Monday, 6 July 2015

Tips Hilangkan Stress : Teknik 10 B Yang Berkesan

Assalamualaikum.. Apa khabar hari ini? Stress sebab raya dah nak dekat? Jangan la stress-stress, Hari Raya kan hari untuk kita bergembira. Untuk persiapan raya, buat la sekadar yang mampu. Tak perlu ikutkan sangat cara orang lain. Mereka tak sama dengan kita. Utamakan bajet untuk balik kampung menjenguk orang tua dan saudara mara. Masih stress jugak? Meh sini saya share sikit tips macam mana nak hilangkan stress.

Teknik ini dipanggil Teknik Hilangkan Stress 10 B. Kenapa B? Sebab semuanya bermula dengan huruf B.. hehe..

1. Bertenang 
Tenangkan diri dan minda anda. Lupakan seketika perkara yang membuatkan anda stress. Jika boleh dilupakan terus, lupakan sahaja. Kadang-kadang kita ni suka stress kepada perkara-perkara yang tak perlu. Contohnya nak cari baju raya baru tapi duit tak cukup. Kalau baju raya tahun sudah masih elok, tak salah guna semula. Ala orang bukan perasan pun. Tapi kalau orang perasan pun apa kudisnya kan.. Hehe.. Saya sebelum berkahwin memang takde baju raya special setiap tahun. pakai je apa yang ada. dan lepas kawin pun (7 tahun sudah, hehe), baru 3 kali saya beli baju raya.

2.  Bernafas Secara Dalam
Menarik nafas dalam dan menghembuskan perlahan-lahan boleh membantu badan dan otak kita lebih tenang. Kekurangan oksigen dalam otak juga boleh menyebabkan stress dan sakit kepala.

3. Berkata 'relaxlah'
Pujuk diri kita sendiri supaya bertenang dan relaks. Macam saya cakap tadi, kadang kala kita ni stress untuk perkara-perkara yang tak perlu. betul tak? hehehe

4. Beribadat
Solat yang khusyuk memang dapat memberikan kita ketenangan fikiran. Kadang-kadang selepas solat Allah akan beri kita jalan penyelesaian kepada perkara yang merunsingkan fikiran dan membuatkan kita stress. Jadi jangan abaikan solat dan mengaji.

5. Berkongsi perasaan / masalah
Kadang-kadang jika kita asyik pendamkan masalah, boleh mendatangkan stress. Meluahkan perasaan atau berkongsi masalah dengan orang yang rapat dengan kita (suami, isteri, mak, ayah atau sahabat), boleh bantu ringankan bebanan fikiran kita. Mungkin mereka juga dapat membantu memberi nasihat atau jalan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi.

6. Berurut
Bila kita stress, urat-urat kat kepala dan badan kita juga stress. Berurut dapat membantu melegakan ketegangan urat dan menenangkan fikiran. Kalau ada bajet, pergilah ke spa urutan. Aroma terapi di spa juga boleh memberi kesan penenang.

7. Mendengar Muzik
Muzik juga boleh memberikan ketenangan dan menghilangkan stress. Tapi jangan la dengar muzik rock atau yang bising-bising. Lagi stress ada la.. dengar la muzik yang perlahan dan lembut, seperti lagu nasyid ke, muzik balada ke (tapi jangan lagu putus cinta) atau muzik alam semulajadi.

8. Beriadah
Bersukan boleh membantu kita fokus kepada perkara lain selain masalah dan bantu hilangkan stress.

9. Bersenam
Bersenam sepeti berjoging dan workout juga boleh bantu kita fokus kepada perkara lain dan menyihatkan badan. Badan yang kurang sihat juga boleh menyebabkan kita mudah stress.

10. Berfikiran positif
Lupekan masalah yang sedang dihadapi atau anggap masalah itu sebagai cabaran dalam hidup. Tetapkan dalam diri, sekiranya anda berjaya mengatasi cabaran itu, anda telah berjaya mencapai sesuatu dalam hidup dan anda berbangga dengannya.

Antara teknik lain yang boleh kita amalkan untuk hilangkan stress adalah dengan muhasabah diri dan bersikap positif. Jemput tonton video Cara Muhasabah Diri Agar Diri Kekal Positif.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan pengambilan supplement kesihatan. Stress juga salah satu tanda badan kita kekurangan vitamin dan mineral penting.
Vitamin B Complex Shaklee mengandungi vitamin B yang lengkap yang dapat membantu mengurangkan stress iaitu punca migraine

Kalsium dapat mengurangkan stress, jantung berdebar dan sakit kepala. Magnesiumpula dapat membantu melancarkan sistem saraf, pengecutan otot dan menstabilkan denyutan jantung.
Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium, Magnesium serta Vitamin D yangmembantu meningkatkan penyerapan kalsium oleh tubuh.

Sekian,
Semoga tip ini dapat membantu hilangkan stress anda dan anda dapat hidup dengan lebih tenang, inshaAllah.
Suhailah
Pengedar Shaklee Anda
0192882244

3 comments:

  1. sesungguhnya dgn mengingati Allah, hati akan menjadi tenang

    ReplyDelete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...