Wednesday 22 October 2014

Cuti-cuti Deepavali

Seperti yang semua sedia maklum perayaan Deepavali tahun ini jatuh pada 22hb Oktober iaitu pada hari Rabu, pertengahan minggu. Tapi rasanya ramai jugak yang baru je tahu termasuk diriku walaupun warta telah dikeluarkan seawal Disember tahun lepas pasal perubahan tarikh..betul tak? hehehe..


Tak kisah lah kan.. janji dapat cuti.. rasanya bulan ni paling banyak cuti terutama Melaka..
Cuti raya haji, cuti birthday TYT, cuti Deepavali & cuti rehat sendiri.. hehehe..
almaklum mak buyong nak beranak bulan depan.. so misi bulan ni nak settlekan cuti rehat.. kalau tak nanti burn sia-sia je.. ngeh ngeh ngeh..


Oh ya, saya harap saya tidak terlambat untuk ucapkan
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia.

Minggu ni saya & suami telah ambil cuti panjang. 2 hari je sebenarnya, Isnin & Selasa. Tapi sebab bersambung dari hari Sabtu sampai ke hari Rabu, rasa la panjang sikit.. Tapi still tak puas.. huhuhu..
Kami ambil keputusan untuk pulang ke rumah orang tua di Pasir Gudang. Kebetulan ada sahabat suami berkahwin pada Sabtu 18hb tersebut. Dan saya pula nak bawa mak balik Melaka untuk jaga saya bila pantang nanti.

Macam biasa la, setiap kali balik Pasir Gudang, jadual kami sentiasa pack. Ada sahaja tempat nak melawat.. (tempat yang sama je pun, huhuhu).

Hari pertama iaitu Sabtu 18hb, kami menghadiri majlis persandingan sahabat suami iaitu Shah & isterinya yang cantik Ain.
Majlis mereka dilangsungkan meriah di Dewan Kg, Kopok.
Kami doakan semoga Shah & isteri bahagia ke akhir hayat & mendapat cahaya mata yang comel.


Hari kedua iaitu Ahad 19hb, kami merancang untuk renew Pas Sosial mak. Mak saya orang Singapura.
Lepas siapkan segala dokumen, kami pun berangkat ke Jabatan Imigresen Johor Bahru yang terletak di Setia Tropika.
Nasib tak menyebelahi kami, sampai sahaja sudah pukul 1. Tiba waktu rehat bagi kakitangan Imigresen. So segala urusan terpaksa ditunda pada pukul 2.
Kalau kat Melaka waktu rehat pun diorang buka..
Selepas pukul 2, kami pun datang lagi. Malang lagi buat kami kerana rupa-rupanya untuk renew pas sosial perlu dibuat di tempat pas itu mula-mula dibuat.
Maka pulang la kami dengan rasa hampa dan kecewa..
Penat, bazir minyak, bazir masa. Tapi takpe. Atleast kami dapat satu info baru.
Tapi hati still pelik kenapa mesti macam tu sedangkan Imigresen kan kerajaan Malaysia yang kawal, bukan kerajaan negeri (saya rasa la).

Hari ketiga iaitu Isnin 20hb, merupakan hari ulang tahun mak saya.
So kami bawak mak pegi jalan-jalan & makan.
Happy besday mak. Semoga mak panjang umur, diberi kesihatan yang baik & murah rezeki..
Amin..
Sayang mak..


Hari keempat iaitu Selasa 21hb, terpaksa pergi klinik untuk checkup baby.
Sebabnya 21hb tu tarikh saya kena checkup kat Melaka. Tapi sebab balik kg, so nurse suruh tumpang checkup di Pasir Gudang.
Nekad nak pergi pagi-pagi biar cepat siap.
Tapi hampa. Dari pukul 7.30 pagi sampai 12.30 tengahari baru siap.
Dengan tak sempat bersarapan lagi. Nasib ada tapau kuih.
Kalau tak pengsan la mak buyong ni..
Pesakitny ramai gilos.

Hari kelima iaitu Rabu, 22hb, tiba la masa untuk pulang ke Melaka.
Habis la my wonderland world. sobs sobs sobs.

Babai Pasir Gudang. InshaAllah nanti balik lagi bawak baby pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...