Monday, 17 August 2015

10 Perkara Yang Anda Perlu Buat Sebelum Beli Rumah 2nd Hand

Assalamualaikum..
Hari ini nak share entry lain sikit. Iaitu tips nak beli rumah 2nd hand. Apa yang perlu anda tahu dan buat. Sebenarnya saya pun tengah kira-kira nak mencari rumah 2nd hand untuk diduduki. Almaklum dah lama sangat menyewa. Nak beli rumah baru, harganya ya ampun. So survey-survey la rumah 2nd hand dan tips-tips macam mana nak beli rumah 2nd hand ni. Entry ini juga saya buat sebab nak simpan untuk rujukan sendiri =)



Nak beli rumah 2nd hand ni, nak kena korek ilmu sikit. Bukan apa, sebabnya banyak perkara kena buat sendiri. Kalau rumah yang tengah develop oleh developer senang sikit. Tengok2 rumah contoh, tengok2 harga, tengok2 offer, bekenan terus booking. Loan pun biasa diorang dah ada bank yang recommended. So follow je la. Tapi lagi bijak kalau cuba survey sendiri bank mana yang offer loan lagi baik.

Ok la, hasil pembacaan saya yang tak seberapa dari blog-blog orang yang berpengalaman, ini adalah ringkasan Tips Beli Rumah 2nd Hand

1) Survey rumah
Pertama sekali, tentulah anda perlu survey rumah mana yang hendak dibeli. Kalau boleh dapatkan pelbagai pilihan yang ada mengikut priority anda : kemampuan > lokasi > jenis rumah. Ambil tahu kenapa owner nak jual rumah tersebut.

Check market value rumah tersebut sama ada owner/agen mengenakan harga over charge atau tidak. Market value ni akan memberi impak kepada jumlah pinjaman yang boleh dibuat. Selain itu, kita pun tak nak la beli rumah murah pada harga mahal kan. Market value boleh check melalui surat cukai pintu. Boleh mintak owner tunjuk atau mungkin boleh bertanya kepada PBT.

3) Check nama & status
Check sama ada owner dah tukar nama rumah tersebut dari developer kepada owner. Jika nama masih milik developer dan developer telah mengalami muflis, kemungkinan proses pembelian akan ambil masa untuk cairkan aset developer yang dibekukan. Check juga status rumah tersebut sama ada bakal dilelongkan atau tidak.
Ini sangat penting. Pastikan anda check betul-betul sama ada rumah tersebut mempunyai masalah seperti piping, tekanan air rendah, bumbung bocor, wiring dalam dinding, masalah kawasan banjir, masalah kes kecurian/pecah rumah yang kerap, masalah bekalan air/elektrik yang kerap terputus, dan pelbagai masalah lain termasuk hal remeh-temeh seperti cat dinding buruk, longkang tersumbat. Semua masalah ini boleh dijadikan point untuk minta owner kurangkan harga.

5) Deposit 3%


Bayar deposit sebanyak 3%. Deposti ini adalah sebahagian daripada deposit 10% yang perlu dibayar. Ini sebagai tanda booking. JANGAN bayar cash atau direct ke dalam akaun peribadi owner mahupun lawyer mereka. Ini bagi mengelakkan penipuan berlaku. Bayar melalui lawyer anda atau bank draft/transfer dan pastikan simpan bukti. Sebelum anda membayar 3% ini, buat perjanjian yang owner akan pulangkan jumlah penuh 3% ini kepada anda sekiranya loan rumah anda tidak diluluskan. Jika tiada perjanjian ini, kemungkinan besar duit anda 3% ini akan lesap.
Nasihat dari http://mizelle1001.blogspot.com, dapatkan salinan IC owner serta bil api air (alamat mereka duduk), supaya senang nak cari kalau ada pape. 
Jika beli dengan agen, agen akan beri surat Tawaran Membeli. Boleh guna surat ini untuk apply loan.

6) Cari lawyer & Valuer


Dapatkan lawyer dan evaluator anda sendiri. Jangan gunakan lawyer dan evaluator owner. Ini bagi memastikan kepentingan anda terjaga. Bagi melancarkan proses mereka, serahkan salinan SPA owner dengan developer. Evaluator akan menyediakan laporan dalam masa 1-2 minggu. 
Sebelum setuju nak guna perkhidmatan mereka, tanya dulu siap-siap berapa harga perkhidmatan mereka. Takut nanti bila kerja siap, dapat tahu harga mahal, pengsan plak kan. Hehehe..

 Baca juga > Tips Berhenti Merokok Untuk Selama-lamanya
 
7) Apply loan 
Cuba apply loan dari pelbagai bank. Ini kerana interest rate mereka sentiasa berubah-ubah. Dapatkan loan yang paling maksima.

8) Sign SPA (Sale & Purchase Agreement)
Lawyer anda akan menyediakan dokumen SPA ini. Bagi mempercepatkan proses, berikan lawyer anda salinan SPA owner dan developer untuk mereka mengambil maklumat yang diperlukan. Pastikan apa jua perjanjian dan permintaan anda dengan owner dimasukkan ke dalam SPA ini termasuk sekecil-kecil perkara seperti owner perlu cat semula rumah, tukar pintu pagar dan sebagainya. Pastikan lawyer anda membuat bayaran penuh kepada owner hanya selepas semua permintaan anda (dalam SPA) dipenuhi.

9) Bayar baki 7% 
Bayar baki deposit sebanyak 7%. Since dah ada lawyer, biar lawyer yang uruskan pembayaran.

10) Biar lawyer buat keje.
Pada masa ini, lawyer yang akan uruskan semua sehingga selesai. Tapi kena pastikan juga lawyer settlekan cepat-cepat. Sebabnya kadang-kadang ada perjanjian, jika bayaran baki 90% tidak disettlekan segera dalam masa 90 hari, anda akan dikenakan interest yang tinggi. So kena follow up dengan bank and lawyer.
p/s : pastikan owner dah buat semua pembaikpulihan seperti yang dijanjikan sebelum membuat full settlement. Pastikan juga segala tunggakan bil air, api atau cukai oleh owner dah settle.

Duit standby 
Haa yang ini sangat la penting. Nak beli rumah 2nd hand ni memang kena standby duit banyak. Pada pendapat saya kena standby sekurang-kurangnya 25-30% dari harga rumah yang hendak dibeli. Ini untuk tanggung kos :
1) 10% deposit
2) Fees – SPA, Transfer, Loan Agreement, Registration, Misc
3) Cagaran Utiliti
4) Etc

Boleh juga guna excel dari En. Jamal untuk anggar duit yang perlu disediakan.

Hopefully Tips Beli Rumah 2nd Hand ini membantu anda serba sedikit. InshaAllah kalau ada info baru saya akan update.

Peningkan nak beli rumah 2nd hand ni.
Paling senang nak beli vitamin atau supplement. Takyah pikir banyak benda.
Kalau anda perlukan vitamin atau supplement untuk masalah KESIHATAN mahupun KESUBURAN,
boleh hubungi saya.

Suhailah
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
(ID 930065)
Email: n_su2008@ymail.com

5 comments:

  1. Perkongsian yang menarik. Saya juga pernah kongsikan pengalaman membeli rumah dulu sehingga pernah tersilap langkah. Jemput juga singgah di http://travelogisma.blogspot.jp/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah en Isma. Tentunya pengalaman yang sgt mahal tu.

      Delete
  2. duit stand by tak perlu sehingga 25-30%. cukup sekadar 15% dari purchase price.

    ReplyDelete
  3. duit stand by tak perlu sehingga 25-30%. cukup sekadar 15% dari purchase price.

    untuk chk MV hanya perlu serah kan maklumat pada bankers spt;-

    -property full address
    -build up size
    -land area
    -num of room and bath
    -freehold atau leasehold property

    renovation cost (if any)

    ReplyDelete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...