-ibu? Sihat? Masih mampu teruskan berpuasa? Alhamdulillah.. tapi ingat, jangan paksa diri tau. Ibu hamil wajib jaga kesihatan diri dan baby. Cakap pasal kesihatan, hari ini saya nak share dengan ibu-ibu semua 10 makanan merbahaya yang ibu-ibu hamil perlu elak jika tidak mahu kesihatan bayi terjejas. Ye, ibu-ibu hamil wajib tahu apa makanan yang tidak boleh dimakan sepanjang kehamilan. Kerana terdapat makanan yang boleh menjejaskan kesihatan baby dan juga boleh menyebabkan kecacatan. Mudah-mudahan dijauhkan dan ibu-ibu semua mendapat anak yang comel dan baik budi pekerti. Amin.

Jom kita tengok apa yang ibu-ibu hamil tak boleh makan.

1.    Makanan Laut Yang Mengandungi Merkuri Yang Tinggi
Merkuri memang merbahaya terutama ibu-ibu hamil. Sebabnya merkuri boleh merosakkan otak, pendengaran dan juga penglihatan baby yang sedang dikandung. So ibu kena perhati betul2 apa makanan yang berkemungkinan mengandungi merkuri yang tinggi.
Biasanya ikan-ikan besar seperti ikan Yu, ikan Todak dan Tuna (termasuk dalam tin) mengandungi merkuri banyak sebab mereka ni hidup lama. So semakin lama mereka sehidup, semakin banyak la merkuri yang mereka serap.
Tapi ibu-ibu jangan pulak tak makan ikan langsung. Ikan baik untuk ibu dan baby sebabnya mereka lah sumber terbaik protein, vitamin B-12, zink dan asid lemak omega-3 (termasuk DHA & EPA). Antara ikan yang boleh untuk dimakan adalah ikan bersaiz sederhana kecil dan kecil seperti ikan tilapia, ikan salmon, ikan cod, ikan keli dan kerang-kerangan. Ikan-ikan ini juga mengandungi merkuri namun dalam kuantiti yang sedikit. So ibu-ibu kalau nak makan, pastikan tidak lebih dari 12 ounces seminggu. Pastikan juga seafood ini fresh dan dimasak betul (jangan mentah atau separa masak).
Kalau ibu-ibu rasa susah dan still rasa risau, ada cara yang lebih mudah dan selamat untuk ibu-ibu pastika baby ibu dapat semua benefit dan nutrisi seperti di atas. Nak tahu macam mana? Teruskan membaca sehingga habis entry ini.


2.    Sushi



Siapa yang suka sushi? Kena puasa dari makan sushi ye ibu-ibu. Kenapa tak boleh makan? Rasanya ibu-ibu mesti dapat agak kan? Iye betul, sebab sushi biasanya menggunakan seafood mentah. So, bila mentah, ada la bakteria-bakteria yang masih hidup dan merbahaya untuk ibu dan baby. Walaupun ada sushi yang dijual masak, tapi dikhuatiri berlaku kontaminasi silang semasa proses penyediaan. Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan la ye ibu.

3.    Deli Meat & Prepared Deli Foods
Ramai ke ibu-ibu yang suka makan deli meat ni? Sama juga la isunye dengan sushi iaitu kontaminasi dengan bacteria, tapi bacteria spesifik iaitu bacteria listeria. Bukan histeria ye.. hehe.. Jika terjangkit, bacteria ini boleh memasuki aliran darah dan boleh sampai ke baby melalui tali pusat.  Jangkitan bacteria ini yang dikenali sebagai listeriosis boleh menyebabkan keguguran. Bacteria ini boleh hidup di bawah suhu 40 darjah. Jika ibu-ibu masih nak makan juga, pastikan masak pada suhu sekurang-kurangnya 145 darjah untuk pastikan bacteria ini benar-benar mati. Untuk Deli food yang dah siap lagi berisiko sebabnya kita tidak tahu sudah berapa lama ia disiapkan, dah berapa lama ia terbiar di kedai, adakah bahan-bahan yang digunakan dibasuh bersih, adakah orang yang sediakan tu mengamalkan kebersihan.

4.    Keju Yang Tidak Dipasteur (Unpasteurized cheese)
Cheese?  Ermmm sedapnya kan.. tak boleh makan cheese? Boleh la.. hehe.. tapi cari yang dah dipasteur. Macam mana nak tau? Tengok labelnye. Cheese yang tidak dipasteur berkemungkinan mengandungi bacteria merbahaya seperti listeria. Contoh cheese yang tidak dipasteur adalah cheese lembut seperti feta, cheese kambing, camembert, blue cheese dan Mexican gueso fresco atau gueso blanco.

5.    Tauge Mentah / Sayur Mentah
Alamak tauge mentah atau separa masak la biasa sedapkan. Rangup-rangup gitu. Tapi kan tauge ni boleh jadi rumah atau tempat pembiakan bacteria seperti salmonella, listeria dan E.coli. Apa-apa sayur mentah yang biasanya direndam memang berisiko tinggi mengandungi bacteria bawaan air ini.

6.    Adunan dan Doh Mentah
Ni khas untuk ibu-ibu yang suka baking atau yang memang buat bisnes confectionary. Jangan la dok merasa doh atau adunan yang belum dimasak tu ye.. walaupun baunya menusuk kalbu.. Ini bukan perkara remeh ye ibu. Sebabnya kemungkinan besar doh atau adunan mentah tersebut mengandungi bacteria salmonella. “eh before ni ok je bila merasa doh atau adunan mentah. Tak sakit perut pun”. Ye ibu, pada keadaan biasa sistem pertahanan badan kita kukuh. Tapi bila hamil, sistem badan kita agak lemah. Yang paling utama adalah baby dalam perut tu. Sistem pertahanan tubuh mereka belum develop lagi. Amat merbahaya buat baby jika bacteria memasuki salur darah mereka melalui plasenta ibu.

7.    Jus / Susu Yang Tidak Dipasteur
Sentiasa perhatikan label semasa membeli jus. Perkataan PASTEURIZED  wajib ada pada label. Jika takde, jangan beli. “tapi macam mana dengan fresh juice? Haa… untuk fresh juice ada kelonggaran sikit. Fresh juice boleh diminum tanpa Pasteur TAPI perlu / wajib diminum dalam masa 1 jam selepas diperah/prepared. So kalau ada orang jual yang dah siap2 perah tu, better jangan minum.

8.    Minuman Berkafien
Sebenarnya tiada lagi kajian yang kukuh mengenai kesan kafein pada kandungan. Namun demikian, ibu-ibu digalakkan untuk tidak atau kurangkan minum minuman berkafien. Maksimum pengambilan adalah 1 atau 2 cawan kecil (<12 ounces). Antara minuman yang mengandungi kafien adalah kopi, Nescafe, teh dan coklat (milo etc). Untuk ibu-ibu yang mempunyai masalah seperti darah tinggi seeloknya jangan minum langsung kopi atau nescafe (sebab kandungan kafiennya agak tinggi berbanding yang lain), kerana kafien boleh menyebabkan masalah tersebut menjadi teruk.

9.    Alcohol
Alcohol sememangnya tidak baik untuk kesihatan apatah lagi bila ibu sedang hamil. Bagi Muslim memang confirm la tak boleh minum kan. But for mommies non-muslim, yang dah terbiasa minum alcohol walau dalam kuantiti sedikit, elak-elakkan la ya. It is bad for your baby. Alcohol boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan mental buat baby dalam kandungan.

10. Hati
Tengah hamil ni memang perlu sangat2 kurangkan makan hati. Bukan “makan hati” yang peribahasa tu ye juga. Hehe.. “eh tapi nurse kat klinik suruh makan hati sebab nak naikkan Hb, camne tu?”. Boleh makan, tapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Sebenarnya, dalam hati mengandungi vitamin A yang sangat tinggi. Vitamin A yang tinggi bahaya untuk kandungan terutama di awal kehamilan kerana boleh menyebabkan kecacatan pada baby.

Ibu-ibu jangan sedih ye.. yang tak boleh makan/minum sikit je.. banyak lagi makanan/minuman yang boleh diambil. Masa hamil ini adalah waktu yang sangat kritikal. Ibu-ibu perlu menjaga kesihatan diri dan juga baby dalam kandungan. Pastikan ibu mengambil nutrisi yang cukup dan elakkan kerja berat-berat dan elakkan stress. Emosi dan kesihatan ibu sangat mempengaruhi perkembangan dan kesihatan baby.

Saya cadangkan ibu-ibu untuk mengamalkan set hamil dari Shaklee ini bagi memastikan keperluan nutrisi ibu dipenuhi. Saya juga amalkan semasa hamil anak ke-2 tahun lepas. Anak pertama tak sempat sebab masa tu belum kenal lagi Shaklee yang awesome ini.. hehe.. Alhamdulillah saya tiada masalah seperti keletihan mahupun stress. Bacaan Hb pun cantik.

Set Hamil Shaklee ni atau kini dikenali sebagai YES PACK Pre-natal, terdiri daripada :
ESP, Vitamin C, Vitalea, B-Complex, OsteMatrix dan OmegaGuard.
: 
Untuk mengetahui apa kebaikan Set Ibu Hamil Cergas dari Shaklee ini, ibu-ibu boleh rujuk entry berikut:
>> 10 Makanan Superfood Yang Wajib Diambil Oleh Ibu Hamil Terutama Mereka Yang Bekerjaya Dan Supersbusy 

Dalam video ini diceritakan lebih banyak mengenai YES YES PACK Pre-natal Shaklee yang ibu-ibu perlu tahu supaya tidak kerugian.


Juga terdapat video tips bagaimana untuk kekal cergas walaupun hamil di sepanjang bulan puasa.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah

Tuesday, 28 April 2015

Petua Melegakan / Mengurangkan Sakit Senggugut / Period Pain

Ramai wanita mengalami masalah senggugut atau period pain / period cramp semasa kedatangan haid. Biasanya mereka telah mengalaminya sejak remaja lagi. Ada yang alami peringkat sederhana atau sakit sedikit sahaja dan masih boleh menjalani kehidupan seharian dan melakukan kerja seperti biasa. Namun, ada yang mengalami sakit teruk dan kekejangan sehingga tak boleh bangkit dari katil. Sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu kan..
Di sini saya nak share sedikit petua kurangkan sakit senggugut atau period pain / period cramp itu. Mudah-mudahan dapat membantu.

# 1 Bawang merah untuk elak senggugut / period pain / period cramp
bawang-merah_senggugut_period pain

Hiris 3 biji bawang merah. Kemudian campur ke dalam air panas dan kacau. Minum setelah airnya suam sedikit. Boleh amalkan beberapa hari sebelum kedatang haid / period.

#2 Halia
halia_senggugut_period pain
Minum air perahan halia selama sebulan. Minum 2 kali sehari.

#3 Air panas
hot water bag_period pain_senggugut_period cramp
Tuam perut (ari-ari) dengan air panas yang diisi dalam botol atau bag panas. Ini biasanya dapat memberikan sedikit kelegaan.

Jika anda sudah cuba kesemua petua tapi masih lagi mengalami sakit senggugut atau period pain / period cramp, anda boleh cuba cara berikut:

#4 Set Senggugut Shaklee

senggugut, period pain, haid, sakit senggugut, sakit wanita, period, sakit haid, b complex, gla, ostematrix

Bagaimana supplement Shaklee dapat membantu mengurangkan period pain / period cramp atau senggugut?

GLA Complex - merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
>> GLA dapat membantu menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid. Biasanya GLA digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit senggugut, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putus haid (menopause).

OsteMatrix - mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan juga mineral seperti zinc, copper dan manganese untuk membantu memelihara kesihatan tubuh. 
>> Vitamin-vitamin dan mineral-mineral ini bekerjasama membantu relaksasi otot. Kalsium penting untuk mengekalkan nada otot semasa haid. Vitamin D juga membantu mengurangkan keradangan. Adalah dipercayai bahawa keradangan semasa haid boleh menyebabkan kembung dan kesakitan teruk semasa haid.

B Complex - mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5 (asid panthothenic), B6 dan B12 serta Biotin yang terbukti dapat mengurangkan stress serta membantu melegakan senggugut / period pain.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan,
boleh hubungi saya Suhailah melalui
whatsapp : 0192882244
email : n_su2008@ymail.com


Friday, 10 April 2015

5 Petua Mudah Bersalin Agar Anda Tidak Perlu Menanggung Sakit Terlalu Lama

Assalamualaikum, dah lama entry Tips Mudah Bersalin ini tergendala.. Maaf ye..
InshaAllah saya nak kongsikan sedikit petua untuk mudah ebrsalin yang boleh dijadikan paduan terutama ibu-ibu yang pertama kali akan melahirkan anak. Mesti nervous kan? Hehe.. jangan risau.. melahirkan anak adalah salah satu pengalaman yang paling indah dalam hidup anda. Bayangkan yang best-best je seperti wajah comel bayi anda.


Tips Mudah Bersalin, petua mudah bersalin, mudah bersalin, vco, virgin coconut oil, air zam zam, kurma, set hamil shaklee, shaklee, esp, b complex, ostematrix, vitamin c, vitalea


Petua 1:
Makan
energy bar, petua mudah bersalin

Makan atau alas la perut anda. Jangan biarkan diri anda dalam keadaan lapar sebab anda akan perlukan tenaga yang banyak untuk meneran.
Saya faham, ada antara ibu-ibu yang tengah menahan sakit mungkin tidak selera untuk makan. Jangan begitu, makan la walau sedikit seperti beberapa biji kurma, roti atau energy booster / energy bar.
Percayalah, anda SANGAT-SANGAT memerlukan tenaga. Jika anda lemah dan tidak mampu untuk meneran, kesannya risiko bayi anda lemas adalah tinggi.

Petua 2:
Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil, VCO)
vco, virgin coconut oil, minyak kelapa dara, petua mudah bersalin

Minum atau makan (kapsul) VCO bagi memudahkan proses bersalin.
Boleh juga disapu di perineum seawal minggu 36.
Lakukan urutan bersama VCO.

Petua 3:
Makan Telur Ayam Kampung
petua mudah bersalin, telur ayam kampung, tenaga

Telur ayam kampung boleh membekalkan tenaga untuk anda.
Pecahkan 1biji telur mentah ke dalam 1 cawan air milo, kacau dan minum sebelum berangkat ke hospital atau sebelum ke kamar bersalin.

Petua 4:
Makan Kurma & Minum Air Zam Zam
petua mudah bersalin, kurma, tenaga segera

Air Zam Zam tersebut dibacakan selawat terlebih dahulu.
Kurma dapat beri tenaga segera. Ia mudah dihadam & diserap. 
Ia juga mengandungi karbohidrat, serat dan potassium.
Ia juga dapat membantu memudahkn proses bersalin dan mengurangkan aliran darah semasa bersalin. Makanlah sebanyak yang boleh semasa sakit nak bersalin.
Minum air zam zam untuk penghilang dahaga.

Tips #5:
Mengamalkan Set Hamil Shaklee di sepanjang kehamilan.
Tips Mudah Bersalin, petua mudah bersalin, mudah bersalin, vco, virgin coconut oil, air zam zam, kurma, set hamil shaklee, shaklee, esp, b complex, ostematrix, vitamin c, vitalea, minyak kelapa dara,

Supplement Shaklee dapat membantu memastikan ibu sentiasa cergas di sepanjang kehamilan.
Jika ibu sentiasa cergas bertenaga, inshaAllah proses bersalin akan menjadi mudah dan indah =)
Untuk tahu lebih lanjut tentang bagaimana produk Shaklee dapat membantu anda boleh rujuk sini >> Set Hamil Shaklee

Jom tengok macam mana ibu yang tengah sarat hamil ni boleh travel naik flight dan PANJAT Candi Borobudur pulak tu!

Ketahui juga tips bagaimana untuk kekal cergas walaupun hamil di sepanjang bulan puasa.
 

Di harap petua mudah bersalin ini dapat membantu mempermudahkan proses bersalin dan membantu anda menikmati saat-saat indah menimang cahaya mata.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan,
boleh hubungi saya Suhailah melalui
whatsapp : 0192882244
email : n_su2008@ymail.com

Sunday, 2 November 2014

10 Makanan Superfood Yang Wajib Diambil Oleh Ibu Hamil Terutama Mereka Yang Bekerjaya Dan Supersbusy

Ibu-ibu hamil sekalian, tahukah anda apa yang anda makan sangat memberi kesan kepada baby dalam perut tu. Maka, sila pastikan anda mengambil makanan wajib bagi setiap ibu hamil secukupnya. Adalah sangat penting untuk ibu-ibu memastikan ibu ambil makanan wajib ini disepanjang kehamilan supaya baby dalam perut tu sihat dan membesar dengan sempurna.

Biasa kalau kita check-up kat klinik, doktor atau nurse akan beritahu kita secara umum atau ringkas apa yang patut ibu-ibu hamil makan. Tapi kebanyakannya tak masuk pun dalam kepala kita kan.. huhuhu..
So di sini, saya share apakah makanan yang wajib diambil oleh ibu-ibu hamil sekalian.

Pertama : Susu dan produk tenusu
 

Kenapa kena minum atau makan produk tenusu? Sebabnya kerana kita nak kalsium sebenarnya.
Keperluan kalsium bagi ibu hamil menjadi tinggi sedikit berbanding keadaan biasa sebab kalsium dari tulang ibu digunakan oleh baby yang sedang membesar. Sekiranya kalsium yang diambil itu tidak digantikan, ia akan mengganggu tahap kesihatan ibu-ibu. Kesannya, ibu-ibu akan mengalami pereputan tulang atau osteoporosis dan gigi mudah rosak.
Itu yang kadang kita tengok, ibu-ibu muda ada yang gigi dah mula rongak la.. Sebabnya, mereka tidak mengambil kalsium yang cukup semasa hamil.
Oleh itu, ibu-ibu hamil sekalian, anda wajib ambil makanan/minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju, yoghurt, kacang almond, brokoli, biji bijan dan produk tenusu lain.
Sebab itu dalam set hamil Shaklee wajib ada OsteMatrik iaitu supplement kalsium.  
 klik untuk lebih kebaikan ostematrix
Selain untuk tulang, kalsium juga penting untuk elak atau kurangkan kaki kejang dan sakit pinggang. Yang bestnya, OsteMatrik bukan setakat mengandungi kalsium, ia juga mengandungi vitamin D yang dapat bantu penyerapan kalsium lebih berkesan dan juga Magnesium, yang dapat membantu melancarkan sistem perkumuhan ibu-ibu dan mengelakkan SEMBELIT.

Kedua : Bayam dan Biji Halba


Bayam dan biji halba kaya dengan asid folik. Seperti yang ibu-ibu tau, asid folik sangat penting dan sinonim dengan ibu hamil termasuk mereka yang tengah merancang untuk hamil. Ini kerana asid folik penting untuk pertumbuhan otak bayi dan mengelakkan dari kecacatan seperti spina bifida. Asid folik juga dapat mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dan pre-eclamsia.
Selain asid folik, sayuran hijau juga mengandungi sedikit vitamin, mineral dan kalsium yang diperlukan.
Supplement B Complex Shaklee juga mengandingi asid folik yang cukup untuk ibu hamil. 
 Klik untuk lebih kebaikan B Complex
Disamping kesemua vitamin B yang diperlukan seperti B1, B2, B3, B6, B12, Biotin dan Panthothenic acid.

Ketiga : Brokoli
Sayur brokoli memang bagus untuk kesihatan dan juga sedap. Kalau dulu sayur ini dianggap hanya makanan orang tertentu atau orang-orang kaya, kini brokoli boleh didapati walau di pasar borong. 
Brokoli kaya dengan mineral kalsium, manganese dan potasium yang membantu pembentukan tulang yang kuat untuk baby anda.

Keempat : Telur dan Daging

Telur adalah sumber terbaik protein, rendah kalori dan mengandungi asid lemak omega-3 yang berkualiti. Juga mengandungi asid folik, kolin dan zat besi yang dapat membantu menguatkan lapisan uri (amniotic membrane). Uri yang kuat penting untuk mengelakkan baby dari mengalami sebarang kecederaan mahupun kecatatan pada baby.
Protein dari daging pula dapat membantu pertumbuhan sel dan otot baby.
Selain untuk baby, protein juga penting untuk ibu supaya ibu tidak mudah letih dan tidak bermaya.
 klik untuk lebih kebaikan ESP
Untuk pengetahuan anda (yang belum tahu), ESP Shaklee mengandungi 14g protein dalam setiap sajian yang dapat bantu menampung keperluan protein ibu-ibu hamil.
Ramai ibu-ibu hamil yang telah amalkan ESP sepanjang tempoh mengandung dan berpuas hati dengan kesannya iaitu tidak letih, kenyang lama dan sentiasa bertenaga.
Paling penting ESP Shaklee diperbuat daripada non-GMO soy dimana terbukti secara saintifik yang tumbuhan GMO tidak baik untuk kesihatan manusia sebenarnya.
Sebab itu, ramai yang bila minum susu soya dipasaran, baby nya mengalami kesan kulit sensitif dan sebagainya. Sebabnya kebanyakan susu soya di pasaran diperbuat daripada soya GMO.
Dengan ESP, anda tidak perlu risau kerana ramai yang terbukti minum ESP semasa hamil, selain baik untuk ibu, kulit anak pun jadi lebih halus dan putih.

Kelima : Ikan
  
Bukan ikan Nemo ni ye.. hehe..
Ikan baik untuk ibu hamil kerana mengandungi proteindan asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan mata baby. Namun, ada kerisauan untuk ibu makan ikan kerana dewasa ini banyak ikan yang dicemari oleh bahan merbahaya iaitu merkuri.
Ibu-ibu dicadangkan untuk memilih ikan laut dalam atau ikan laut sejuk seperti ikan kod, ikan bilis, ikan sardin dan mackerel yang kurang terdedah kepada pencemaran merkuri.
klik untuk lebih kebaikan Omegaguard
OmegaGuard Shaklee ialah minyak ikan yang diperbuat daripada isi ikan dan mengandungi asid lemak omega-3 yang berkualti. Kebanyakan minyak ikan dipasaran diperbuat daripada hati ikan kerana hati ikan mengandungi minyak yang banyak. Namun hati ikan bukan sumber yang terbaik kerana mengandungi bahan-bahan toksik dari laut yang masuk ke dalam badan ikan dan ditapis oleh hati supaya tidak sampai atau diserap oleh tubuh ikan.
OmegaGuard juga kaya dengan DHA dan EPA yang sangat-sangat baik untuk perkembangan otak bayi.

Keenam : Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan, fiber dan juga nutrient seperti zink, zat besi dan asid folik. Tauge contohnya kaya dengan vitamin B12 yang membantu perkembangan otak dan hati baby.

Ketujuh : Tahu
 
Kaya dengan kalsium, zat besi, manganese, vitamin A, vitamin K dan asid folik.

Kelapan : Buah-buahan dan Sayuran
Memang wajib diambil setiap hari. Selain untuk serat dan mengelakkan sembelit, buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin yang diperlukan.
Ibu-ibu digalakkan mengambil 5 sajian buah-buahan setiap hari. Makan buah yang kaya dengan antioksida seperti musk melon, strawberi, anggur dan oren. Vitamin C yang terdapat dalam buah dapat meningkatkan penyerapan zat besi.

Kesembilan : Air
 Air memang sangat wajib bukan untuk ibu hamil sahaja, malah kita semua yang tak hamil juga.
Selain untuk elak dehidrasi, iar penting untuk mengeluarkan segala bahan toksik dalam badan melalui sistem perkumuhan.
Air kelapa dan fresh orange baik untuk diamalkan. Selain kaya dengan vitamin dan serat, ia juga dapat menyejukkan badan dan baik untuk kulit ibu dan baby.

Kesepuluh : Bijirin
Sumber karbohidrat dan serat terbaik. Serat juga dapat elakkan daripada sembelit yang memang biasa berlaku pada ibu hamil terutama di akhir kehamilan. Selain itu, karbohidrat penting untuk bekalkan tenaga kepada sel-sel tubuh untuk berfungsi dengan baik dan mengekalkan kesihatan badan.

Agak-agak ibu-ibu boleh pastikan kesemua ini ada dalam diet harian anda tak?
Memang agak sukar kan terutama yang superbusy kan..
Apa pun kita sebagai ibu kena juga pastikan segala keperluan ini dipenuhi demi baby dalam perut tu dan juga kesihatan kita.
So, bagi ibu-ibu yang sedang hamil, ini lah senarai 10 makanan superfood yang wajib diambil mengikut www.thehealthsite.com.
Ibu-ibu jangan risau, Shaklee mempunyai supplement terbaik yang dapat membantu ibu-ibu sekalian untuk pastikan ibu-ibu hamil mendapat kebaikan dari 10 makanan wajib ini.

Ini adalah set bajet atau set minimum. Saya sarankan ibu-ibu tambah OmegaGuard dan juga ESP untuk mendapat kesemua kebaikan yang disebut di atas.
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah


sumber gambar : google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...