Kecederaan semasa bersukan sering terjadi. Namun kita boleh cuba untuk elakkan dengan mengetahui risiko nya dan memakai pakaian yang sesuai. Jom ketahui jenis-jenis kecederaan yang anda berisiko untuk dapat ketika bersukan.
Jenis Kecederaan
1) Kekejangan Otot
Kekejangan otot adalah kesakitan yang dialami di otot-otot besar di badan hasil penguncupan amat laju dalam masa yang lama.
Kekejangan otot boleh diatasi dengan meregangkan otot secara statik.
2) Ketegangan Otot (Muscle Strain)
Ketegangan otot terjadi apabila fiber-fiber pada otot mengalami kecederaan (koyak). Sebenarnya, ketegangan otot adalah hasil mekanisme badan untuk melindungi otot-otot tersebut daripada kecederaan yang lebih teruk.
Kalau seseorang alami ketegangan ringan, ia akan alami kesakitan dalam pergerakan aktif.
Ketegangan yang lebih serius akan mengakibatkan pengumpulan darah sehingga seseorang itu tidak dapat gerakkan anggota badannya yang alami ketegangan otot.
》Baca sini 》Elak Keletihan
》Baca sini 》Elak Keletihan
3) Sengal-sengal Otot
Selalunya kita akan rasa sengal-sengal otot lepas buat aktiviti fizikal yang kita tak biasa buat atau dah lama tak bersukan. Terdapat beberapa sebab berlakunya sengal otot, antaranya adalah disebabkan terdapat koyakan kecil pada fiber otot dan juga kekejangan otot akibat daripada kekurangan bekalan oksigen ke otot. Cara nak elak sengal otot adalah dengan melakukan aktiviti pada kadar rendah dan tingkatkan intensiti secara berperingkat.
4) Luka
Luka boleh jadi kecederaan dari luar kulit dan juga dari dalam (akibat dihiris atau dipotong oleh tulang yang patah). Luka terdiri daripada beberapa jenis iaitu :
i - abrasi ; cakaran pada permukaan kulit
ii - potongan ; terkena objek tajam
iii - tebukan ; ditebuk oleh objek tajam seperti spike kasut. Luka ini jika dalam boleh menyebabkan kerosakan salur darah.
5) Lebam Akibat Kontusi
Kontusi adalah hentakak terus objek tumpul ke atas permukaan tisu lembut. Jika hentakan kuat, kapilari darah (salur darah halus) akan pecah dan darah terkumpul di tempat hentakan itu. Darah yang terkumpul bawah kulit itu la lebam. Jika tempat yang sama terkena hentakan berulang kali, mendakan kalsium akan terbentuk di kawasan tersebut lalu mengakibatkan kesukaran untuk menggerakkan otot / anggota tersebut. Untuk elakkan hentakan berulang, anda digalakkan melindungi kawasan tersebut debgan pad seperti di lutut dan siku.
6) Kecederaan Tisu Keras
Tisu keras melibatkan semua tulang dan sendi. Tulang boleh patah akibat stress yang tinggi ke atas tulang.
7) Dislokasi
Dislokasi adalah apabila hujung tulang yang membentuk sendi itu tercabut atau terkeluar dari tempat lekatannya. Tisu-tisu lembut seperti otot, ligamen, tendon dan salir darah akan cedera jika berlaku dislokasi. Dislokasi biasanya akan mengakibatkan deformiti atau kehilangan sesuatu bentuk sendi.
Cara Merawat Kecederaan Semasa Bersukan
Untuk kecederaan seperti di atas, kita boleh lakukan beberapa tindakan awal untuk tujuan ;
i - cegah tisu lembut lain dari mengalami kecederaan.
ii - kurangkan kesakitan yang dialami.
iii - kurangkan bengkak.
iv - kekalkan kecergasan sementara bahagian lain cedera.
v - kembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang cedera
vi - cegah berlaku semula kecederaan yang sama.
RICE
R - rest
Selepas mengalami kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan di tempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan. Ini akan memburukan lagi kecederaan tersebut.
I - Ice
Balut ais dengan kain atau plastik dan tuam di tempat yang cedera. Rawatan ini hanya sesuai untuk kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka. Jangan sentuh tempat luka secara direct dengan ais, nanti akan menyebabkan 'ice-burn' dan mematikan sel-sel disekeliling tempat cedera.
C - compression
Balut bahagian cedera untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.
E - elevation
Tinggikan bahagian yang cedera bagi memudahkan dan mempercepatkan darah kembali masuk ke jantung. Ini bertujuan mengurangkan pendarahan di tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.
Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam pertama. Walaubagaimanapun, rujukan pakar perubatan perlu dilakukan secepat mungkin.
Selain memastikan risiko dan langkah berjaga-jaga semasa bersukan, anda juga perlu pastikan anda mendapat bekalan tenaga yang cukup untuk bersukan dan juga elak dehidrasi.
Shaklee mempunyai supplement yang sesuai untuk anda yang aktif bersukan iaitu Performance Drink (elak dehidrasi), Cinch Tea(bekalkan tenaga) dan juga Omegaguard (sakit sendi).
Selain memastikan risiko dan langkah berjaga-jaga semasa bersukan, anda juga perlu pastikan anda mendapat bekalan tenaga yang cukup untuk bersukan dan juga elak dehidrasi.
Shaklee mempunyai supplement yang sesuai untuk anda yang aktif bersukan iaitu Performance Drink (elak dehidrasi), Cinch Tea(bekalkan tenaga) dan juga Omegaguard (sakit sendi).
Macam mana nak dapatkan supplemen Shaklee ini?
boleh hubungi saya
(ID 930065)
FB: Aliyya Soffiya
Page : Vitamin Sihat Natural
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah
Credit info : sainssukanmaar.blogspot.my