Showing posts with label Performance Drink. Show all posts
Showing posts with label Performance Drink. Show all posts

Tuesday, 15 September 2015

Tips Elak Jatuh Sakit Di Kala Jerebu

Assalamualaikum..
Apa khabar? Harap anda semua masih diberi kesihatan yang baik. Rasa semua dah maklum keadaan jerebu semakin teruk di negara kita. Sampai ada sekolah di beberapa negeri diarahkan tutup termasuklah negeri Melaka ini. Bila sekolah tutup, masalah pulak kepada ibu bapa yang bekerja ni kan. Terpaksa juga ambil cuti kecemasan untuk jaga anak di rumah. Mana yang ada orang tua berdekatan boleh la tumpang kejap ye. Tak pela.. Demi kesihatan anak-anak kita, apa salahnya berkorban sikit kan.. Mudah-mudahan majikan pun paham ye dak..


Jerebu sekarang dah jadi semacam annual event kan. Setiap tahun pasti negara kita diselubungi debu dan asap. Cuma kadang-kadang sikit kadang-kadang tebal. Teringat jerebu tahun 2013, memang tebal sangat2 sampai terpaksa buka lampu kereta di siang hari.
Di bawah ni saya ambil gambar di Pagoh, masa ni pulak econ kereta kami rosak. Haru betul. huhuhu..

Ok. Balik ke topik asal.
Di musim jerebu ini, yang tak bestnya, penyakit pun turut sama hadir. Biasa penyakit berkaitan pencemaran udara macam sakit mata (pedih mata), sakit tekak, batuk, sakit dada, selsema dan sakit kepala. Kita orang dewasa pun tak tahan, apatah lagi kanak-kanak dan baby. Oleh itu, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan dengan mengurangkan dedahan udara yang tercemar.

Tips Elak Jatuh Sakit Di Kala Jerebu
Jom tengok apa yang perlu dan boleh kita lakukan untuk elakkan diri dari jatuh sakit semasa musim jerebu ini:

  1. Kurangkan aktiviti di luar rumah - tak perlu beriadah di taman-taman (udara pun tak bersih, nanti nak sihat jadi sakit pulak).
  2. Sentiasa tutup pintu dan tingkap serapat yang boleh untuk kurangkan kemasukan udara kotor. Jika ada pendingin hawa yang ada ionizer tu, boleh la pasang. Siapa yang takde macam saya, cukup la sekadar tutup pintu dan tingkap rapat-rapat. Hehe..
  3. Jangan lakukan pembakaran terbuka - haa... ini saya pelik dengan sesetengah manusia. Dah jelas-jelas jerebu tebal, masih ada yang buat pembakaran terbuka seperti bakar sampah dan juga bakar ROKOK. Ditambah pulak dengan vape. Adei..
  4. Minum air kosong / suam banyak-banyak (minimum 3 liter).
  5. Pakai penutup muka (mask) - pastikan anda dan anak-anak memakai mask yang sesuai jika perlu berada di luar rumah. Nak pakai mask pulak, pastikan pakai yang betul punya. Ramai yang keliru dan pakai mask yang salah. Mask yang betul adalah jenis P100 dan N95, bukan surgical mask. Rujuk gambar di bawah.
  6. Amalkan supplement seperti vitamin C, vitamin E, Nutriferon dan Performance Drink dari Shaklee untuk kekalkan kesihatan.

Mask yang betul
Haaa.. anda pakai yang mana satu?

 Supplement Kesihatan Shaklee

Supplement ini dapat bantu mengekalkan kesihatan dalaman dengan cara melindungi sel dalam badan dari mengalami merosakan akibat radikal bebas yang terdapat dalam udara jerebu. Nutriferon juga dapa bantu tingkatkan sistem imun badan seterusnya dapat elakkan dari diserang demam, batuk, selsema dan juga sakit kepala.

Untuk sebarang pertanyaan,
boleh
Hubungi saya :
(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 018-8734025
Email: n_su2008@ymail.com

Jom daftar sebagai ahli. Dapat percuma Vitalea. Promosi terhad.



Wednesday, 12 August 2015

8 Tips Mudah Rawat Demam Denggi

Assalamualaikum..
Demam denggi di Malaysia ni sentiasa berlaku dan kadar statistiknya sangat tinggi. 



Demam denggi ni sehingga kini tiada ubat mahupun rawatan khusus. Rawatan yang diberikan biasanya pesakit akan diberi drip water sahaja dan ubat demam untuk turunkan suhu. Kemudian doktor akan pantau keadaan pesakit.

》Baca juga : 7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Perlu Tahu


Selain rawatan drip water, pesakit juga perlu banyakkan minum air masak (minimum 3 liter) dan berehat. 


Tapi ada juga petua yang biasa diamalkan masyarakat kita. 
Berikut adalah tips atau petua mudah untuk merawat demam denggi.

1) Sup ketam - Reneh sup ketam dan pastikan pesakit hirup kuahnya sekali.


2) Jus daun betik - 
Gambar kredit : ohcikguhindon.blogspot.com
Tumbuk sampai lumat dau betik yang matang. Kemudian ambil jusnya dalam 1 sudu the dan beri pesakit minum.


3) Jus buah kurma - Kisar 10 ke 20 biji buah kurma dengan segelas air masak. Minum 2 kali sehari pagi dan petang sehingga sembuh.


4) Jus buah jambu - Kisar dan minum jusnya. Jus jambu dapat bantu melawan radikal bebas dalam tubuh. Jadikan tubuh lebih sihat.


5) Jus pegaga -
Kisar dan minum jusnya.


6) Tembikai merah - Boleh dimakan atau diminum jusnya. Amalkan setiap hari. Jus tembikai boleh bantu gantikan air tubuh yang hilang dan banut sejukkan badan.


7) Air Isotonik - Minum air isotonic untuk kekalkan keseimbangan elektrolit dan air dalam badan. Biasa orang akan nasihat minum air isotonic yang bergas itu. Tapi tahukah anda kandungan gulanya adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak baik untuk badan jika anda minum terlalu banyak. 
Performance Drink dari Shaklee adalah alternatif terbaik untuk anda gantikan air isotonic bergas itu. Performance Drink mempunyai kandungan gula yang rendah. Performance Drink Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh dan bantu elakkan dehidrasi (badan kekurangan air).




8) Supplement
Selain petua-petua di atas, yang jika anda perhatikan semuanya bertujuan untuk pastikan anda minum air sihat yang banyak, anda juga boleh mengambil supplement untuk tingkatkan tahap imuniti atau sistem pertahanan tubuh anda. 


a) Nutriferon

Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang membantu meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.

Nutriferon adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan.


Disebabkan kesannya yang dapat membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh, ianya sangat sesuai diambil oleh mereka yang sering demam, selsema, alahan, asma dan antibodi lemah.
Kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas juga boleh mengambil Nutriferon dalam kuantiti yang sedikit.


Vitamin C berfungsi membantu meningkatkan sistem Imun dalam badan. Sekiranya badan kita mempunyai cukup Vitamin C setiap hari, sistem pertahanan tubuh yang sihat dapat membunuh virus tersebut serta mengelakkan daripada terjadinya simptom yang lebih teruk seperti Demam Denggi Berdarah.

Betul ke supplement boleh bantu rawat Demam Denggi? Jemput tonton dan dengar penerangan ringkas dari Nutritionist ini.

Untuk dapatkan supplement ini,
boleh hubungi saya
Suhailah
0192882244
FB : Aliyya Soffiya

Nak dapat vitamin PERCUMA?
Jom daftar keahlian sekarang.

credit : mamaqaireen.com , KKM, iReach Shaklee

7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Patut Tahu

Assalamulaikum..
Ahad lepas taman rumah saya ada buat gotong-royong bersihkan persekitaran. Sebenarnya selalu jugak ada gotong-royong. Sebabnya taman rumah saya adalah kawasan black list kes demam denggi. Hampir setiap minggu pihak KKM terpaksa datang fogging. Gotong-royong baru-baru ini pun dipantau perlaksanaannya oleh pihak KKM. 



Rasanya ramai yang dah tahu apa itu demam denggi sebabnya pihak KKM selalu menerangkan pada kita sama ada melalui poster mahupun iklan di TV. Tapi saya cerita juga sikit ye. Hehehe..

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus yang dibawa dan disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti melalui gigitannya. Seseorang itu boleh dijangkiti berulang kali walaupun pernah terkena jangkitan. Ini kerana tubuh tidak menghasilkan antibodi yang boleh menghalang jangkitan semula.


Demam denggi ni sangat bahaya sebab boleh meragut nyawa. Oleh itu, penting untuk anda tahu tanda-tanda jika anda atau seseorang itu diserang demam denggi.

7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Patut Tahu

1) Demam panas secara tiba-tiba.
Demam panas secara tiba-tiba tanpa batuk mahupun selsema. Suhu biasanya 40 - 41oC . Bagi baby di usia 4 bulan ke bawah, suhu di bahagian rectal (bontot) sekitar 38oC. Kalau anda tidak pasti berapa suhu anda, dan jika lepas makan ubat demam masih tak baik-baik, teruskan sahaja berjumpa doktor. Kalau baby atau kanak-kanak, terus sahaja ke klinik. Sebab dikhuatiri mereka terkena sawan. Sekarang ni sangat penting untuk ada thermometer digital di rumah terutama kalau ada baby. Sebabnya kalau main rasa-rasa kita tak pasti kan. Suhu demam adalah 37.5oC ke atas.

2) Sakit kepala yang teruk
Jika anda telah makan ubat sakit kepala tapi masih sakit kepala yang teramat sangat, cepat-cepat berjumpa doktor dan buat ujian darah.

3) Sakit belakang mata

4) Sakit sendi dan otot yang teruk

5) Loya dan muntah

6) Ruam
Ruam atau bintik-bintik merah biasanya muncul 3 atau 4 hari selepas demam.

7) Berdarah 
Berlaku pendarahan pada hidung dan gusi atau mudah lebam.

Jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi seperti di atas, segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan lanjut.


Cadangan Set Demam Denggi
1) Performance Drink
 Performance Drink dari Shaklee adalah alternatif terbaik untuk anda gantikan air isotonic bergas itu. Performance Drink mempunyai kandungan gula yang rendah. Performance Drink Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh dan bantu elakkan dehidrasi (badan kekurangan air).

2) Nutriferon

 Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.
Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan. 
Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit. 

Vitamin C berfungsi membantu meningkatkan sistem Imun dalam badan. Sekiranya badan kita mempunyai cukup Vitamin C setiap hari, sistem pertahanan tubuh yang sihat dapat membunuh virus tersebut serta mengelakkan daripada terjadinya simptom yang lebih teruk seperti Demam Denggi Berdarah.

Betul ke supplement boleh bantu rawat Demam Denggi? Jemput tonton dan dengar penerangan ringkas dari Nutritionist ini.

Untuk dapatkan supplement ini,
boleh hubungi saya
Suhailah
0192882244
FB : Aliyya Soffiya

Nak dapat vitamin PERCUMA?
Jom daftar keahlian sekarang.

credit : mamaqaireen.com , KKM, iReach Shaklee, webmd.com

Saturday, 11 October 2014

Cabaran Hari 4 | Vitamin Shaklee Yang Pertama Saya Makan

Sejujurnya saya tak ingat vitamin apa yang pertama sekali saya makan.. huhuhu..
Tapi supplement pertama yang saya beli adalah Advance Joint Health Tablet. 
Saya belikan untuk mak saya sebab beliau sakit kaki.. Biasa la orang tua kan.. Kini dah hampir setahun beliau makan AJHT. Alhamdulillah sakitnya semakin berkurang.

Sebelum ini saya tidak pernah amalkan apa-apa supplement. Memang jenis tak suke makan ubat.. hehehe..
Saya rasa supplement pertama saya adalah ESP & Performance Drink.
Saya ambil masa bulan puasa. Saya ni jenis tak tahan lapar.. hehe.. so saya ambil set ni setiap kali lepas sahur.
Memang sedap & alhamdulillah bertenaga je sampai petang..
Kini setiap kali bersahur, wajib ada 2 ni..

Kini dah hampir separuh produk Shaklee saya amalkan..
Macam tak caya je saya makan supplement.. hehe..
Yang paling best & ketara kebaikan supplement Shaklee ni ialah apabila saya makan Vita-Lea, Hb saya tidak lagi rendah walaupun saya berdarah hbE trait.
 Bile sebut je HbE trait ni doktor & nurse memang give up la. Diorang kata memang tak boleh naik.
Ye, memang tak boleh naik even saya makan iron tablet setiap hari. Tapi hebatnya Vita-lea, walaupun kandungan ironnya jauh lebih rendah dari Iron tablet, tapi dengan hanya 1 biji setiap hari, saya boleh capai Hb paras normal.

Saya ada share pengalaman saya berkaitan Hb & Vita-lea di sini.

Untuk anda yang belum pernah mencuba supplement Shaklee ni saya sarankan baik anda cuba.. Tak rugi.. Lagi untung berlebih2 jika anda jadi ahli..

Untuk sebarang pertanyaan,
boleh hubungi saya

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah

Thursday, 3 July 2014

Kekal Cergas Dengan Set Sahur Shaklee

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan Ramadhan Al-Mubarak.
Saya harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain di bulan yang penuh barakah ini.


Hari ini sudah masuk hari ke-5 Ramadhan. Semoga kita terus diberi kesempatan, kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan ibadah sehingga ke penghujung Ramadhan.
Sekarang ni ramai ibu-ibu bekerjaya serta ayah-ayah yang sibuk dan gigih mencari rezeki (termasuk la yang belum kawin).
Pastinya anda perlukan sahur yang sihat & berkualiti untuk membekalkan tenaga sampai ke petang.

Di sini saya nak kongsi cerita mengenai makanan tambahan yang telah membantu ramai masyarakat Islam di Malaysia untuk kekal cergas di bulan puasa ini terutama mereka yang perlu tenaga extra seperti ibu hamil & menyusukan.

Ini lah dia set 3 Gem. Tak pasti pulak kenapa nama dia macam tu.. huhu.. Tapi yang PASTI set ini lah energy booster di waktu puasa.


Saya sendiri telah amalkan ESP & Performance Drink sejak Ramadhan tahun lalu. Pastinya saya sedang teruskan untuk Ramadhan kali ini. Memang saya amat2 perlukan bantuan supplement terutama sekarang ni sedang hamil :)

Meh saya cerita macam mana set ini berfungsi. Senang je.. hehe..

Membantu kekal kenyang untuk jangka masa yang lama.
Menyumbang sebagai sumber tenaga.
Kaya dengan protein dan pelbagai vitamin dan mineral untuk bantu sel-sel tubuh berfungsi seperti biasa di saat berpuasa.

Minuman isotonik yang tidak bergas.
Bantu badan kekal hydrate dan tidak cepat haus.

Cara makan di waktu sahur :
1 scoop Mealshake + 2 scoop ESP + 2 scoop Performance Drink
Bancuh dalam secawan air, sejuk atau biasa. Jangan guna air panas. Nanti protein dalam ESP & Mealshake akan rosak.
Minum selepas bersahur nasi.
Makan sekurang-kurangnya sebiji kurma.

Bagi mereka yang sedang diet, boleh amalkan set 3 Gem sebagai instant sahur + kurma.

2 scoop Mealshake + 2 scoop ESP + 2 scoop Performance Drink

Untuk sebarang pembelian secara direct, anda boleh klik ikon dibawah


Untuk sebarang pertanyaan,
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

Tips Berpuasa Bagi Ibu Menyusukan & Ibu Hamil

Pastinya ramai ibu-ibu yang sedang menyusukan mahupun hamil sekarang ni kan..
Memang mencabar berpuasa di kala ini, terutama bila anak kuat menyusu ataupun yang sedang sarat mengandung.
Nak masuk dapur masak sahur & buka pun tak larat..
Sini saya nak share tips untuk ibu-ibu kekal cergas & dalam masa yang sama masih boleh terus menyusukan permata hati anda.




Tips Bersahur
  1. Makan makanan berkhasiat.
  2. Makan buah kurma.
  3. Minum air secukupnya.
  4. Ambil ESP + Mealshake + Performance Drink + B Complex 1 biji + *Alfalfa 1 biji (*ibu menyusu shj).
 Tips Berbuka
  1. Makan makanan seimbang.
  2. Minum air longan kering (rebus sendiri) atau apa-apa shj air yang anda rasa boleh tambah susu (milk booster).
  3. Ambil Vitalea 1 biji + *Alfalfa 2 biji (*ibu menyusu shj).
Tips Sebelum Tidur
  1. Ambil ESP + Mealshake + Performance Drink.
  2. Amalkan membaca surah Hujurat (banyakkan susu) dan al-Waqiah (murah rezeki).



Tips Memerah Susu

  1. Perah pada waktu sahur.
  2. Perah pada waktu rehat di pejabat.
  3. Kerapkan direct feeding / perahan di waktu malam.

Tips Untuk Elakkan Dehydrasi (Badan Kekurangan Air) Melampau Ketika Berpuasa

  1. Pastikan minum air kosong yang banyak selepas berbuka (2-3 liter sehari dari waktu berbuka sehingga bersahur). Kurangkan minuman manis dan elakkan ais.
  2. Elakkan makanan berempah, pedas, berminyak dan mempunyai kandungan garam yang tinggi. Garam yang tinggi akan menyebabkan pengeluaran air berlebihan dari badan seterusnya menyebabkan dehydrasi. Makanan berempah, pedas dan berminyak boleh menyebabkan cepat rasa lapar. Shake kurma dapat bantu kenyang untuk masa yang lama. Cara saya untuk elak cepat rasa lapar (saya hamil & kuat makan ;p, selepas makan nasi, saya makan sebiji kurma dan minum ESP + Performance Drink. Alhamdulillah bertenaga sampai waktu berbuka. Dapat la masak setiap hari tuk berbuka).
  3. Kurangkan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh & tenaga di siang hari. Tidur atau rehat rehat semasa waktu rehat di tempat kerja. Tak payah la gi jalan-jalan cuci mata. Seminggu sekali dah cukup.. hehe..
  4. Jika cuaca terlalu panas, basahkan tuala dan letak di atas kepala. Yang pakai tudung tu jangan lupa buka tudung dulu. hehe..
  5. Minum air supplement yang dapat bantu kekal hydrate seperti Performance Drink.
credit


Untuk sebarang pertanyaan,
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

Sunday, 15 June 2014

Tips Macam Mana Nak Pastikan Anda Minum Air Yang Cukup Setiap Hari.

Tahukah anda 60%-70% tubuh kita terdiri daripada air?
Kita disarankan minum air putih sebanyak 2-3 liter sehari.
Air membantu membekalkan oksigen dan makanan ke seluruh tubuh kita melalui saluran darah.
Air juga membantu menyingkirkan toksin dari tubuh melalui urin/air kencing.
Memang banyak kalau nak disenaraikan semua fungsi air pada manusia ni.


Sebab itu apabila anda makan supplement, anda disarankan agar minum air yang cukup.
Pertama, untuk pastikan kebaikan supplement itu sampai ke sasarannya.
Kedua, untuk singkirkan toksin-toksin yang dikeluarkan dengan bantuan supplement itu.


Ramai yang mengeluh, susah la nak minum air banyak2 ni. Lebih-lebih lagi yang bekerja.

Ok, ni saya nak bagi tips yang boleh diamalkan untuk pastikan kita minum air yang cukup setiap hari.

  1. Sebaik sahaja bangun tidur, minum la segelas air masak (250ml).
  2. Selepas sarapan, seelok-eloknya minum air masak (250ml).
  3. Di antara waktu sarapan dan makan tengahari, minum lagi 2-3 gelas air masak (500ml-750ml).
  4. Selepas makan tengahari, minum segelas air (250ml).
  5. Di antara waktu makan tengahari hingga sebelum pulang ke rumah, minum 500ml-1 liter air masak.
  6. Selepas sampai ke rumah, minum segelas air masak (250ml).
  7. Selepas makan malam, minum segelas air masak (250ml)
  8. Sebelum tidur, minum segelas air (250ml). Pada mereka yang suka minum susu sebelum tidur boleh diganti dengan air susu.
Saya nak share cara paling senang untuk sukat air yang kita minum. Saya amalkan cara ini di tempat kerja.
Sekarang ni banyak dijual botol air yang mempunyai sukatan. 

Di rumah anda boleh isi siap-siap air masak ke dalam botol tersebut. Minum air masak dari botol tersebut. 
Jika di tempat kerja anda mempunyai sumber air minum, sediakan botol air kosong di tempat kerja dan isi setiap pagi sampai ke tempat kerja. 
Pastikan sukatan air yang diisi cukup untuk sehari sahaja. Ini bagi memudahkan anda ingat sama ada anda telah minum air secukupnya untuk hari tersebut.


Ingat! 
Air sangat penting untuk tubuh kita. Setiap hari kita kehilangan air. Maka kita perlu minum untuk gantikan semula air yang hilang supaya badan tidak mengalami dehydration.


Performance Drink Shaklee. 
Air Isotonik yang sihat (kandungan gula yang rendah & tidak bergas).
Membantu kekalkan hydrasi tubuh.

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan tempahan:

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...