Tuesday 4 November 2014

Resepi Bubur Lambuk Yang Sedap Dan Mudah

Bubur lambuk atau ada yang panggil bubur masjid sebab biasanya setiap Ramadhan, hampir kesemua masjid di seluruh Malaysia akan mengagihkan bubur ini setiap petang.
Bubur lambuk ni memang feveret kami sekeluarga.
Sedap kan? Hehehe.. 

Kami jarang la buat tapi kalau sekali sekala teringin tu, apa lagi jom ke dapur.. hehehe..
Meh saya kongsikan resepi mudah tapi sedap cara saya.

Resepi Bubur Lambuk Yang Sedap Dan Mudah
Untuk 3-4 orang makan (2 kali tambah, hehe)

Bahan-bahannya:
1 pot beras (pot standard yang dapat time beli periuk tu)
Air (untuk masak bubur)
1/3 - 1/2 cawan santan pekat
2 keping daging burger (dihancurkan, boleh guna daging cincang)
1 sudu besar rempah sup (jangan tinggi sangat)
1 sudu besar bawang merah (kisar)
1/2 sudu kecil bawang putih (kisar)
1/2 sudu kecil halia (kisar)
sedikit serbuk lada hitam (kasar)
sedikit garam
1 kiub ayam

Untuk hiasan :
Kacang tanah (goreng)
Daun sup (gunting kecil)
1 biji telur (buat telur dadar nipis)

Caranya :
Masak nasi sampai jadi bubur. Masak dengan api sederhana ye.
Sambil itu, tumis bahan kisar sampai wangi.
Kemudian, masukkan serbuk lada hitam, serbuk rempah sup, kiub ayam dan sedikit garam.
Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Bila nasi dah jadi bubur (macam peribahasa pulak, hehehe), masukkan daging dan masak sekali dalam bubur.
Lepas tu, masukkan rempah tumis tadi, kacau rata.
Kemudian, masukkan santan dan kacau rata.
Masak sekejap dan rasa garam cukup ke tak.
Kalau dah ok, masukkan daun sup tadi dan kacau rata biar wangi.
Telur dadar tadi potong la macam dalam gambar di bawah.
Senduk dalam mangkuk, hias dan makan.. hehehe..
Boleh tambah serbuk lada hitam (halus) atau lada putih (halus) semasa makan kalau nak.


Jemput makan.. =)

Suhailah
Pengedar Shaklee
0192882244

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...