Saturday 29 August 2015

Sengsara Gastrik Selama 10 Tahun Hilang

Assalamualaikum..

Ramai di antara kita yang tidak sedar yang kita sebenarnya ada penyakit gastrik (tidak semua orang). Mungkin sebab gastrik yang di alami tidak serius sampai kita tidak sedar. Tapi ada juga yang mengalami sakit gastrik yang serius. Macam mana nak tahu sama ada anda mempunyai penyakit gastrik atau tidak? Teruskan membaca.


Gastrik atau gastritis sebenarnya adalah inflamasi atau keradangan, iritasi atau hakisan yang berlaku pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau berperingkat (kronik).

Gastrik biasanya disebabkan oleh pengambilan alkohol secara berlebihan, kerap muntah yang kronik, stress atau disebabkan pengambilan ubat-ubatan macam aspirin atau ubat anti-inflammatory yang lain.
Gastrik boleh juga disebabkan oleh :
Bakteria Helicobacter pylori iaitu bakteria yang hidup di lapisan mukus perut. Jika tidak dirawat, ia boleh melarat menjadi ulser dan mungkin juga kanser perut.
Pernicious anemia iaitu sejenis anemia yang disebabkan oleh tidak mampu menyerap vitamin B12.
Bile reflux iaitu hempedu masuk semula ke dalam perut.
Infeksi oleh bakteria atau virus.

Gastrik yang serius amat bahaya sebabnya jika tidak dirawat boleh menyebabkan pendarahan dan boleh menyebabkan kanser.

Macam mana nak tahu sama ada anda mempunyai gastrik atau tidak, ini di antara tanda-tandanya:
1) Loya dan muntah-muntah
2) Kembung per
3) Sakit perut
4) Ketidakhadaman
5) Pedih ulu hati di antara waktu makan atau tengah malam
6) Hiccups
7) Hilang selera makan
8) Muntah darah atau warna coklat
9) Najis berwarna gelap (hitam/kehitaman)

Jika anda mempunyai beberapa tanda di atas, segeralah berjumpa doktor. Biasanya jika keadaan anda agak serius, doktor akan buat beberapa ujian untuk pengesahan.

Jom tengok video ini : Pengalaman sakit gastrik selama 10 tahun hilang.
Apa rahsia beliau?

Hentikan mimpi ngeri anda segera dengan Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan,
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...