Assalamualaikum.. masa 1st time saya naik kapal terbang dengan bayi saya, masa tu nak ke bali. Anak saya masa tu sudah berusia 1 tahun. Memang agak merisaukan sebab dia pun dah 'bijak'. Macam-macam pikir, macam mana nak buat susu, selesa ke anakku, meragam tak dia, kalau meragam macam mana nak buat (mesti nanti ada penumpang yang marah), muntah tak anakku. So saya pun buat persediaan dengan cik gugel. Daripada gugel dan pengalaman saya sendiri, saya sharekan tips yang boleh dipraktikkan oleh anda.
Bagi anda yang tidak breastfeed, jangan risau. Anda boleh bawa susu tepung, air biasa dan juga air panas naik atas kabin. Tapi dalam kuantiti kecil la. Susu boleh bawa dalam dispenser tu. Air masak boleh bawa dalam botol 500ml, begitu juga air panas. Anda letak je barang-barang ni dalam bag susu anak. Jangan risau, pihak penerbangan takkan buang. Tapi ini setakat pengalaman saya naik MAS. Rata-rata sharing oleh parents lain saya baca kebanyakan kapal terbang sama je. So bawa je. Tapi jangan risau, andai kata syarikat tersebut melarang anda bawa naik air ke atas kabin, anda boleh minta pramugari/ra air masak dan air panas untuk buat susu masa dalam kabin (sape suruh tak bagi bawak air kan hehe).
Masa kapal terbang tengah naik, beri susu atau puting kepada bayi. Proses sucking/menelan tu akan bantu elak tekanan udara dalam telinga bayi. Kalau bayi terus tidur lepas susu lagi bagus. Hehe.
Seelok-eloknya cuba duduk di seat paling tepi laluan. Supaya senang kalau-kalau terpaksa pergi ke toilet atau anak nak jalan-jalan dalam kabin. Kalau duduk tengah atau dekat tingkat jenuh pulak nak keluar kan. Lebih-lebih lagi kalau penerbangan tempatan. Sempit.
4) Bag Muntah
Bag muntah memang ada disediakan di setiap seat. Tapi kadang-kadang diorang lupa nak refill. So standby la 1 ke 2 bag muntah.
5) Baju Extra
Standby baju extra untuk bayi dan juga mama. Mana la tahu kalau-kalau bayi termuntah atas baju mama. Takkan nak tunggu sampai touch down baru nak tukar kan. Bau asyem. Hehe..
6) Tengok kartun
Berilah anak tengok cerita kegemaran dia. Bagi anak tu leka.
Bantal dan selimut ada disediakan untuk bayi. Kalau pramugara/ri tak beri, boleh request minta.
Ada sesetengah kapal terbang (jenis yang boeing) ada disediakan tempat tidur bayi. Kalau rasa nak guna boleh request sebelum check in. Boleh request melalui email, call atau message kat FB page mereka.
9) Stroller
Sekarang ni banyak stroller yang boleh lipat kecil dan bawak naik kabin. Tapi kalau stroller anda jenis yang besar dan panjang, boleh je bawa. Sorong je sampai pintu kapal terbang, lipat lepas tu tinggal je kat situ. Nanti akan ada orang bawak masuk kargo.
10) Pekakkan Telinga
Haa yang ni memang kena ikut. Hehe.. biasa la tak semua orang ada bayi. Tak semua orang faham kedaan bayi. Kalau agak-agak nampak muka penumpang lain kurang senang atau tak selesa dengan kehadiran anak kita, buat tak tau je.. haha.. yang penting kita cuba pastikan anak kita selesa.
Sekarang ni ramai yang bawa bayi naik kapal terbang. Malah ada yang berusia dalam hari lagi. So anda jangan risau untuk bawa anak kecil anda.
Oh ye.. kalau anda plan nak bercuti ke luar negara, especially negara-negara yang suhu nya agak berbeza dengan Malaysia macam Korea Selatan, New Zealand ke, pastikan anda bawak ubat-ubatan dan juga supplement Nutriferon dan Vitamin C. Seelok-eloknya mula makan Nutriferon beberapa hari sebelum berangkat. Sebagai langkah pencegahan. Takut nanti kang sampai sana demam menyerang. Tak pasal-pasal bercuti dalam bilik je. Ruginya.
Macam mana nak dapatkan supplemen ini?
boleh hubungi saya
(ID 930065)
FB: Aliyya Soffiya
Page : Vitamin Sihat Natural
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
COD : Ayer Keroh, Durian Tunggal, Batu Berendam (KFC).
kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah