Wednesday 12 August 2015

7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Patut Tahu

Assalamulaikum..
Ahad lepas taman rumah saya ada buat gotong-royong bersihkan persekitaran. Sebenarnya selalu jugak ada gotong-royong. Sebabnya taman rumah saya adalah kawasan black list kes demam denggi. Hampir setiap minggu pihak KKM terpaksa datang fogging. Gotong-royong baru-baru ini pun dipantau perlaksanaannya oleh pihak KKM. 



Rasanya ramai yang dah tahu apa itu demam denggi sebabnya pihak KKM selalu menerangkan pada kita sama ada melalui poster mahupun iklan di TV. Tapi saya cerita juga sikit ye. Hehehe..

Demam denggi adalah disebabkan oleh virus yang dibawa dan disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti melalui gigitannya. Seseorang itu boleh dijangkiti berulang kali walaupun pernah terkena jangkitan. Ini kerana tubuh tidak menghasilkan antibodi yang boleh menghalang jangkitan semula.


Demam denggi ni sangat bahaya sebab boleh meragut nyawa. Oleh itu, penting untuk anda tahu tanda-tanda jika anda atau seseorang itu diserang demam denggi.

7 Tanda Demam Denggi Yang Anda Patut Tahu

1) Demam panas secara tiba-tiba.
Demam panas secara tiba-tiba tanpa batuk mahupun selsema. Suhu biasanya 40 - 41oC . Bagi baby di usia 4 bulan ke bawah, suhu di bahagian rectal (bontot) sekitar 38oC. Kalau anda tidak pasti berapa suhu anda, dan jika lepas makan ubat demam masih tak baik-baik, teruskan sahaja berjumpa doktor. Kalau baby atau kanak-kanak, terus sahaja ke klinik. Sebab dikhuatiri mereka terkena sawan. Sekarang ni sangat penting untuk ada thermometer digital di rumah terutama kalau ada baby. Sebabnya kalau main rasa-rasa kita tak pasti kan. Suhu demam adalah 37.5oC ke atas.

2) Sakit kepala yang teruk
Jika anda telah makan ubat sakit kepala tapi masih sakit kepala yang teramat sangat, cepat-cepat berjumpa doktor dan buat ujian darah.

3) Sakit belakang mata

4) Sakit sendi dan otot yang teruk

5) Loya dan muntah

6) Ruam
Ruam atau bintik-bintik merah biasanya muncul 3 atau 4 hari selepas demam.

7) Berdarah 
Berlaku pendarahan pada hidung dan gusi atau mudah lebam.

Jika anda mempunyai tanda-tanda demam denggi seperti di atas, segeralah berjumpa doktor untuk pengesahan dan rawatan lanjut.


Cadangan Set Demam Denggi
1) Performance Drink
 Performance Drink dari Shaklee adalah alternatif terbaik untuk anda gantikan air isotonic bergas itu. Performance Drink mempunyai kandungan gula yang rendah. Performance Drink Shaklee membantu mengimbangi kandungan elektrolit dalam tubuh dan bantu elakkan dehidrasi (badan kekurangan air).

2) Nutriferon

 Nutriferon adalah ‘immune booster’ yang meningkatkan tahap imunisasi dalam tubuh bagi melawan penyakit.
Nutriferon adalah dipatenkan eksklusif satu-satunya interferon semulajadi didunia, malah formula yang digunakan juga adalah selamat, semulajadi, tulin dan berkesan. 
Sekiranya anda mempunyai masalah seperti selalu demam, kerap diserang selsema, alahan, asma dan antibodi lemah, anda sangat disyorkan untuk mengambil Nutriferon untuk menguatkan imunisasi tubuh melawan penyakit. 

Vitamin C berfungsi membantu meningkatkan sistem Imun dalam badan. Sekiranya badan kita mempunyai cukup Vitamin C setiap hari, sistem pertahanan tubuh yang sihat dapat membunuh virus tersebut serta mengelakkan daripada terjadinya simptom yang lebih teruk seperti Demam Denggi Berdarah.

Betul ke supplement boleh bantu rawat Demam Denggi? Jemput tonton dan dengar penerangan ringkas dari Nutritionist ini.

Untuk dapatkan supplement ini,
boleh hubungi saya
Suhailah
0192882244
FB : Aliyya Soffiya

Nak dapat vitamin PERCUMA?
Jom daftar keahlian sekarang.

credit : mamaqaireen.com , KKM, iReach Shaklee, webmd.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...