Thursday 2 July 2015

5 Kelebihan OsteMatrix Yang Wajib Dinikmati Oleh Lelaki Dan Wanita Untuk Hidup Sihat Dan Gembira

Assalamualaikum.. 
Hari ini saya nak share 5 kelebihan OsteMatrix dari Shaklee yang wajib anda nikmati kalau tak nak rugi dan sihat. 
OsteMatrix bukan sekadar Kalsium
sebab tu OsteMatrix dapat membantu melegakan pelbagai masalah kesihatan termasuk seperti di bawah.

1. Bantu Atasi Kejang Dan Kebas
Selalu tak rasa kejang atau kebas? Haa tu antara tanda-tanda kekurangan kalsium. Biasa ibu-ibu hamil dan menyusukan mesti akan merasa keadaan ini walau sedikit, sebabnya kalsium ibu diserap oleh baby dalam perut / semasa menyusu setiap hari. Jadinya, pastikan anda (termasuk ibu-ibu hamil dan menyusukan) mengambil kalsium secukupnya setiap hari. 1 sajian Ostematix cukup untuk keperluan kalsium sehari untuk orang dewasa dan ibu hamil. Dengan mengambil Ostematrix secara konsisten, dapat membantu mengatasi masalah kekejangan dan kebas.

2. Membantu Atasi Masalah Sembelit
Hmmm.. sembelit memang menyeksakan, kan.. lagi seriau kalau tengah pantang. Saya masa tengah dah nak dekat bersalin, perkara ini la yang paling saya risaukan. Almaklum saya penah kena jahit 2 kali masa bersalin anak pertama sebab jahitan terbuka. Alhamdulillah sebelum pregant kali kedua saya dah berkenalan dengan Ostematix ini, so memang dah siap-siap dalam list supplement wajib semasa hamil dan bersalin. Alhamdulillah masa pantang takde sembelit datang menjengah.. hehe.. Ostematrix memang terbaik untuk mengatasi masalah sembelit sebab mengandungi magnesium yang membantu melembutkan najis. Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang tidak hamil atau menyusukan pun boleh makan. Sembelit atau tidak. Sebab kita semua memang perlukan bekalan kalsium setiap hari.

3. Menghilangkan Sakit Pinggang Dan Lenguh-lenguh
Ni pun sebab kenapa saya suka Ostematrix. Sakit pinggang masa pregant hilang dengan Ostematrix. Maaf la ye saya banyak kaitkan dengan ibu hamil, sebabnya semua simptom-simptom ini saya rasa semasa hamil. So lebih dekat dan senang bercerita. Tapi bukan bermakna ostematrix hanya untuk ibu hamil dan menyusu, ia sesuai untuk semua lapisan umur dan jantina.

4. Mengurangkan Stress
Salah satu sebab OsteMatrix menjadi kegemaran saya juga sebab ia boleh bantu kurangkan stress. Kandungan mineral yang seimbang dalam OsteMatrix dapat bantu stabilkan tekanan darah dan denyutan jantung, memelihara impuls saraf dan mengelakkan jantung berdebar-debar. Kalau konsisten makan OsteMatrix terutama sebelum tidur, stress hilang malah membantu dapatkan tidur yang lena.

5. Bantu Atasi Masalah Senggugut / Period Pain
Ostematrix memang penyelamat wanita yang mengalami senggugut / period pain. Dulu ibu mertua saya setiap kali datang bulan mesti terseksa dengan senggugut dan sakit kepala. Memang terbaring je la sepanjang masa. Alhamdulillah sejak amalkan Ostematrix ini, sengugut berkurang dan sakit kepala pun hilang. Siap boleh settlekan order kek lagi. Hehe..

>>Petua Melegakan /Mengurangkan Sakit Senggugut / Period Pain


Untuk sebarang pertanyaan,
Hubungi saya :


(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...