Sunday 2 November 2014

10 Makanan Superfood Yang Wajib Diambil Oleh Ibu Hamil Terutama Mereka Yang Bekerjaya Dan Supersbusy

Ibu-ibu hamil sekalian, tahukah anda apa yang anda makan sangat memberi kesan kepada baby dalam perut tu. Maka, sila pastikan anda mengambil makanan wajib bagi setiap ibu hamil secukupnya. Adalah sangat penting untuk ibu-ibu memastikan ibu ambil makanan wajib ini disepanjang kehamilan supaya baby dalam perut tu sihat dan membesar dengan sempurna.

Biasa kalau kita check-up kat klinik, doktor atau nurse akan beritahu kita secara umum atau ringkas apa yang patut ibu-ibu hamil makan. Tapi kebanyakannya tak masuk pun dalam kepala kita kan.. huhuhu..
So di sini, saya share apakah makanan yang wajib diambil oleh ibu-ibu hamil sekalian.

Pertama : Susu dan produk tenusu
 

Kenapa kena minum atau makan produk tenusu? Sebabnya kerana kita nak kalsium sebenarnya.
Keperluan kalsium bagi ibu hamil menjadi tinggi sedikit berbanding keadaan biasa sebab kalsium dari tulang ibu digunakan oleh baby yang sedang membesar. Sekiranya kalsium yang diambil itu tidak digantikan, ia akan mengganggu tahap kesihatan ibu-ibu. Kesannya, ibu-ibu akan mengalami pereputan tulang atau osteoporosis dan gigi mudah rosak.
Itu yang kadang kita tengok, ibu-ibu muda ada yang gigi dah mula rongak la.. Sebabnya, mereka tidak mengambil kalsium yang cukup semasa hamil.
Oleh itu, ibu-ibu hamil sekalian, anda wajib ambil makanan/minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu, keju, yoghurt, kacang almond, brokoli, biji bijan dan produk tenusu lain.
Sebab itu dalam set hamil Shaklee wajib ada OsteMatrik iaitu supplement kalsium.  
 klik untuk lebih kebaikan ostematrix
Selain untuk tulang, kalsium juga penting untuk elak atau kurangkan kaki kejang dan sakit pinggang. Yang bestnya, OsteMatrik bukan setakat mengandungi kalsium, ia juga mengandungi vitamin D yang dapat bantu penyerapan kalsium lebih berkesan dan juga Magnesium, yang dapat membantu melancarkan sistem perkumuhan ibu-ibu dan mengelakkan SEMBELIT.

Kedua : Bayam dan Biji Halba


Bayam dan biji halba kaya dengan asid folik. Seperti yang ibu-ibu tau, asid folik sangat penting dan sinonim dengan ibu hamil termasuk mereka yang tengah merancang untuk hamil. Ini kerana asid folik penting untuk pertumbuhan otak bayi dan mengelakkan dari kecacatan seperti spina bifida. Asid folik juga dapat mengurangkan risiko kelahiran pra-matang dan pre-eclamsia.
Selain asid folik, sayuran hijau juga mengandungi sedikit vitamin, mineral dan kalsium yang diperlukan.
Supplement B Complex Shaklee juga mengandingi asid folik yang cukup untuk ibu hamil. 
 Klik untuk lebih kebaikan B Complex
Disamping kesemua vitamin B yang diperlukan seperti B1, B2, B3, B6, B12, Biotin dan Panthothenic acid.

Ketiga : Brokoli
Sayur brokoli memang bagus untuk kesihatan dan juga sedap. Kalau dulu sayur ini dianggap hanya makanan orang tertentu atau orang-orang kaya, kini brokoli boleh didapati walau di pasar borong. 
Brokoli kaya dengan mineral kalsium, manganese dan potasium yang membantu pembentukan tulang yang kuat untuk baby anda.

Keempat : Telur dan Daging

Telur adalah sumber terbaik protein, rendah kalori dan mengandungi asid lemak omega-3 yang berkualiti. Juga mengandungi asid folik, kolin dan zat besi yang dapat membantu menguatkan lapisan uri (amniotic membrane). Uri yang kuat penting untuk mengelakkan baby dari mengalami sebarang kecederaan mahupun kecatatan pada baby.
Protein dari daging pula dapat membantu pertumbuhan sel dan otot baby.
Selain untuk baby, protein juga penting untuk ibu supaya ibu tidak mudah letih dan tidak bermaya.
 klik untuk lebih kebaikan ESP
Untuk pengetahuan anda (yang belum tahu), ESP Shaklee mengandungi 14g protein dalam setiap sajian yang dapat bantu menampung keperluan protein ibu-ibu hamil.
Ramai ibu-ibu hamil yang telah amalkan ESP sepanjang tempoh mengandung dan berpuas hati dengan kesannya iaitu tidak letih, kenyang lama dan sentiasa bertenaga.
Paling penting ESP Shaklee diperbuat daripada non-GMO soy dimana terbukti secara saintifik yang tumbuhan GMO tidak baik untuk kesihatan manusia sebenarnya.
Sebab itu, ramai yang bila minum susu soya dipasaran, baby nya mengalami kesan kulit sensitif dan sebagainya. Sebabnya kebanyakan susu soya di pasaran diperbuat daripada soya GMO.
Dengan ESP, anda tidak perlu risau kerana ramai yang terbukti minum ESP semasa hamil, selain baik untuk ibu, kulit anak pun jadi lebih halus dan putih.

Kelima : Ikan
  
Bukan ikan Nemo ni ye.. hehe..
Ikan baik untuk ibu hamil kerana mengandungi proteindan asid lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan otak dan mata baby. Namun, ada kerisauan untuk ibu makan ikan kerana dewasa ini banyak ikan yang dicemari oleh bahan merbahaya iaitu merkuri.
Ibu-ibu dicadangkan untuk memilih ikan laut dalam atau ikan laut sejuk seperti ikan kod, ikan bilis, ikan sardin dan mackerel yang kurang terdedah kepada pencemaran merkuri.
klik untuk lebih kebaikan Omegaguard
OmegaGuard Shaklee ialah minyak ikan yang diperbuat daripada isi ikan dan mengandungi asid lemak omega-3 yang berkualti. Kebanyakan minyak ikan dipasaran diperbuat daripada hati ikan kerana hati ikan mengandungi minyak yang banyak. Namun hati ikan bukan sumber yang terbaik kerana mengandungi bahan-bahan toksik dari laut yang masuk ke dalam badan ikan dan ditapis oleh hati supaya tidak sampai atau diserap oleh tubuh ikan.
OmegaGuard juga kaya dengan DHA dan EPA yang sangat-sangat baik untuk perkembangan otak bayi.

Keenam : Kekacang
Kekacang merupakan sumber protein berasaskan tumbuhan, fiber dan juga nutrient seperti zink, zat besi dan asid folik. Tauge contohnya kaya dengan vitamin B12 yang membantu perkembangan otak dan hati baby.

Ketujuh : Tahu
 
Kaya dengan kalsium, zat besi, manganese, vitamin A, vitamin K dan asid folik.

Kelapan : Buah-buahan dan Sayuran
Memang wajib diambil setiap hari. Selain untuk serat dan mengelakkan sembelit, buah-buahan dan sayuran kaya dengan vitamin yang diperlukan.
Ibu-ibu digalakkan mengambil 5 sajian buah-buahan setiap hari. Makan buah yang kaya dengan antioksida seperti musk melon, strawberi, anggur dan oren. Vitamin C yang terdapat dalam buah dapat meningkatkan penyerapan zat besi.

Kesembilan : Air
 Air memang sangat wajib bukan untuk ibu hamil sahaja, malah kita semua yang tak hamil juga.
Selain untuk elak dehidrasi, iar penting untuk mengeluarkan segala bahan toksik dalam badan melalui sistem perkumuhan.
Air kelapa dan fresh orange baik untuk diamalkan. Selain kaya dengan vitamin dan serat, ia juga dapat menyejukkan badan dan baik untuk kulit ibu dan baby.

Kesepuluh : Bijirin
Sumber karbohidrat dan serat terbaik. Serat juga dapat elakkan daripada sembelit yang memang biasa berlaku pada ibu hamil terutama di akhir kehamilan. Selain itu, karbohidrat penting untuk bekalkan tenaga kepada sel-sel tubuh untuk berfungsi dengan baik dan mengekalkan kesihatan badan.

Agak-agak ibu-ibu boleh pastikan kesemua ini ada dalam diet harian anda tak?
Memang agak sukar kan terutama yang superbusy kan..
Apa pun kita sebagai ibu kena juga pastikan segala keperluan ini dipenuhi demi baby dalam perut tu dan juga kesihatan kita.
So, bagi ibu-ibu yang sedang hamil, ini lah senarai 10 makanan superfood yang wajib diambil mengikut www.thehealthsite.com.
Ibu-ibu jangan risau, Shaklee mempunyai supplement terbaik yang dapat membantu ibu-ibu sekalian untuk pastikan ibu-ibu hamil mendapat kebaikan dari 10 makanan wajib ini.

Ini adalah set bajet atau set minimum. Saya sarankan ibu-ibu tambah OmegaGuard dan juga ESP untuk mendapat kesemua kebaikan yang disebut di atas.
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah


sumber gambar : google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...