Assalamualaikum.. Alhamdulillah sekarang ni ramai mama papa yang sudah mempunyai kesedaran dan mula
menggunakan carrier yang ergonomik. Seronok tengok baby dan anak kecil yang
dipeluk erat dalam carrier seperti soft structure carrier (ssc), ring sling mahupun wrap.
Nampak selesa malah ada yang lena tidur. Namun, masih ramai juga mama papa yang
masih menggunakan non-ergonomik carrier. Kesian tengok anak itu. Mungkin mama
papa belum tahu akan keburukan non-ergonomik carrier dan kesannya pada anak syurga ini.
Untuk
tahu lebih lanjut mengenai ergonomik carrier, boleh rujuk sini
Pernah tak mama
papa dengar tentang Hip Dysplasia? Secara ringkasnya, Hip Dysplasia adalah
suatu keadaan di mana sendi pada peha tidak bercantum seperti sepatutnya dengan
tulang punggung. Mama papa boleh baca di sini untuk maklumat lanjut mengenai >> HipDysplasia.
Ada yang kata non-ergonomik carrier boleh menyebabkan Hip Dysplasia,
betul ke? Sebenarnya, kalau mama papa dah baca link di atas, non-ergonomik
carrier tidak menyebabkan Hip Dysplasia, TETAPI non-ergonomik carrier boleh
menyebabkan keadaan bayi atau kanak-kanak yang mempunyai Hip Dysplasia bertambah
teruk. Biasanya, Hip Dysplasia tidak dapat dikesan pada peringkat awal
kehidupan bayi. Bila anak itu sudah mula berjalan hingga usia 3 tahun
ke atas barulah tanda-tanda nya dapat dikesan. Pada peringkat ini, rawatan yang
terpaksa dilalui anak kita sangat la menyakitkan.
Anda boleh baca luahan hati
seorang ibu mengenai anaknya yang mempunyai Hip Dysplasia dan betapa beliau
menyesal kerana menggunakan non-ergonomik carrier kepada anaknya.
Selain carrier,
car seat dan apa jua baby gear yang tidak ergonomik perlu dielakkan.
Adat
membedung juga perlu ada perubahan. Ada diantara masyarakat kita yang
mengamalkan bedung bayi dari bahagian atas badan sehingga ke kaki dengan ketat.
Bedung cara ini juga boleh memberi kesan lebih buruk sekiranya bayi tersebut
mempunyai Hip Dysplasia. Seeloknya bayi dibedung dibahagian atas badan dan
bahagian kaki dibiarkan bebas.
Contoh cara bedung yang betul dan selamat.
Saya amat berharap mama papa yang sudah baca
entry ini dapat melakukan perubahan dengan memilih baby gear yang ergonomik
demi kebaikan anak-anak syurga kita. Saya dulu juga pernah menggunakan narrow
base carrier. Tapi alhamdulillah Allah beri saya kesedaran dan rezeki untuk
belikan ssc tuk baby saya yang kedua. Semoga anak2 syurga kita sentiasa
dilindungi Allah.
Love,
Ela
Pengedar Shaklee
0192882244