Showing posts with label Nutriferon. Show all posts
Showing posts with label Nutriferon. Show all posts

Wednesday, 21 December 2016

Ada Apa Dengan Nutriferon?

Assalamualaikum..
Dah lama tak mengarang di blog ni.. ada yang rindu tak? hehehe.. perasan la pulak ye..
Ok, hari ni saya nak share info tentang Nutriferon iaitu salah satu produk feveret pengguna tegar Shaklee selain ESP, Alfalfa, Vitamin C, Vitamin E, Performance Drink, Lecithin, OmegaGuard, Ostematrix, eh eh eh,, banyak la pulak list.. nak buat macam mana, dah semua produk Shaklee ni memang feveret depa.. hehehe..

Ok la.. sebelum saya melalut.. Jom kite tengok ada apa dengan Nutriferon ni..
Nutriferon ni merupakan gabungan 4 ramuan botani iaitu:
1) Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata) - mendorong penghasilan interferon lebih banyak dalam badan. (salah satu rujukan saintifik > klik sini)
2) Biji Plantago (Plantage asiatica) - bantu meningkatkan sistem imun  (salah satu rujukan saintifik > klik sini)
3) Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) - mengandungi vitamin e dan asid lemak omega-6 yang membantu meningakatkan sistem pertahanan tubuh. (salah satu rujukan saintifik > klik sini)
4) Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) - natural antibiotik. Mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan badan. (salah satu rujukan saintifik > klik sini)

Manfaat Nutriferon
Kalau anda baca kebaikan setiap satu tumbuhan yang ada dalam Nutriferon, mesti anda akan rasa kagum dengan segala macam kebaikan yang Allah wujudkan dalam tumbuhan-tumbuhan ini untuk kesihatan kita umat manusia.
Sebab itu, Nutriferon ini boleh jadi sebagai perisai untuk melindungi tubuh kita dari pelbagai penyakit, insyaAllah.
Antara manfaat dan kebaikan Nutriferon ini adalah:
Baik untuk kesihatan jantung (mengurangkan risiko masalah saluran darah arteri dan strok)
Meningkatkan sistem imun / pertahanan tubuh kerana diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan yang bersifat immunonutrient.
Membantu menghalang dan membunuh sel kanser. Sangat baik diambil oleh mereka yang baru lepas menjalani kemoterapi.
Mengurangkan risiko penyakit neurodegenerative seperti nyanyuk (Alzheimer) dan Parkinson.
Mengelak anemia
Mengelakkan migrain
Mengelakkan kejang
Mengelakkan osteoporosis
Melancarkan haid dan mengurangkan sakit senggugut
Mengurangkan stress dan kelesuan serta melambatkan proses penuaan - sistem imun yang kukuh dapat melindungi tubuh dari radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan dan kulit. Menjadikan sel lebih sihat.
Eh banyak la kalau nak cerita.. panjang sangat nanti uolls bosan pulak.. hehe.. disebabkan list yang panjang tentang kebaikan Nutriferon ni lah membuatkan ramai yang jatuh hati dan menjadikan Nutriferon supplement wajib ada dirumah.. As FirstAid Kit.. tak perlu lagi panadol dan aspirin.

Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian boleh contact saya suhailah 0192882244.



Tuesday, 15 September 2015

Tips Elak Jatuh Sakit Di Kala Jerebu

Assalamualaikum..
Apa khabar? Harap anda semua masih diberi kesihatan yang baik. Rasa semua dah maklum keadaan jerebu semakin teruk di negara kita. Sampai ada sekolah di beberapa negeri diarahkan tutup termasuklah negeri Melaka ini. Bila sekolah tutup, masalah pulak kepada ibu bapa yang bekerja ni kan. Terpaksa juga ambil cuti kecemasan untuk jaga anak di rumah. Mana yang ada orang tua berdekatan boleh la tumpang kejap ye. Tak pela.. Demi kesihatan anak-anak kita, apa salahnya berkorban sikit kan.. Mudah-mudahan majikan pun paham ye dak..


Jerebu sekarang dah jadi semacam annual event kan. Setiap tahun pasti negara kita diselubungi debu dan asap. Cuma kadang-kadang sikit kadang-kadang tebal. Teringat jerebu tahun 2013, memang tebal sangat2 sampai terpaksa buka lampu kereta di siang hari.
Di bawah ni saya ambil gambar di Pagoh, masa ni pulak econ kereta kami rosak. Haru betul. huhuhu..

Ok. Balik ke topik asal.
Di musim jerebu ini, yang tak bestnya, penyakit pun turut sama hadir. Biasa penyakit berkaitan pencemaran udara macam sakit mata (pedih mata), sakit tekak, batuk, sakit dada, selsema dan sakit kepala. Kita orang dewasa pun tak tahan, apatah lagi kanak-kanak dan baby. Oleh itu, adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan dengan mengurangkan dedahan udara yang tercemar.

Tips Elak Jatuh Sakit Di Kala Jerebu
Jom tengok apa yang perlu dan boleh kita lakukan untuk elakkan diri dari jatuh sakit semasa musim jerebu ini:

  1. Kurangkan aktiviti di luar rumah - tak perlu beriadah di taman-taman (udara pun tak bersih, nanti nak sihat jadi sakit pulak).
  2. Sentiasa tutup pintu dan tingkap serapat yang boleh untuk kurangkan kemasukan udara kotor. Jika ada pendingin hawa yang ada ionizer tu, boleh la pasang. Siapa yang takde macam saya, cukup la sekadar tutup pintu dan tingkap rapat-rapat. Hehe..
  3. Jangan lakukan pembakaran terbuka - haa... ini saya pelik dengan sesetengah manusia. Dah jelas-jelas jerebu tebal, masih ada yang buat pembakaran terbuka seperti bakar sampah dan juga bakar ROKOK. Ditambah pulak dengan vape. Adei..
  4. Minum air kosong / suam banyak-banyak (minimum 3 liter).
  5. Pakai penutup muka (mask) - pastikan anda dan anak-anak memakai mask yang sesuai jika perlu berada di luar rumah. Nak pakai mask pulak, pastikan pakai yang betul punya. Ramai yang keliru dan pakai mask yang salah. Mask yang betul adalah jenis P100 dan N95, bukan surgical mask. Rujuk gambar di bawah.
  6. Amalkan supplement seperti vitamin C, vitamin E, Nutriferon dan Performance Drink dari Shaklee untuk kekalkan kesihatan.

Mask yang betul
Haaa.. anda pakai yang mana satu?

 Supplement Kesihatan Shaklee

Supplement ini dapat bantu mengekalkan kesihatan dalaman dengan cara melindungi sel dalam badan dari mengalami merosakan akibat radikal bebas yang terdapat dalam udara jerebu. Nutriferon juga dapa bantu tingkatkan sistem imun badan seterusnya dapat elakkan dari diserang demam, batuk, selsema dan juga sakit kepala.

Untuk sebarang pertanyaan,
boleh
Hubungi saya :
(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 018-8734025
Email: n_su2008@ymail.com

Jom daftar sebagai ahli. Dapat percuma Vitalea. Promosi terhad.



Wednesday, 12 August 2015

8 Tips Mudah Rawat Demam Denggi

Assalamualaikum..
Demam denggi di Malaysia ni sentiasa berlaku dan kadar statistiknya sangat tinggi. 



Demam denggi ni sehingga kini tiada ubat mahupun rawatan khusus. Rawatan yang diberikan biasanya pesakit akan diberi drip water sahaja dan ubat demam untuk turunkan suhu. Kemudian doktor akan pantau keadaan pesakit.

》Baca juga : 7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Perlu Tahu


Selain rawatan drip water, pesakit juga perlu banyakkan minum air masak (minimum 3 liter) dan berehat. 


Tapi ada juga petua yang biasa diamalkan masyarakat kita. 
Berikut adalah tips atau petua mudah untuk merawat demam denggi.

1) Sup ketam - Reneh sup ketam dan pastikan pesakit hirup kuahnya sekali.


2) Jus daun betik - 
Gambar kredit : ohcikguhindon.blogspot.com
Tumbuk sampai lumat dau betik yang matang. Kemudian ambil jusnya dalam 1 sudu the dan beri pesakit minum.


3) Jus buah kurma - Kisar 10 ke 20 biji buah kurma dengan segelas air masak. Minum 2 kali sehari pagi dan petang sehingga sembuh.


4) Jus buah jambu - Kisar dan minum jusnya. Jus jambu dapat bantu melawan radikal bebas dalam tubuh. Jadikan tubuh lebih sihat.


5) Jus pegaga -
Kisar dan minum jusnya.


6) Tembikai merah - Boleh dimakan atau diminum jusnya. Amalkan setiap hari. Jus tembikai boleh bantu gantikan air tubuh yang hilang dan banut sejukkan badan.


7) Air Isotonik - Minum air isotonic untuk kekalkan keseimbangan elektrolit dan air dalam badan. Biasa orang akan nasihat minum air isotonic yang bergas itu. Tapi tahukah anda kandungan gulanya adalah sangat tinggi. Oleh itu, tidak baik untuk badan jika anda minum terlalu banyak. 
Performance Drink dari Shaklee adalah alternatif terbaik untuk anda gantikan air isotonic bergas itu. Performance Drink mempunyai kandungan gula yang rendah. Performance Drink Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh dan bantu elakkan dehidrasi (badan kekurangan air).




8) Supplement
Selain petua-petua di atas, yang jika anda perhatikan semuanya bertujuan untuk pastikan anda minum air sihat yang banyak, anda juga boleh mengambil supplement untuk tingkatkan tahap imuniti atau sistem pertahanan tubuh anda. 


a) Nutriferon

Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang membantu meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.

Nutriferon adalah satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan.


Disebabkan kesannya yang dapat membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh, ianya sangat sesuai diambil oleh mereka yang sering demam, selsema, alahan, asma dan antibodi lemah.
Kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas juga boleh mengambil Nutriferon dalam kuantiti yang sedikit.


Vitamin C berfungsi membantu meningkatkan sistem Imun dalam badan. Sekiranya badan kita mempunyai cukup Vitamin C setiap hari, sistem pertahanan tubuh yang sihat dapat membunuh virus tersebut serta mengelakkan daripada terjadinya simptom yang lebih teruk seperti Demam Denggi Berdarah.

Betul ke supplement boleh bantu rawat Demam Denggi? Jemput tonton dan dengar penerangan ringkas dari Nutritionist ini.

Untuk dapatkan supplement ini,
boleh hubungi saya
Suhailah
0192882244
FB : Aliyya Soffiya

Nak dapat vitamin PERCUMA?
Jom daftar keahlian sekarang.

credit : mamaqaireen.com , KKM, iReach Shaklee

7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Patut Tahu

Assalamulaikum..
Ahad lepas taman rumah saya ada buat gotong-royong bersihkan persekitaran. Sebenarnya selalu jugak ada gotong-royong. Sebabnya taman rumah saya adalah kawasan black list kes demam denggi. Hampir setiap minggu pihak KKM terpaksa datang fogging. Gotong-royong baru-baru ini pun dipantau perlaksanaannya oleh pihak KKM. 



Rasanya ramai yang dah tahu apa itu demam denggi sebabnya pihak KKM selalu menerangkan pada kita sama ada melalui poster mahupun iklan di TV. Tapi saya cerita juga sikit ye. Hehehe..

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus yang dibawa dan disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti melalui gigitannya. Seseorang itu boleh dijangkiti berulang kali walaupun pernah terkena jangkitan. Ini kerana tubuh tidak menghasilkan antibodi yang boleh menghalang jangkitan semula.


Demam denggi ni sangat bahaya sebab boleh meragut nyawa. Oleh itu, penting untuk anda tahu tanda-tanda jika anda atau seseorang itu diserang demam denggi.

7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Patut Tahu

1) Demam panas secara tiba-tiba.
Demam panas secara tiba-tiba tanpa batuk mahupun selsema. Suhu biasanya 40 - 41oC . Bagi baby di usia 4 bulan ke bawah, suhu di bahagian rectal (bontot) sekitar 38oC. Kalau anda tidak pasti berapa suhu anda, dan jika lepas makan ubat demam masih tak baik-baik, teruskan sahaja berjumpa doktor. Kalau baby atau kanak-kanak, terus sahaja ke klinik. Sebab dikhuatiri mereka terkena sawan. Sekarang ni sangat penting untuk ada thermometer digital di rumah terutama kalau ada baby. Sebabnya kalau main rasa-rasa kita tak pasti kan. Suhu demam adalah 37.5oC ke atas.

2) Sakit kepala yang teruk
Jika anda telah makan ubat sakit kepala tapi masih sakit kepala yang teramat sangat, cepat-cepat berjumpa doktor dan buat ujian darah.

3) Sakit belakang mata

4) Sakit sendi dan otot yang teruk

5) Loya dan muntah

6) Ruam
Ruam atau bintik-bintik merah biasanya muncul 3 atau 4 hari selepas demam.

7) Berdarah 
Berlaku pendarahan pada hidung dan gusi atau mudah lebam.

Jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi seperti di atas, segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan lanjut.


Cadangan Set Demam Denggi
1) Performance Drink
 Performance Drink dari Shaklee adalah alternatif terbaik untuk anda gantikan air isotonic bergas itu. Performance Drink mempunyai kandungan gula yang rendah. Performance Drink Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh dan bantu elakkan dehidrasi (badan kekurangan air).

2) Nutriferon

 Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.
Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan. 
Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit. 

Vitamin C berfungsi membantu meningkatkan sistem Imun dalam badan. Sekiranya badan kita mempunyai cukup Vitamin C setiap hari, sistem pertahanan tubuh yang sihat dapat membunuh virus tersebut serta mengelakkan daripada terjadinya simptom yang lebih teruk seperti Demam Denggi Berdarah.

Betul ke supplement boleh bantu rawat Demam Denggi? Jemput tonton dan dengar penerangan ringkas dari Nutritionist ini.

Untuk dapatkan supplement ini,
boleh hubungi saya
Suhailah
0192882244
FB : Aliyya Soffiya

Nak dapat vitamin PERCUMA?
Jom daftar keahlian sekarang.

credit : mamaqaireen.com , KKM, iReach Shaklee, webmd.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...