Anak tidak mendengar kata,
pandai melawan dan degil. Ini antara komplen yang biasa kita dengar tentang
anak-anak kecil antara umur 4 hingga 6 tahun. Hakikatnya sifat ini memang
sinonim atau fitrah anak-anak di usia itu. Pada usia ini lah mereka belajar
tentang sikap, sifat dan perasaan. Masa ini adalah masa untuk mereka meneroka 'dunia' mereka dan juga 'dunia' luar
iaitu sekeliling mereka termasuk jiwa dan perasaan papa dan mama mereka. So,
papa dan mama, banyakkan bersabar ye. Hehehe..
Sebenarnya kita boleh
membentuk anak supaya mendengar kata. Tiada alasan sama ada anak itu lelaki ke
perempuan. Jika kita tahu caranya, inshaAllah kita akan dapat membentuk
peribadi anak menjadi lebih baik dan mendengar kata. Saya bukan kata anak yang
degil atau tak mendengar kata itu tidak baik ye, sebab anak-anak di usia ini
seperti saya cakap tadi, memang fitrah sifat mereka begitu. Namun, tidak
bermakna kita tidak boleh melentur mereka. Nak tahu rahsia mendidik anak
mendengar kata?
Rahsianya adalah :
1) KONSISTEN dan TEGAS. Dalam mendidik anak, ibu bapa sendiri kadang kala tidak tegas atau konsisten dalam menetapkan peraturan dan arahan. Sekejap kita kata boleh, sekejap kita kata tak boleh. Anak-anak akan jadi keliru. Kadang-kadang bila anak merajuk sikit kita pun terus berubah fikiran dan benarkan mereka buat apa yang kita larang sebelum ini. Next time mereka akan buat perkara itu walaupun kita melarang. Maka berulang la kisah yang sama, larang anak > anak merajuk > kita ubah fikiran. Sudahnya anak akan tidak mendengar kata lagi bila kita marah atau larang kerana mereka tahu akhirnya mereka yang akan menang.

Oleh itu, untuk pastikan anak mendengar kata,
mama dan papa kena sentiasa konsisten dan tegas dalam menetapkan peraturan.
Contohnya, menetapkan waktu tidur anak, menetapkan waktu bermain, belajar dan
perkara-perkara yang mereka boleh buat atau tidak. Macam suami saya akan
tetapkan anak kami mesti masuk tidur pukul 10 malam. Mengantuk atau tidak,
mesti masuk bilik dan tidur. Kadang-kadang lama jugak la leeya terkebil-kebil..
hehe.. Ada masa, kita boleh bertolak ansur dengan anak. Tapi kita kena jelaskan
kenapa ada special treatment atau pengecualian dari peraturan biasa supaya
mereka tak keliru. Macam contoh saya, waktu tidur anak weekdays tetap jam 10
malam. On weekend, kami longgarkan waktu tidur dan kami jelaskan kenapa boleh
tidur lambat masa weekend. Tapi budak-budak kalau dah biasa tidur awal, kita
tak suruh pun diorang dengan sendiri akan pergi masuk bilik dan tidur. Hehe..
》Baca juga : 7 Cara Terbaik Tangani Anak Yang Suka Melawan

2) SEPAKAT ; Selain tegas dan konsisten,
mama dan papa pun kena sepakat dalam mendidik anak agar mendengar kata. Jangan papa
dah cakap tak boleh, pergi kat mama, mama pulak kata boleh. Hah, memang tak
menjadi la kalau macam ni. Mama dan papa kena bersatu hati. Mama kena kuatkan
hati dan tegas ye. Papa pun sama. :)
》 Baca juga : 6 Tips Membentuk Anak Bijak
3) HADIAH ; Jangan memberi mereka reward atau hadiah kerana tidak mendengar kata. Contohnya, bila time jalan-jalan, especially kat shopping mall, mesti ada mainan atau jajan yang menarik perhatian anak. Apabila kita menolak permintaan mereka untuk beli, maka bermula la episod memberontak. Saya percaya kalau mama ni mesti akan mengalah dan terus belikan apa yang diminta oleh anak supaya anak terus diam dan tak membuat 'onar'. Haa.. ini juga satu kesilapan besar ye. Ia akan memberi gambaran kepada anak, bahawa mereka akan diberi 'hadiah' atau ganjaran jika mereka memberontak. Akhirnya mereka akan tidak mendengar kata lagi di masa hadapan.
》 Baca juga : Tips Mendidik Anak Bantu Kerja2 Rumah Sejak Dari Kecil
Selain memastikan mereka mendengar kata dan berdisiplin, mama dan papa juga kena pastikan pemakanan mereka terjaga. Anak-anak yang sedang membesar memerlukan nutrient lengkap untuk pertumbuhan mereka. Biasanya kesemua nutrient boleh didapati dalam makanan harian. Tapi bagi kes anak picky eater, tak suka sayur, atau pun cara sayuran mahupun protein dimasak menyebabkan vitamin dan nutrient lain hilang.
Mama dan papa jangan risau sebab Vitalea for Children ini mempunyai vitamin dan mineral yang lengkap untuk keperluan kanak-kanak.
Boleh baca sini untuk ketahui lebih banyak tentang bagaimana Vitalea for children dapat membantu mama dan papa.
Macam mana nak order?
Hubungi saya Suhailah
whatsapp 0192882244
FB : Aliyya Soffiya
Nak dapat FREE Vitalea (dewasa)?
Hubungi saya untuk maklumat lanjut.