Thursday, 23 March 2017

6 Tips Penyusuan Ibu Secara Eksklusif Bagi Ibu Bekerja

Alhamdulillah semakin ramai ibu-ibu bekerjaya yang memberi susu ibu sepenuhnya kepada anak-anak. Untuk ibu yang bekerja memang bukan mudah. Hanya mereka yang tabah dan kuat semangat je yang akan berjaya. Tapi ini bukan bermakna ibu yang tak berjaya fully breastfeed sepenuhnya atau yang memilih untuk beri susu formula, bukan ibu yang baik. Setiap anak ada rezeki masing-masing. Yang penting kita berikan kasih sayang sepenuhnya dan cuba yang terbaik buat mereka.

Kali ni saya sharekan tips atau perkara-perkara yang ibu perlu tahu sebagai persediaan sebelum naik kerja.

 Apa Yang Anda Perlu Tahu?

  1. Peralatan Penyususan
  2. Bekas Simpan Susu Perahan
  3. Tempoh Expiry Susu Perahan
  4. Cara Mencairkan dan Memanaskan Susu Perahan
  5. Cara Menyediakan Susu Perahan Kepada Pengasuh

6 Tips Penyususan Ibu Bekerja Sebelum Anda Masuk Kerja Semula

1) Peralatan Penyusuan

1- Pam susu - cari pam yang sesuai dengan anda. Sebaik-baiknya cari pam double pumping. Lebih cepat dan mudah untuk simpan stock susu. Kalau ada bajet, boleh beli yang freestyle macam madela atau freemie. Boleh la sambil-sambil tu anda buat kerja lain.
2- Botol susu - untuk kegunaan masa pam dan juga simpan susu di pejabat.
3- Storage bag / botol - untuk simpan susu perahan (stok).
4- Ice pack - untuk sejukkan susu dalam cooler bag (sementara nak bawak balik dari pejabat ke rumah)
5- Cooler bag - untuk simpan / transport sementara susu dari pejabat ke rumah.

2) Bekas Penyimpanan

Ada pelbagai jenis bekas untuk simpan. Kalau yang komersial, boleh guna storage bag atau storage bottle. Ada yang suka pakai botol sebab senang nak cairkan. Ada yang suka bag sebab lebih jimat space dalam freezer. Terpulang pada pilihan anda. Oh ye untuk botol boleh re-use tapi storage bag pakai buang. Kalau nak guna bekas lain boleh tapi pastikan ianya bersih.

3) Tempat Penyimpanan

i - Suhu bilik:
Tanpa air cond ~ kurang dari 4 jam
Dengan air cond ~ 6 - 8 jam
Jika susu yang dicairkan, perlu diminum dalam masa 1 jam selepas dipanaskan

ii - Dalam Peti Sejuk (Bahagian beku)
1 pintu ~  2 minggu
2 pintu ~ 3 bulan
Deep freezer ~ 6 bulan

iii - Dalam Peti Sejuk
1 & 2 pintu ~  3-5 hari (sebelum dibekukan. Jika hari ke-4 susu dipindahkan ke bahagian beku, tempoh expiry dilanjutkan seperti di atas).
1 & 2 pintu ~ kurang 24 jam selepas dicairkan dari sejuk beku.

Nota Penting:
Jangan simpan susu berdekatan pintu peti sejuk kerana suhunya kurang stabil.

4) Label


Stock susu perlu dilabel dengan info-info penting seperti:
  1. Tarikh perahan
  2. Waktu perahan
  3. Nama anak - ini penting jika anda hantar anak ke taska atau pengasuh. Takut nanti tertukar susah pulak. Tak pasal-pasal dapat anak susuan tanpa sedar.


Nota penting :
i - jangan isi susu terlalu penuh. Berikan sedikit ruang untuk susu mengembang semasa proses pembekuan.
ii - susu yang diperah dalam masa 24 jam boleh dicampurkan dengan syarat SUHU susu tersebut SAMA.
iii - pastikan anda simpan susu dalan volume yang mencukupi untuk 1 kali penyusuan dalam 1 bekas. Susu yang tidak habis diminum TIDAK boleh disimpan semula.

5) Cara Mencairkan & Memanaskan Susu

Keluarkan susu bertarikh paling awal. Guna kaedah FIFO (first in first out).
Jika susu sejuk beku, letakkan susu di bahagian bawah (biasa) peti ais semalaman. Jika susu masih beku, lalukan susu dibawah aliran air paip.
Bila susu sudah cair, panaskan susu dengan cara merendam dalam air hangat atau guna warmer.

Nota Penting
susu perlu dicairkan secara beransur-ansur untuk kekalkan kualiti susu. Jangan panaskan susu di dalam microwave atau direct atas api dapur. Ini akan merosakkan protein yang terdapat dalam susu.

6) Cara Menyediakan Susu Perahan Kepada Taska/Pengasuh

Pastikan pengasuh / penjaga taska tau bagaimana cara nak panaskan susu perahan. Untuk mengelakkan kekeliruan, pastikan anda bekalkan susu secukupnya dan sediakan nota untuk rujukan pengasuh / penjaga.

Tips Lain

Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum waktu pemberian susu. Jangan panaskan terlalu awal atau terlalu lewat.
Pegang bayi semasa pemberian susu. Jangan biarkan bayi minum sendirian.
Semasa waktu penyusuan, belailah, ciumlah dan berbual dengan bayi anda. Ini akan bantu mengeratkan hubungan anda dan bayi.
Selepas selesai menyusu, pastikan anak sendawa untuk keluarkan angin. Penting untuk bayi sendawa untuk elak tersedak susu.

Macam mana? Boleh paham tak? Banyak sangat nak kena tau? Jangan risau, mula-mula memang rasa pening sikit. Nanti lama-lama dah biasa ok la.

Anda sedih susu perahan sedikit? Jangan risau, pada awal-awal memang begitu. Perut bayi pun kecil lagi. Kita kena set kan minda kita yang SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU.
Yang penting;
Pertama, anda kena patuhi konsep supply and demand. Sentiasa beri direct feeding pada bayi jika ada bersama-sama.
Kedua, pastikan anda mengepam susu mengikut jadual. Seboleh-bolehnya jangan skip.

Ketiga, pastikan anda mengambil makanan seimbang dan nutrisi lengkap. Ini supaya anda tidak mudah letih dan anak juga mendapat bekalan nutrisi lengkap dari susu ibu.

Baca sini 》 Makanan Penambah Susu

Macam mana nak pastikan anda mendapat nutrisi lengkap? Selain melalui makanan seimbang, anda perlu amalkan supplement Set Penyusuan Shaklee.

Kenapa perlu ambil supplement?

Sebagai ibu yang bekerja terutama yang bekerja sepenuh masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang, agak sukar untuk anda memastikan diet lengkap dan seimbang. Lebih-lebih lagi ada anak kecil. Kecuali jika anda memang nekad dan pandai uruskan masa. Namun, makanan seimbang juga belum dapat menjamin anda mendapat sepenuhnya nutrisi dari makanan tersebut. Ini kerana vitamin dan mineral sangat mudah hilang semasa proses penyiapan makanan. Oleh itu, untuk menampung nutrisi yang hilang itu, anda perlu ambil supplement lengkap.

Kenapa Shaklee?

Supplement Shaklee mempunyai vitamin, mineral dan protein yang dapat menampung kekurangan dalam makanan anda. Selain itu, supplement Shaklee dihasilkan dengan standard yang tinggi bagi memastikan ianya sentiasa SELAMAT dan BERKESAN kepada anda dan bayi anda, dan sentiasa HIJAU (tidak mencemari alam sekitar).

Tonton pengakuan Puan Dilla bagaimana beliau berjaya fully breastfeeding anak-anak beliau.

Jika anda ingin berjaya fully breastfeeding bayi anda seperti Puan Dila ini, hubungi saya segera.
Jika anda tidak mahu proses penyusuan anak anda terganggu dek masalah keletihan dan tidak cukup nutrisi, segeralah dapat Set Penyusuan Shaklee ini dengan saya. InsyaAllah saya akan bantu anda pastikan anda berjaya memberi susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda.

Hubungi saya segera:
(ID 930065)
Whatsapp / Telegram : 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

credit : mamaqaireen.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...