Wednesday 19 August 2015

Tips Mudah Bangun Pagi Supaya Tidak Terlepas Solat Subuh

Sesungguhnya segala puji-pujian hanya layak bagi Allah Azza Wajalla, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Assalamualaikum.
Hari ini saya nak share Tips Mudah Bangun Pagi supaya kita tidak terlepas solat subuh malah boleh buat solat tahajjud dan mengaji lagi, inshaAllah.


Ramai antara kita yang bercita-cita nak bangun awal pagi sebelum subuh tetapi sering tertewas terutama bila hujung minggu. Ini kerana kita tidak memandang berat atau tidak tahu apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan dan perkara-perkara yang boleh dilakukan supaya kita boleh bangun awal pagi dengan mudah.

Tips 1 : Tidur awal.
Kita sering menasihatkan anak-anak untuk tidur awal supaya senang nak bangun pagi pergi ke sekolah. Tapi kita sendiri tidur lewat. Tetapkan disiplin untuk tidur awal iaitu antara pukul 10-11 malam. Cuba untuk tidur pada waktu yang sama setiap malam.

》Nak tahu Tips Supaya Mudah Tidur? Teruskan membaca.

Tips 2 : Caffein
Jangan minum minuman berkafien tinggi seperti kopi dan nescafe selepas jam 4 petang kalau anda taknak jadi seperti burung hantu. Hehehe..

Tips 3 : Makan malam
Ambil makan malam yang ringan seperti sup, salad atau sayuran rebus. Jangan ambil makanan berat-berat tau seperti nasi. Saya tau ramai rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang suka makan malam berat-berar macam makan tengahari. Cuba ubah rutin ini perlahan-lahan. Kalau nak makan nasi, makan dalam kuantiti sedikit je. 
Pastikan makan sebelum jam 8 malam.
Kalau makan berat sebelum tidur, nanti takut terlalu lena sebab kekenyangan. Kang confirm terlepas subuh. Lagi pun tak baik untuk kesihatan. Nanti proses pengumpulan lemak mnjadi cepat seterusnya menyebabkan anda obes.

Tips 4 : Sukan / Work out
Haa.. Abe-abe sekarang ramai yang suka bersukan di waktu malam kan macam main futsal ataupun pegi gim. Bagus nak bersukan tu tapi kalau buat waktu malam, nanti badan jadi letih. Bila dah letih, tidur pun jadi terlajak lena. Seterusnya susah nak bangun pagi.

Tips 5 : Tidur Beradab
Dalam Islam ni tidur pun ada adabnye. Sebelum tidur, eloklah berwudhuk. Kemudian, semasa baring, tadah tangan dan baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, kemudian tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh anggota badan. Kemudian baca doa tidur dan doa juga pada Allah agar dimudahkan bangun pagi untuk beribadat. Doa spesifik nak bangun pukul berapa.

Tips 6 : Set Alarm
Paling mudah, set la alarm atau jam loceng. Sekarang ni hampir semua pakai telefon canggih kan. Ha jangan plak tak tau plak macam mana nak set alarm kat telefon tu. Siap boleh set multiple alarm lagi tau. Paling penting, letak la telefon @ jam loceng tu jauh dari capaian kita supaya tak la nanti kita tertutup alarm tanpa sedar. Tapi jangan la sampai kat luar bilik. Nanti kang tak dengar terus bunyinye. Hehe..
Kalau takde jam loceng @ telefon yang boleh set alarm, minta la bantuan ahli keluarga atau rakan sebilik untuk kejutkan.

Tips 7 : Motivasi
Cipta motivasi atau sebab untuk anda bangun awal lagi supaya anda lebih rasa bersemangat.
Contohnya, anda nak bangun awal supaya boleh solat tahajjud dan mengaji 1 juzuk. Atau anda perlu bangun pagi supaya anda dapat sediakan sarapan yang sihat dan berkhasiat untuk suami dan anak2.

Tips 8 : Terus bangun
Dah bangun tu, elakkan dari tidur semula. Nanti lagi susah nak bangun.

Tips 9 : Supplement

Makan B Complex Shaklee sebiji dan OsteMatrix 2 biji sebelum tidur sangat-sangat membantu saya untuk bangun tidur awal. Bukan itu saja, bila bangun badan saya rasa segar dan tak boleh tidur balik. Saya ni jenis suke tidur semula lepas tutup jam loceng. Opps. Tapi bila makan B Complex dan OsteMatrix ni automatik tak boleh tidur semula.

Tips Mudah Tidur Awal
1) Mandi air suam.
2) Minum segelas susu suam atau telan 2-4 biji OsteMatrix sebelum tidur.
3) Baca majalah santai. Jangan baca report kerja plak ye.
4) Jangan buka internet atau tengok tv.
5) Tutup lampu utama dan pasang lampu tidur jika mahu membaca majalah.



Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

info credit:
Harakahdaily.net
Panduanpercuma.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...