Proses bersalin kadang kala amat mudah bagi seseorang ibu, dan agak sukar bagi sesetengah ibu.
Di sini saya ingin kongsikan tips bagaimana nak bantu proses bersalin menjadi lebih mudah. Ada beberapa cara untuk memudahkan proses bersalin, cara Islam, traditional dan juga moden. Boleh juga combinekan ketiga-tiga cara sebagai salah satu usaha. Yang penting tidak bertentangan dengan agama.
Entry kali ini saya nak share cara moden atau dengan cara melakukan senaman.
Lakukan senaman secara berperingkat. Biasanya senaman ini sudah boleh dilakukan bermula minggu ke-31 ke atas. Namun, jangan terlalu memaksa atau terlalu kerap kerana dikhuatiri anda terbersalin awal.
Sila dapatkan khidmat nasihat dari doktor atau jururawat anda.
1) Senaman Kegel @ Pelvic Floor
Senaman ini sebenarnya sudah boleh diamalkan sebelum hamil lagi sehingga sebaik sahaja lepas bersalin.
Senaman Kegel ini dapat membantu menguatkan otot pelvik dan membantu proses bersalin menjadi lebih mudah dan dapat mengurangkan risiko koyak.
Caranya :
Buat seolah-olah anda sedang menahan kencing.
Semudah itu!
Mula2 tahan untuk 3 saat, kemudian sehingga 10 saat. Ulang sebanyak 10 kali.
Buat 3 atau 4 set ulangan tadi sehari.
Senaman ini sebenarnya sudah boleh diamalkan sebelum hamil lagi sehingga sebaik sahaja lepas bersalin.
Senaman Kegel ini dapat membantu menguatkan otot pelvik dan membantu proses bersalin menjadi lebih mudah dan dapat mengurangkan risiko koyak.
Caranya :
Buat seolah-olah anda sedang menahan kencing.
Semudah itu!
Mula2 tahan untuk 3 saat, kemudian sehingga 10 saat. Ulang sebanyak 10 kali.
Buat 3 atau 4 set ulangan tadi sehari.
Anda juga boleh rujuk video di bawah
2) Pelvic Tilt @ Angry Cat
Senaman ini menguatkan otot perut dan mengurangkan sakit belakang semasa hamil & melahirkan.Caranya :
Berada di posisi seperti merangkak (rujuk gambar di bawah).
Semasa tarik nafas, tegangkan otot perut dan buat posisi seperti gambar kedua (rujuk gambar di bawah).
Kemudian, semasa hembus nafas, kembali ke posisi neutral dan relakskan belakang badan.
Ulang beberapa kali mengikut keselesaan anda.
Anda juga boleh rujuk video di bawah
3) Squat
Senaman ini dapat membantu menguatkan peha anda dan membuka pelvis.
Caranya :
Berdiri mengadap belakang kerusi, regangkan sedikit kaki. Pegang belakang kerusi. (Posisi seperti gambar 1 di bawah).
Tegangkan otot perut, angkat dada dan regangkan bahu. Kemudian turunkan badan seolah-seolah mahu duduk (posisi seperti gambar 2).
Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskan sambil berdiri.
Anda juga boleh menggunakan bola seperti gambar di bawah bagi memudahkan pergerakan anda.
atau anda boleh rujuk video di bawah
4) Tailor or Cobbler Pose
Senaman ini bantu membuka pelvis dan melonggarkan sendi pinggul bagi memudahkan proses bersalin nanti. Ia juga dapat mengurangkan sakit belakang.
Caranya :
Duduk tegak (boleh bersandar di dinding tapi dalam keadaan tegak).
Lipat kaki seperti gambar di bawah. Pastikan kedua-dua tapak kaki bertemu.
Kemudian, turunkan lutut ke lantai semaksima yang boleh. Namun pastikan anda masih dalam keadaan selesa.
Bertahan selama yang boleh.
Ulang beberapa kali mengikut kemampuan dan keselesaan anda.
atau anda boleh ikut cara seperti video di bawah
credit to
http://www.babycenter.com
http://www.babyzone.com
http://www.advice-for-pregnant-moms.com
howcast.com
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee yang lain,
boleh hubungi saya :
(ID 930065)
FB: Aliyya Soffiya
Page : Vitamin Sihat Natural
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah
Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah
pasal minyak kelapa dara tu, mcm ok..sbb kite kena jahit sikit je..cuma kite ketuban darah so nak tunggu buka ke 10cm lama bebenor..u try la dulu...
ReplyDeletesalam sis, thanks sudi visit blog saya =)
Deleteohh.. ok, nanti saya try.. mudah2an dapat la saya branak naturally.. =)