Wednesday, 28 May 2014

Mengatasi Bengkak Susu

Ramai ibu-ibu mengalami bengkak susu di awal kelahiran bayi. Sakitnya MasyaAllah.. saya pun penah merasainya.. 



Bagaimana ianya terjadi?
Bengkak susu terjadi akibat penghasilan susu yang banyak, ditambah pula aliran darah juga meningkat di payudara menyebabkan tisu payudara membengkak dan memberikan rasa kurang selesa.


Pada keadaan tertentu seperti baby berada di wad akibat kuning dsb atau baby diberi minum susu formula, air masak atau glukos, menyebabkan anak tidak dapat menyusu sepenuhnya.

Cara mengatasi:
Jika anda mengalami bengkak susu, jangan panik.
Apa yang anda perlu lakukan :

1) Susukan baby anda dengan kerap setiap 2-3 jam. Jika baby tidur, sila kejutkan baby anda. Di awal kelahiran baby memang akan kerap tidur. Pastikan baby menyusu di kedua-dua belah payudara, namun pastikan payudara yang pertama telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.

2) Jika areola keras, baby akan mengalami kesukaran untuk menyusu. Urut sedikit di bahagian areola bagi mengeluarkan sedikit susu. Apabila areola dah lembut boleh mulakan penyusuan.

3) Tuam payudara dengan tuala panas atau mandi air suam sebelum memerah @ menyusu. Kaedah ini boleh membantu melancarkan pengaliran susu.

4) Semasa baby menyusu, urut payudara yang sedang dihisap perlahan-lahan. Urutan dapat membantu melancarkan pengaliran susu serta memecahkan sumbatan.

5) Anda juga boleh cuba letakkan daun kubis segar pada payudara bagi melegakan kesakitan.

6) Jika kawasan areola agak keras dan puting tenggelam, boleh cuba teknik reverse pressure softening. Ini dapat membantu baby melekap dengan betul semasa menyusu. Di bawah adalah tekniknya:


7) Jika payudara cepat penuh dan baby masih lagi kenyang, pam susu anda dan simpan di peti sejuk. Jika payudara tidak dikosongkan, lama-lama penghasilan susu akan merundum. Ini kerana tubuh mendapat isyarat ahawa tiada permintaan susu. Oleh itu, jika anda memang mahu menyusukan baby anda secara eksklusif, maka anda perlu kerap mengosongkan payudara sama ada secara direct feeding atau pam.

8) Anda boleh juga mencuba Lecithin Shaklee. Lecithin adalah emulsifier, iaitu pemecah lemak. Dalam susu ibu terdapat titisan lemak. Lecithin dapat membantu memecahkan lemak-lemak ini dan menghilangkan susu tersumbat.


Dengan tips-tips di atas, semoga dapat membantu anda mengatasi masalah bengkak susu. Semoga anda dapat menikmati proses menyusukan baby dengan bahagia.

sumber info : sini & sini


Untuk sebarang pertanyaan & tempahan:

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...