Monday 16 January 2017

Faktor Sukar Hamil

Memang menjadi impian setiap pasangan suami isteri untuk menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi pasangan yang telah lama berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata.


Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap kesuburan seseorang seperti pemakanan, berat badan dan waktu subur.

Jika anda dan pasangan antara mereka yang masih belum berjaya memiliki cahaya mata, jom check;

1) Kafein
Pengambilan kafein setiap hari boleh membantutkan peluang untuk hamil. Kafein yang tinggi dikatakan boleh mengganggu proses pematangan sel telur / ovum. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein maksimum 2 3 cawan seminggu.

2) Berat badan
Biasa nya bagi pasangan yang mempunyai tubuh yang agak besar, doktor pasti akab sarankan untuk mereka menurunkan berat badan yang lebih ideal dalam proses untuk dapatkan anak. Ini adalah kerana lemak yang berlebihan akan menyebabkan pembebasan hormon estrogen yang tinggi. Bila hormon estrogen tinggi, ovulasi pon jadi tak teratur.


3) Haid tidak teratur
Haid yang tidak teratur antara punca paling utama ramai yang sukar hamil. Haid tak teratur biasanya disebabkan oleh paras hormon (FSH) yang rendah. Hormon ini berkait rapat dengan kualiti dan kuantiti telur yang dihasilkan. Bila haid tak teratur, bermakna penghasilan telur juga tidak teratur seterusnya peluang untuk sperma bertemu telur juga nipis.

Atasi haid tidak teratur

4) Keputihan
Keputihan yang teruk boleh menyebabkan penyumbatan pintu rahim atau leher vagina. Ini menghalang sperma daripada menembusi ruang rahim dan bertemu telur. Selain itu, bakteria yang menyebabkan keputihan juga boleh merosakkan sperma dan mengganggu kualiti sperma. Dalam keadaan yang teruk, bakteria tersebut juga boleh memasuki ruang rahim dan merosakkan telur.

Atasi masalah keputihan

5) Waktu yang kurang tepat
Ramai yang tidak tahu dan ambil tahu mengenai waktu subur.  Bersama pada luar waktu subur akan menyebabkan kegagalan proses persenyawaan kerana jangka hayat sperma di dalam rahim tidak lama. Jika tiada telur dihasilkan pada waktu itu, maka sperma akan mati begitu sahaja. Selain itu, kurang bersama pada waktu subur juga salah satu puncanya. Ramai pasangan muda yang bekerja. Oleh itu, pada waktu malam mereka sudah keletihan dan tiada nafsu untuk bersama.


Jika anda ingin berusaha hamil dengan supplement Shaklee,
boleh hubungi saya
(ID 930065)
Whatsapp Suhailah : 019-2882244



Ps: sila baca menggunakan web view untuk melihat pilihan produk Shaklee dan set cadangan yang sesuai untuk anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...