Monday 27 October 2014

Resepi Kek Coklat Meleleh

Semenjak ada oven ni rajin pulak nak try buat kek.. hehe.. Kali ni buat kek coklat pulak. Guna resepi yang sama di sini just tambah cream cheese saje dan topping tukar ke cokkat ganache.

Untuk bahan kek saya tambah :
50 gram serbuk koko
2 sudu besar cream cheese
(Saya pakai brand Emborg sebab tak jumpa yang Philadephia)



Cara adun dan bakarnya juga sama seperti entry sebelum ini.

Untuk lapisan cream tengah disebabkan saya dah terguna habis cream cheesenya (huhu) jadi saya just guna coklat ganache..
Memang betul-betul kek coklat ni.
hahahaha..

Resepi coklat ganache
Bahan-bahannya:
i) 200ml whipping cream (saya pakai brand Anchor kotak kecik ada 240ml)
ii) 300 gram dark coklat (saya pakai Berryl's Milk Compound) - potong / patahkan kecil.
iii) 1 Sudu besar mentega.

Caranya:
● Panaskan whipping cream atas api kecil sehingga mendidih.
● Tutup api dan masukkan coklat dan gaul perlahan dengan senduk plastik @ whisk.
● Jangan guna senduk kayu kerana dikatakan akan merosakkan tekstur coklat.
● Bila coklat dah cair, masukkan pula mentega dan gaul lagi sampai sebati.



Bila kek dah masak, coklat pun dah siap, 
So sila la decor kek anda..
Skill mendeko belum ada.. huhuhuhu..
Bahagian tengah tu saya guna kek span macam resepi sebelum ni.

Ganache ni agak cair so memang meleleh la bila siram.
Lepas siram saya masukkan dalam peti ais biar keras sikit.
Kalau anda nak terus makan pun boleh.

Tips untuk buat coklat ganache
Kalau anda nak yang cair macam coklat sirap Hershey's tu boleh guna nisbah
1 coklat : 1 cream.
Tingkatkan nisbah coklat untuk tambahkan kepekatan coklat ganache anda.

Resepi pelbagai lagi resepi dan tips untuk buat coklat ganache boleh rujuk sini
http://chocosweeties.blogspot.com
http://www.azlitamasammanis.com

1 comment:

  1. Pergh sedapnya. Leh try nie :D Nyum nyum. Kita lak gila coklat wekeke

    ReplyDelete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...