Thursday 9 October 2014

Cabaran Hari 2 : Percutian Idaman Saya

Percutian Idaman Saya
Hmm... banyak sangat sebenarnya tempat saya nak pergi bercuti.. Almaklum la saya ni kaki jalan.. hehehe..
Setiap minggu mesti pegi berjalan.. tapi dekat-dekat je la.. g mana? Shopping mall je..
Sama ada Aeon @ Jusco atau Mahkota Parade.. 
hahaha..

Ok la, meh saya cerita tempat yang saya nak pergi..

Sebenarnya takde tempat yang specifik tapi saya teringin sangat nak pusing-pusing Europe.
Saya sukakan architecture serta pemandangan di negara-negara Eropah.

a) Saya teringin nak jalan-jalan di Kota London;
Jalan-jalan di London Bridge, Big Ben dan tempat-tempat yang menarik di sana seperti Buckingham Palace, Trafalgar Square dan Stonehenge.


 

b) Saya nak menikmati pemandangan indah Kota Cinta Paris.
bergambar di Eiffel Tower dan Arc de Triomphe.

c) Saya juga nak menikmati keindahan alam semula jadi di New Zealand. 
Almaklum selalu tengok cerita hindustan diorang kan suka guling-guling kat sana sambil nyanyi-nyanyi.

d) Saya nak melawat dunia magic Harry Potter di Universal Orlando Florida. Saya & sahabat saya Ain memang peminat Harry Potter. Dulu2 masa belajar selalu akan pergi ke bookstore setiap kali buku baru Harry Potter keluar.
And setiap siri filemnya teruja nak jadi antara orang terawal yang tengok. Hehehe.


e) Italy pun macam best jek kan.. hehehe


e) Korea adalah negara Asia yang saya teringin nak pergi. Rasanya ia adalah destinasi wajib bagi masyarakat Malaysia terutama Melayu. Penangan Kpop & Drama Korea la ni. Hehehe..
Tempat wajib nak pergi mestilah Nami Island & Jeju Island kan.. dengar kata memang cantik.. tengok gambar pun dah excited.

Jeju Island

Nami Island
rasanya memang bertuah la kalau dapat amik gambar clear macam ni, sebabnya selalu tengok gambar2 orang yg pergi sana, penuh sesak dengan manusia.. hahaha

Oh ya, if nak order sebarang produk Shaklee atau nak jadi ahli, 
mai la contact saya ye..

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah



4 comments:

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...