Sunday 19 February 2017

3 Tahun Berkahwin Belum Ada Anak. Berkat Usaha dengan Vivix Alhamdulillah Berjaya Hamil.

Setiap pasangan yang telah berumahtangga tentulah inginkan cahaya mata sebagai penyeri. Ada yang dikurniakan anak cepat dan ada juga yang Tuhan simpan 'rezeki' mereka untuk suatu waktu yang tepat. Sebagai umat Islam, kita percaya bahawa anak itu adalah rezeki daripada Allah. Namun begitu, Allah juga telah mengurniakan manusia akal fikiran dan juga ilmu termasuk ilmu perubatan dan sains kesihatan. Ini adalah kerana Allah mahu kita berusaha mengikut ilmu yang telah diberikan, untuk mendapatkan cahaya mata.

Salah satu usaha yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat termasuk la ambil supplement kesihatan. Bukan la nak kata lepas makan supplement confirm akan hamil. Tapi pemakanan sangat berkait rapat dengan kesihatan dan kesihatan sangat berkait rapat dengan kesuburan. Pemakanan yang tidak seimbang dan pendedahan kepada persekitaran yang tercemar akan menyebabkan sistem dan kesihatan tubuh terjejas. Jika kesihatan terjejas, tahap kesuburan akan merundum di mana hormon-hormon yang terlibat dalam penghasilan telur ovum dan sperma akan menurun atau telur ovum dan sperma itu sendiri rosak atau tidak berkualiti.

Produk Shaklee secara am nya akan membantu meningkatkan tahap kesihatan sel-sel dan tubuh secara keseluruhan dan melindungi sel-sel daripada kerosakan akibat radikal bebas. Shaklee mempunyai set kesihatan lengkap untuk pasangan yang sedang berusaha untuk hamil. Boleh baca di sini 》Set Hamil Shaklee.

Kali ini saya nak share bagaimana Vivix boleh bantu tingkatkan kesuburan suami dan isteri  Seperti yang saya pernah terangkan sebelum ini 《baca sini》 Vivix yang diperbuat daripada anggur Muscadine, mempunyai bahan antiosida Resveratrol yang sangat tinggi. Paling special Vivix mengandungi polyphenol khas dari anggur Muscadine iaitu asid Ellagic.

1) Meningkatkan kualiti sel telur dan sperma
Kehebatan kandungan Resveratrol dan asid Ellagic dalam Vivix dapat melindungi sel-sel dan organ peranakan daripada mengalami kerosakan seperti sel-sel ovum & sperma serta organ-organ seperti prostat dan ovari. Zaman sekarang, persekitaran serta gaya hidup (makan, minum dan rokok) banyak menyumbang kepada kerosakan sel. Ini menjejaskan kualiti sel telur dan sperma. Sel telur yang rosak tidak dapat berkembang dan membahagi dengan baik.
Sel sperma yang rosak tidak dapat berenang dengan baik. Oleh itu, kemungkinan untuk sperma bertemu dengan telur adalah sangat nipis. Begitu juga dengan telur yang rosak, tidak dapat berkembang menjadi matang (bersedia untuk senyawa) atau tidak dapat bergerak ke tiub fallopio (tempat di mana telur bertemu dengan sperma).

2) Meningkatkan penghasilan tenaga.
Kandungan vivix bantu tingkatkan penhasilan tenaga melalui mitokondria. Salah satu sebab pasangan lambat dapat anak adalah kerana mereka sering keletihan dengan tugas harian. Ini menyebabkan mereka kurang 'bersama'. Selain itu, sperma dan ovum juga perlukan tenaga untuk dihasilkan dan berenang untuk saling bertemu. Sperma yang lemah akan terkandas dan gagal bertemu ovum. Jangka hayat sperma dalam rahim adalah singkat. Jika sperma gagal berenang dengan pantas, maka sperma tersebut akan mati tanpa sempat bertemu dan bersenyawa dengan ovum.

Ini adalah kisah benar seorang pengguna Vivix yang telah berkahwin selama 3 tahun namun belum dikurniakan cahaya mata. Alhamdulillah selepas usaha dengan Vivix, beliau berjaya hamil.


Tips mudah hamil

Pasangan yang ingin mendapatkan anak digalakkan juga amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam. Bagi pasangan yang dah terlalu lama (5 tahun ke atas) berusaha, digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar perubatan.
Selain itu, kita jangan lupe untuk terus berdoa. Semoga Allah memberikan tuan puan anak-anak yang sihat, comel dan soleh.

Untuk maklumat lanjut,
boleh hubungi saya

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...