Wednesday 15 July 2015

Cara Solat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.. Apa khabar? Sekejap je dah sampai hari ke 28 Ramadhan kan. 2 hari lagi Syawal pula akan menjelma. Sedih ada gembira pun ada. Ok la, sempena nak raya ni, saya nak refresh sikit cara-cara Solat Hari Raya Aidilfitri. Almaklum setahun sekali je buatkan. Hehehe..


Solat Hari Raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.


Cara Solat Hari Raya Aidilfitri

Rakaat Pertama
1. Di mulai dengan lafaz takbir ratulihram dengan menyebut Allah hu Akbar disertakan
dengan niat di dalam hati.
2. Membaca doa iftitah
3. Lafaz takbir tujuh kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
4. Membaca surah al- Fatihah
5. Membaca surah al –Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua
1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat(takbir permulaan rakaat kedua)
2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-
Ghaasyiyah)
5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua
6. Memberi salam

Adab Solat Aidilfitri

  1. Menjamah sedikit makanan terutama tamar sebelum keluar bersolat sunat hari raya. Anas bin Malik menyebut: “Adalah Nabi SAW tidak akan keluar untuk solat Aidilfitri sehinggalah baginda memakan buah tamar terlebih dulu dengan bilangan yang ganjil (tiga atau lima atau tujuh biji).”
  2. Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid sekiranya tidak terlalu jauh.
  3. Pergi ke masjid menggunakan jalan yang berbeza dengan jalan pulang, agar dapat bertemu dan bermaafan dengan ramai kenalan.
  4. Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  5. Bersedekah dan bertahlil secara jemaah selepas solat sunat Aidil Fitri.
  6. Membanyakkan membaca takbir,tasbih, tahmid memuji kebesaran Allah SWT.
  7. Apabila selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri maka digalakkan bersalam-salaman kerana ia adalah cara terbaik memohon keampunan sesama insan.
  8. Apabila hari raya jatuh pada hari Jum’at, maka solat Jum’at menjadi sunnah, boleh diadakan dan boleh tidak tetapi untuk lebih afdal, khariah masjid jami’ sebaiknya tetap mengadakan solat Jum’at.
Semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan dan Syawal serta bulan-bulan seterusnya di terima Allah. Amin.
Selamat Menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Hati-hati memandu, memasak dan bermain bunga api. Jangan main mercun ya!

Ela

credit to JAKIM & shafiqolbu.wordpress.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...