Saturday 25 February 2017

Supplement dah expired! Boleh makan lagi ke?

Supplement expired? Alamak.. macam mana ni? Supplementnye banyak lagi.. nak buang sayang.. nak makan boleh ke?
Expired supplement boleh makan?

Sebelum kite jawab soalan tu, jom ketahui apa itu expiry date bagi supplement.
Expired supplement boleh makan?

 Expiry date supplement dan makanan sama tapi tak serupa. Macam mana tu? Expiry date adalah tarikh akhir atau tempoh minimum sesuatu produk itu stabil dan memiliki kualiti yang sama dari tarikh ia dihasilkan. Biasa untuk makanan, selepas tarikh luput atau expiry date, kualiti dan keselamatan makanan tersebut mula berkurang dan disebabkan ciri-ciri makanan itu sendiri, ia akan menjadi rosak dengan cepat akibat kontaminasi bakteria dan kulat. Oleh itu, makanan yang dah expired, tidak digalakkan untuk makan kerana dikhuatiri akan keracunan makanan. 
Tapi bagi supplement pulak, expiry date bermakna tarikh di mana kualiti atau kesan supplement tersebut mula menurun.

Sebagai contoh, biasa 1 biji vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C. Tapi selepas expired, kandungannya mungkin berkurang sedikit jadi 400++ mg dan semakin menurun. Supplement tidak mudah dikontaminasi oleh bakteria atau kulat. Oleh itu, insyaAllah tiada masalah keracunan dan masih selamat untuk dimakan walau selepas expiry date. Tapi seelok-eloknya habiskan dalam masa sebulan supaya anda masih lagi mendapat kesan maksimum supplement tersebut.

Supplement rosak sebelum expiry date? Boleh ke?
Ya, supplement boleh rosak walaupun expiry date nya masih jauh lagi. Kenapa? Setiap supplement mempunyai cara penyimpanan yang perlu dipatuhi.

1) Suhu
 Kebanyakan supplement terutama dalam bentuk tablet perlu disimpan dalam suhu bilik. Suhu bilik bermakna suhu di bawah 30 darjah atau kalau boleh bawah 25 darjah. Ramai yang melakukan kesilapan dengan menyimpan di dapur. Dapur mempunyai suhu yang tak stabil sebab bila kita memasak di dapur, suhu di dapur akan meningkat. Lebih-lebih lagi kalau dapur yang takde ventilator. Simpan berdekatan peti ais pon tak boleh ye. Sebab peti ais mengeluarkan haba. Tempat yang paling sesuai adalah di bilik tidur atau di ruang tamu. 

2) Kelembapan
Selain suhu bilik, biasa nya supplement juga perlu disimpan tempat yang kering. Terutama kalau supplement berdasarkan herba seperti Alfalfa. Sebab tu alfalfa ada kapas didalam nye. Jangan awak awak buang pulak kapas tu ye. Kelembapan akan menyebabkan supplement jadi rosak. Sebab itu juga tidak digalakkan untuk simpan dalam peti ais selepas dibuka (kecuali jika memang diarahkan pada kotak/botol). Jika simpan dalam peti ais, setiap kali anda keluarkan botol untuk makan, udara disekeliling akan terkondensasi dan menjadi titisan air dalam botol. Bila ada air dan kelembapan, maka supplement akan cepat rosak. Bagi supplement yang memang disuruh simpan dalam peti ais, jangan pulak awak tak simpan. Hehe. Ini adalah disebabkan nak pastikan kualiti dan bahan aktif dalam supplement tersebut kekal stabil. Contohnya Vivix.

3) Cahaya
Ccahaya juga boleh menyebabkan supplement cepat rosak. Sebab itu kalau anda perasan botol supplement mesti dalam botol yang tidak tembus cahaya atau botol amber. Walaupun dah disimpan dalam botol amber atau tak tembus cahaya, tetap juga cuba elakkan dari simpan kat tempat yang boleh terkena direct light macam berdekatan tingkap.

Cara penyimpanan supplement yang betul
Untuk memastikan supplement anda tidak rosak dan kualiti nya tidak terjejas, penting untuk anda tahu cara penyimpanan yang betul.
Cara simpan supplement

Cara simpan supplement

Cara simpan supplement

 Untuk supplement yang mudah rosak akibat terdedah pada udara macam alfalfa dan b complex, dicadangkan agar anda agihkan siap-siap penggunaan untuk seminggu atau sebulan. Baki nya simpan dalam botol asal. Kalau anda nak travel ke balik kampung, kalau boleh cari bekas ubat yang kurang tembus cahaya. Lagi satu, jangan simpan supplement atau ubat dalam kereta. Walaupun ada rasa senang nak capai dan makan, tapi suhu dalam kereta terutama waktu siang sangat-sangat panas dan boleh merosakkan supplement. Dan yang paling penting, sila makan supplement anda dan ikut aturan. Hehe..

Ingin dapatkan supplement Shaklee?
Boleh hubungi saya:
(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...