Friday 24 October 2014

7 Cara Merawat Migraine Tanpa Menggunakan Ubat

Anda sudah bosan asik diserang migrain? Mesti lah kan. Sakitnya Tuhan saje yang tau. Bila kena serang migraine satu kerja pun tak boleh jalan kan? Nak layan anak-anak pun tak larat. Lagi kesian kalau anak-anak terpaksa jadi tempat kita lepaskan marah sebab migraine yang amat menyeksakan. Rasa macam nak tanggalkan je kepala kan..




Jenis-jenis migraine
Migraine ni sebenarnya terdapat 2 jenis yang utama iaitu :

1) Migraine Tanpa Aura (Migraine without aura)
Apa tu Migraine Tanpa Aura? Migrane ini adalah migraine jenis biasa. Ramai yang mengidap migraine jenis ini. Sakitnya rasa menyucuk pada sebelah kepala dengan kadar sederhana ke teruk. Kadang-kadang diiringi dengan rasa loya dan muntah. Pesakit juga akan rasa bertambah sakit kepala jika terpandang cahaya yang menyilaukan atau bunyi bising.
Sakit ni kalau dibiar boleh berterusan dari 4 hingga 72 jam.

2) Migraine Dengan Aura (Migraine with aura)
Sesetengah orang mendapat aura atau tanda-tanda sebelum diserang migraine. Simptom aura atau tanda-tandanya seperti nampak cahaya berkelip (flashing lights) atau nampak objek menyenget (distorted). Tanda-tanda lain seperti rasa semut-semut atau menyucuk-nyucuk. 


Jenis lain-lain ;
3) Menstrual Migraine
Iaitu migraine yang menyerang kaum wanita beberapa hari sebelum, semasa dan selepas period. Simptom-simptomnya sama seperti kedua-dua jenis migraine di atas.

4) Migraine Equivalent
Sejenis migraine aura tetapi tidak sakit. Migraine jenis ini biasanya berlaku selepas usia 50 sekiranya seseorang itu telah mengidap Migraine Aura di usia muda.
Tanda-tandanya adalah seperti anda melihat titik-titik cahaya melalui ruang penglihatan anda.

5) Complicated Migraine
Migraine jenis ini menyebabkan anda berasa kebas dan semut-semut, susah untuk bercakap, dan paling teruk tidak dapat menggerakkan kaki atau tangan. Kesemua simptom ini akan hilang bersama-sama sakit kepala.

6) Abdominal Migraine
Migraine jenis ini biasa terjadi pada kanak-kanak. Simptom-simptomnya seperti muntah atau mabuk, tanpa rasa sakit kepala. Tanda-tanda ini boleh berlarutan selama sebulan.

Rawatan Migraine
1) Akupuntur
Dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit kepala akibat migraine.

2) Mengurut
Satu kajian menunjukkan terapi urutan dapat mengurangkan stress iaitu salah satu punca migraine.

3) Rehatkan minda dan badan
Migraine sering menyerang disebabkan stress. Oleh itu teknik merehatkan minda dan tubuh dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Antara yang boleh dilakukan adalah tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan serta merehatkan otot-otot tubuh.

4) Bersenam
Satu kajian di Sweden pada 2011 mendapati senaman kardio dapat mengurangkan sakit migraine.
Lakukan rutin kardio seperti berjoging dan berbasikal selama 40 minit, 3 kali seminggu.

5) Mengamalkan diet yang sihat
Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan migraine secara serentak dan kurangkan pengambilan. Antara makanan yang boleh menyebabkan migraine menyerang adalah alkohol, kafein, coklat, makanan dalam tin, daging yang diproses, MSG, dan keju yang telah lama.

6) Tidur
Kurang tidur atau tidur yang tidak lena juga boleh menjadi penyebab serangan migraine. Cuba ubah tabiat tidur anda supaya anda dapat tidur yang berkualiti seperti :
Jangan membaca, menonton tv atau mendengar musik semasa dibilik tidur.
Jangan makan dalam masa 4 jam atau minum dalam masa 2 jam sebelum tidur.
Tidur pada waktu yang sama setiap malam.

7) Mengambil supplement
Kajian menunjukkan riboflavin (vitamin B2) dapat mengurangkan kekerapan migraine.

Vitamin B Complex Shaklee mengandungi vitamin B yang lengkap yang dapat membantu mengurangkan stress iaitu punca migraine.

Kalsium dapat mengurangkan stress, jantung berdebar dan sakit kepala. Magnesium pula dapat membantu melancarkan sistem saraf, pengecutan otot dan menstabilkan denyutan jantung.
Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium serta Vitamin D yang membantu meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh.

Coenzyme Q-10 (CoQ-10) juga dipercayai dapat mengurangkan sakit akibat migraine.
CoqHealth Plus Shaklee mempunyai kandungan CoQ-10 yang tinggi.


Untuk maklumat lanjut,
boleh hubungi saya

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah


info credit to www.webmd.com

3 comments:

  1. Mcm2 ye migrain ni. Siap ada aura lg.
    Http://www.lovesihat.com

    ReplyDelete
  2. migrain ni kalau dah sekali datang, buat orang memang xda mood langsung.

    ReplyDelete
  3. Kesian tgk kwn2 yg kena migrain,smpai muntah2.

    ReplyDelete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...