Thursday 2 March 2017

Vitamin Lengkap Untuk Ibu Hamil Kekal Sihat Dan Cergas

Betul ke ibu hamil memang perlu ambil supplement dan vitamin lengkap?  Ya, jawapannya memang perlu. Sebab apa? Sebab anda tidak akan dapat sepenuhnya nutrisi yang anda dan bayi dalam kandungan perlukan daripada pelbagai makanan yang anda makan.


Walaupun piramid makanan anda dah perfect, namun vitamin, mineral dan nutrisi yang anda ingin dapatkan daripada makan tersebut sebahagiannya telah hilang semasa proses dari tempat sumber nya sampai la proses anda memasak.

Macam mana nak dapatkan vitamin dan lengkapkan nutrisi yang hilang dalam makanan tu? Anda boleh cuba Supplement Prenatal Shaklee. Kenapa Shaklee? Sebab supplement Shaklee tiada bahan tiruan, tiada pewarna dan paling penting bukan sintetik!


Set Hamil Lengkap Shaklee

Set lengkap hamil Shaklee terdiri daripada:

  1. B Complex
  2. Vitamin C Sustain Release
  3. OsteMatrix
  4. ESP
  5. Vitalea 
  6. OmegaGuard


Mari saya terangkan kebaikan setiap vitamin Shaklee ini.


B Complex

B Complex Shaklee ni special berbanding vitamin B Complex lain di pasaran kerana ia dilengkapi dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B. Sebab tu nama die B Complex!
Asid folik adalah sangat penting untuk tumbesaran janin. Ia penting untuk pembentukan tulang. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan risiko kecacatan pada janin seperti kecacatan saraf khususnya 'spina bifida'.
Semasa hamil, ibu memerlukan 400-800 microgram asid folik sehari. Vitamin B Complex Shaklee mempunyai 400mcg asid folik dalam 1 tablet. Cukup untuk keperluan ibu hamil.
Seelok-eloknya asid folik di ambil sebelum hamil dan diteruskan sehingga berpantang. Ini kerana asid folik dapat membantu menguatkan rahim. Selain itu, gangguan pertumbuhan saraf pada janin boleh berlaku seawal minggu pertama kehamilan. Sebabnya pada waktu ini, saraf dan tulang belakang janin sedang pesat terbentuk.

Vitamin C Sustain Release
Vitamin C sangat-sangat penting dalam membantu melindungi sel penting daripada mengalami kerosakan akibat bahan pencemar dan radikal bebas.
Melindungi sel penting yang terlibat dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel dan tisu dalam badan.
Vitamin C juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
Selain itu, vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi oleh tubuh. Zat besi sangat penting untuk pembentukan hemoglobin. Hemoglobon bertugas untuk angkut oksigen dalam darah dan diedarkan ke seluruh tubuh.
Istimewanya Vitamin C Shaklee adalah ia mempunyai sistem sustain release di mana vitamin c akan dibebaskan secara berperingkat dalam badan. Jadi, badan akan dapat serap vitamin C secara optimum.
1 biji vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 biji buah oren. Mampu kah nak makan 7 biji oren sehari?

OsteMatrix
Ibu hamil perlukan kalsium 1000mg-1300 mg sehari. 1 hidangan Ostematrix (bersamaan 4 biji) cukup untuk keperluan minimum ibu.
Istimewanya OsteMatrix Shaklee ni, ia bukan sekadar mengandungi kalsium semata-mata, malah mengandungi vitamin D dan magnesium.
Vitamin D penting diambil bersama-sama kalsium sebab ia membantu penyerapan kalsium.
Manakala magnesium pula membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan tulang.
Kalsium dapat membantu memperbaiki rangsangan uraf saraf, elakka  kekejangan otot terutama bagi ibu hamil. Biasa kan orang kata ketika hamil terutama bila dah sarat akan kena simpul biawak. Alhamdulillah semasa saya hamil dan amalkan ostematrix ini tak kena simpul biawak tu.
Kalau ibu hamil kurang kalsium, ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu pula akan mengalami penyusutan jisim tulang dan gigi rosak. Malukan anak baru 2 3 orang tapi ibu dah takde gigi.
Selain itu, ibu juga berisiko tinggi untuk dapat osteoporosis jika kekurangan kalsium.


ESP

ESP Shaklee adalah protein yang diperbuat daripada soya Non-GMO.
Protein sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim dalam tubuh.
Untuk ibu hamil, protein diperlukan untuk pembentukan otot dan organ bayi, pertumbuhan plasenta atau uri, uterus (rahim) dan penghasilan susu. Keperluan protein semakin meningkat pada fasa trimester, sebab waktu ini bayi sedang membesar dengan pesat dan otot tubuhnya sedang aktif membentuk.
ESP juga bantu beri ibu tenaga dan tidak mudah letih. Saya dulu hamil masa bulan puasa, Alhamdulillah sepanjang berpuasa cergas dari pagi hingga sampai waktu berbuka. Siap bersilat di dapur setiap hari.

OmegaGuard (Omega-3)

Minyak ikan OmegaGuard boleh di makan bila sudah masuk trimester kedua.
Omega-3 sangat penting unthk pemebentuksb otak bayi. 
Ia mengandungi DHA dan EPA yang sangat penting untuk pembentukan otak, mata, sistem saraf dan sistem imun bayi. Pengambilan DHA dan EPA yang cukup semasa dalam kandungan juga akan mempengaruhi kehidupan awal bayi. Bayi yang mendapat cukup omega-3 semasa dalam kandungan mempunyai minda yang lebih tajam dan cepat belajar kerana mereka lebih fokus.
Selain itu, asid lemak omega-3 yang cukup juga dapat mengurangkan risiko ibu meroyan.

Vitalea

Ini adalah multivitamin daripada Shaklee.
Vitalea mengandungi zat besi (iron) yang cukup untuk keperluan ibu hamil termasuk ibu yang mengalami anemia atau hb rendah.
Ibu yang kekurangan darah semasa hamil mempunyai risiko bayi bersaiz kecil atau kurang berat. Pada keadaan yang lebih teruk, boleh menyebabkan kematian bayi.
Oleh itu, pastikan anda makan multivitamin secukupnya sepanjang kehamilan.

Vitamin, mineral dan nutrisi lengkap sangat penting sepanjang kehamilan. Bila sahaja anda mendapati diri anda hamil, anda WAJIB makan supplement prenatal lengkap jika mahu anda dan kandungan sihat dan selamat.

Untuk dapatkan Supplement Lengkap Ibu Hamil Shaklee

boleh hubungi saya
(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...