Friday 28 August 2015

Bercakap Dalam Tandas; Boleh Ke Tak Ye?

Assalamualaikum..

Saya tertarik nak share tentang topik ini iaitu 'Bercakap Dalam Tandas; Boleh Ke Tak Ye?'. Saya sememangnya tak suka bercakap dalam bilik tandas. Siapa yang suka kan? Hehe.. Sebab tu bila ada insan-insan yang sibuk bertanya itu ini ketika kita dalam bilik tandas tu, rasa geram je. Kecuali kalau emergency lain la kan.. hehehe..



So back to topic, boleh ke bercakap ketika dalam tandas? Untuk menjawab persoalan ini, kita tengok apakah adab-adab yang perlu dijaga ketika dalam tandas.

1) Baca doa masuk tandas.
2) Masuk tandas dimulakan dengan kaki kiri.
3) Jangan bawa apa-apa kertas, buku, kain yang ada tulisan ayat-ayat al quran.
4) Tidak menghadap atau membelakangi kiblat ketika melepaskan 'hajat'.
5) Tidak bercakap ketika berada berada di dalam tandas (melepaskan 'hajat').
6) Pakai selipar atau alas kaki.
7) Pakai tutup kepala.
8) Jangan makan dan minum.
9) Tidak meludah pada najis.
10) Tidak memandang najis.
11) Baca doa selepas keluar dari tandas.
12) Keluar tandas dengan kaki kanan.

Nampak tak adab nombor #5 tu?
 So terjawab la persoalan.


Tapi macam mana kalau berbual di ruangan luar (kawasan sinki) kalau berada di tandas awam? 
Adab yang sama diaplikasikan. Tandaskan tempat untuk lepaskan hajat. Dan lumrah tempat tersebut tak sesuai untuk kita lepaking atau berborak terutama di tandas awam yang kurang bersih. So kalau nak berbual seelok-eloknya lakukan di luar tandas.

Anda ada masalah sembelit?
OsteMatrix dapat bantu hilangkan mimpi ngeri anda.
Untuk sebarang pertanyaan,
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...