Thursday, 24 April 2014

Sembelit Semasa Hamil / Berpantang?! Oh Tidak!!!

Sembelit? Emmm memang menyeksakan, kannnn... lebih-lebih lagi kalau time pregnant trimester 3 atau selepas bersalin.. warghh.. rasa mcm nk pengsan..!!


Sebelum kita amik tau cara nak atasi sembelit ini, kita cari tau punca-puncanya ye..
Banyak faktor sebenarnya yang boleh menyebabkan sembelit. 



Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, pengaruh hormon progesteron yang memperlahankan proses pencernaan, disamping kandungan yang semakin membesar yang menekan usus menyebabkannya menjadi sempit dan susah untuk pergerakan najis ke usus besar dan rektum.. Selain itu, pengambilan supplement ferrous fumarate (untuk meningkatkan bacaan hemoglobin) boleh juga menyebabkan sembelit.






Bagi ibu-ibu yang sedang berpantang pula, perasaan risau luka jahitan terbuka sering menyebabkan ibu-ibu takut untuk membuang air besar dan menahannya. Akhirnya jadi la sembelit. Selain itu, pengambilan jamu-jamu yang panas, kurang minum air dan makan buah-buahan berserat, memburukkan lagi keadaan.


Sembelit bukan lah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Kerana sembelit boleh membahayakan kesihatan. Paling kerap yang kita dengar, sembelit menyebabkan buasir. Selain itu, sembelit juga boleh menyumbang kepada penyakit kanser kolon dan lain-lain penyakit usus seperti jangkitan kuman dan sebagainya.

Hmm.. sembelit bukan sahaja menyeksakan, tetapi turut membahayakan kesihatan.
Jom kita atasinya sebelum masalah lain timbul.

Antara cara-cara yang boleh anda amalkan adalah:

  • Minum air secukupnya. Lebihkan minum air masak @ plain water. Air yang cukup boleh membantu melembutkan najis, dan melancarkan pergerakan najis. Minum la air antara 8-10 gelas sehari.

  • Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat (contoh pisang, strawberi, carrot, mangga, jambu air, sayur berdaun hijau tua seperti bayam).. Roti wholegrain @ wholegrain cereal pun baik dimakan. 


  • Amalkan supplement yang mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Mana nak cari? hah, jangan risau, OsteMatrix Shaklee ada.. 


Macam mana OsteMatrix membantu elakkan sembelit?

Dalam OsteMatrix Shaklee ni, kaya dengan kalsium, magnesium dan vitamin D.
Kalsium dan magnesium yang cukup, boleh bantu mencegah atau melegakan masalah sembelit.


Di dalam kolon, kalsium bergabung dengan hempedu yang berlebihan serta lemak yang terurai membentuk sabun yang tidak larut yang tidak merbahaya. Ini memudahkan pergerakan najis dan membantu membersihkan usus.

Manakala magnesium pula bertindak seperti julap lembut, membantu mencegah sembelit dengan cara merehatkan dinding usus apabila ibu berasa stress atau bimbang. Ia menormalkan ketegangan pada dinding kolon dan membolehkan tindakan peristalsis atau pergerakan otot kolon seperti biasa.
Magnesium juga bersifat menarik air. Lebih banyak air dibawa ke dalam usus, membantu melembutkan najis dan mengelakkan sembelit.

Vitamin D pula membantu badan menyerap kalsium dengan lebih berkesan.

Testimoni dari saya sendiri :
Saya selama ini memang 2-3 hari sekali buang air besar, kadang-kadang tu memang sembelit kalau makan banyak terutama bila balik kampung. Almaklum nenek masak sedap-sedap.. hehe.. maka keras la perut saya..
Kini, sejak amalkan 2 biji OsteMatrix setiap malam (sebab tengah hamil, kalau tak memang biar je.. hehe), Alhamdulillah, hari-hari membuang tanpa dipaksa-paksa.. najis pon lembut sahaja..

So pada ibu-ibu yang sedang mengalami masalah sembelit atau bersiap sedia untuk elak sembelit, boleh try OsteMatrix ini.. 
Murah je.. Hanya RM61 sebotol, 120 biji.

Nak murah lagi? Jom join Shaklee.. 
Macam mana nak join ahli? Klik gambar di bawah.




Untuk order, boleh hubungi saya di :



Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...