Saturday 4 July 2015

Restoran Seafood Best Yang Wajib Di Kunjungi Jika Anda Datang Ke Johor Bahru

Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini telah sampai hari ke-17 Ramadhan. Apa aktiviti hujung minggu ini? Tengah mencari restoran seafood yang best untuk berbuka puasa nanti? Haa.. kalau anda sedang berada di Johor Bahru, ada 1 tempat best yang wajib anda kunjungi jika datang ke Johor Bahru, iaitu Senibong.

gambar credit to : http://www.wanista.com
Senibong Village ni memang femes bukan setakat dikalangan rakyat Johor, tapi hampir semua pelancong yang datang Johor terutama JB dah tau tempat ni, dan mesti wajib singgah.
Saya sebagai rakyat Johor yang sedang merantau di bumi Melaka pun, bila balik JB akan singgah makan di sini (bergantung pada status kewangan ketika itu, almaklum setiap kali balik kg banyak pakai duit.. huhuhu)

gambar credit to : http://nuanshaari.blogspot.com
Kat Senibong Village ni terdapat beberapa buah restoran. Korang boleh survey-survey dulu apa seafood yang ada dan berapa harganya (penting ni, takut kang lepas makan pengsan plak. hehe)

gambar credit to : http://kisahjalanjalan.blogspot.com

Harganya tak murah dan tak mahal.. ok bagi saya.. berbaloi dengan kualiti hidangannya.
last time saya makan bersama suami & anak (lupa nak amik gambar makanan), kami order Udang Goreng Nestum (lebih kurang 300g tak silap, ini minimum berat yang perlu diorder), Siakap 3 Rasa, Siput Gongong Masak Cili, Kailan Ikan Masin, Nasi putih 3 dan air fresh juice, tak sampai RM100.
Lebih kurang begini la rupa menu yang kami order:




gambar credit to : http://nuanshaari.blogspot.com

Makan di sini seronok, selain makanannya yang best, boleh juga menikmati permandangan laut
gambar credit to : http://nuanshaari.blogspot.com

Untuk anda yang berminat nak try makan kat sini,
GPS Coordinates: 1.485069,103.817196
Business hour : dari pukul 4 pm hingga 1.30 am.
Oh ye, parking sini berbayar ye. RM2. Biasa la kan tempat tumpuan, mesti ada yang buat bisnes sampingan.
Ok, selamat mencuba ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...