Monday 23 February 2015

3 Tanda Bersalin | Ketahui Bila Waktu Sesuai Ke Hospital Supaya Anda Tidak Ditahan Lama Dalam Wad

Biasanya kalau kita (wanita hamil) pergi check up kat klinik kerajaan, bila kandungan sudah mencecah 6 bulan ke atas, nurse mesti akan beritahu kita 3 tanda bersalin dan suruh kita terus pergi hospital jika mengalami 3 tanda bersalin tu (private saya tak pasti tapi rasanya mesti ada jugak). Apakah 3 tanda bersalin itu?

1) Yang pertama : Pecah air ketuban. Air ketuban ni biasanya berwarna jernih dan tidak berbau.. tapi jika kandungan dah melebihi 9 bulan, kadang2 air ketuban boleh berwarna dan berbau.. ini disebabkan baby dah berak dalam kandungan.

2) Yang kedua : Keluar darah @ bloody show. Darah ni boleh jadi banyak atau sedikit. Biasanya darah disertai sedikit lendir.
3) Yang ketiga : Contraction. Bagi mama yang 1st time pregnant mesti tak tahu macam mana rasa contraction tu kan.. biasanya anda akan rasa sakit dan perut mengeras untuk tempoh waktu yang tetap. Biasanya tanda-tanda awal contraction setiap 15 minit kemudian makin kerap sehingga 5 ke 3 minit. Bila dah makin kerap biasanya pintu rahim dah terbuka dan bersedia untuk melahirkan baby comel. Untuk 1st time mama, anda digalakkan untuk segera ke hospital walaupun contraction tidak kerap.

Untuk 2 tanda bersalin yang pertama di atas, agak mudah nak kesan kan..
Pecah air ketuban tu kalau tetibe keluar air yang banyak tanpa berbau.
Keluar darah pulak biasanya dalam bentuk stain bersama lendir jernih.
Untuk tanda contraction tu, biasanya sakit nya sampai menangkap kat peha sampai susah nak jalan. Atau kalau anda rasa sakit yang tak pernah anda rasa sebelum ni (sebelum mengandung), lebih baik segera ke hospital untuk pemeriksaan.

Semoga proses bersalin anda dipermudahkan dan anda dan baby comel sihat :)

Dapatkan set berpantang dan menyusu Shaklee.
Untuk sebarang pertanyaan atau pembelian
Hubungi saya :

(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

Untuk tutorial bagaimana nak gunakan eSell, sila klik ikon di bawah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...