Monday 9 January 2017

Shaklee Sokong Israel?

Kisah Shaklee dan Israel dah lapuk dah.. tapi masih ada rakyat Malaysia terutama umat Islam yang masih keliru dan ragu2 dengan status hubungan Shaklee dan Israel.


Untuk makluman semua pengguna Shaklee, syarikat Shaklee tiada kena mengena dengan Israel dan segala aktiviti kekejaman mereka secara langsung atau tidak langsung.  

FAKTA 1: WEBSITE KENESETH ISRAEL


Website ni memang menjadi topik dan modal utama pihak yang ingin membuktikan kaitan Shaklee dan Israel. Website ni memang website organisasi yang sokong Israel dan penyumbang kepada dana Israel. Tapi takde kaitan langsung dengan Shaklee.
Abis tu kenapa ada logo Shaklee kat website tu? Haaa.. sebenarnya logo tu just sebagai affliate atau link bagi pelayar atau pengunjung website KI tu untuk beli produk Shaklee.

FAKTA 2: LOGO SHAKLEE DI WEBSITE KENESETH ISRAEL

Kenapa ada logo dan link Shaklee kat situ? Haa sebabnya salah seorang board member organisasi tersebut adalah pengedar Shaklee. So bila orang klik dan beli produk Shaklee dari link tersebut, maka automatik pembelian tersebut masuk ke dalam akaun Shaklee beliau.


Sama macam saya buat kat blog ni. Perasan tak ada logo eSell kat tepi kanan blog saya ni? (Kalau guna telefon, tukar kan kepada website view). Dengan hanya klik eSell tersebut anda boleh beli produk Shaklee direct tanpa perlu menunggu respon dari saya.
Contoh lain adalah link Nuffnang yang banyak terdapat dalam kebanyakan blog dan website.

FAKTA 3: KENYATAAN RASMI SHAKLEE MALAYSIA

Shaklee Malaysia sangat mengambil berat akan isu2 sensitif rakyat Malaysia terutama umat Islam. Sebabnya kita la penyumbang terbesar kepada kemajuan syarikat Shaklee. Oleh itu, pihak Shaklee Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menyatakan bahawa Shaklee tiada kena mengena dengan Israel. 


Jika anda masih ragu2, anda boleh hubungi pihak Shaklee Malaysia terus.

Ps: sila baca menggunakan web view untuk melihat pilihan produk Shaklee dan set cadangan yang sesuai untuk anda.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...