Sunday, 5 March 2017

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2017 Negeri Melaka

Semalam saya dan suami menghadiri sesi taklimat mengenai peperiksaan UPKK atau nama penuhnya Ujian Penilaian Kelas Kafa. Taklimat diberikan oleh pegawai Jabatan Agama Islam Melaka. Bagusnya pegawai tersebut, beliau bukan setakat beri maklumat mengenai peperiksaan tapi juga tips dan nasihat untuk ibu bapa. Memang terkesan la. Nak tahu apa nasihat beliau? Saya akan beritahu di entry bawah.


 Untuk mereka yang tak tahu lagi apa itu UPKK. UPKK sebenarnya adalah proses penilaian untuk pelajar sekolah rendah agama tahun 5 tentang kebolehan, penghayatan dan kemahiran mereka dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulun Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab, Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Banyakkan. Huhuhu..

Jadual waktu peperiksaan UPKK bagi negeri Melaka

Jadual peperiksaan UPKK 2017 Melaka
maaf gambar tak berapa clear. Di bawah saya senaraikan kembali jadual peperiksaan UPKK 2017

1) Ujian Amali Solat
1 Feb - 30 Ogos 2017
3 ptg - 4.30 ptg

2) Ujian Penghayatan Cara Hidup Islam
1 Feb - 30 Ogos 2017
3 ptg - 4.30 ptg

3) Al-Quran (Kertas 1 & 2)
18 Sept - 29 Sept 2017
3 ptg - 4.30 ptg

4) Ulum Syariah (Akidah & Ibadah)
2 Okt 2017
2.30 ptg - 4 ptg

5) Sirah
3 Okt 2017
2.15 ptg - 3.45 ptg

6) Jawi dan Khat
3 Okt 2017
4 ptg - 5.30 ptg

7) Adab I
4 Okt 2017
2.30 ptg - 4 ptg

8) Adab II
4 Okt 2017
4.15 ptg - 6.15 ptg

9) Lughah Al-Quran
5 Okt 2017
2.30 ptg - 4.30 ptg
Untuk makluman mereka yang masih tak tahu (saya pun baru tahu tadi hihi), sijil UPKK ini boleh digunakan untuk melayakkan pelajar masuk ke sekolah menengah agama peringkat negeri dan juga kebangsaan. So kalau tuan puan nak masukkan anak-anak tuan puan ke sekolah menengah agama, maka wajib mendapatkan sijil UPKK ini.

Senarai sekolah menengah agama yang ada di negeri Melaka.


Kalau Tuan puan berhajat untuk masukkan anak-anak ke salah satu sekolah menengah agama di atas, tuan puan dah boleh la merancang dan membantu anak-anak untuk score UPKK nanti.

Nasihat kepada ibu bapa

Saya rasa sangat tersentuh dengan nasihat pegawai tersebut. Beliau ada menyentuh mengenai peranan ibu bapa dalam membentuk kejayaan anak-anak. 
Kata beliau 
Anak-anak tidak dilahirkan bodoh atau pandai. Anak-anak tidak dilahirkan untuk gagal atau berjaya. Tetapi mereka boleh jadi bodoh atau pandai, boleh jadi gagal atau berjaya. Bergantung kepada bagaimana, kita sebagai ibu bapa memainkan peranan mendidik dan membimbing mereka.

Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak-anak



Sebagai ibu bapa, setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita untuk anak-anak adalah doa. Oleh itu,wajib bagi kita bercakap benda yang baik-baik kepada anak-anak. Walaupun masa tu tengah nak marah. Biasanya anak-anak akan sering di marah pada waktu pagi. Ketika mereka bersiap-siap nak ke sekolah. Kita pon bersiap-siap nak pergi kerja. Tengok anak-anak masih lagi terhegeh-hegeh. Apa lagi keluar la suara petir ibu marahkan anak. Si ayah pun menyinga. Kesian anak-anak. Pagi hari mereka dimulakan dengan kena marah. Kalau kita pun mesti tak suka kan, pagi-pagi datang kerja terus kena marah dengan bos. Terus takde mood nak kerja. Begitu juga dengan anak-anak. Haish memang sentap betul la dengar. Menusuk kalbu. Majoriti ini lah kesilapan kita sebagai ibu bapa.

Cara Mendidik Anak - Pesan Saidina Ali


Ini nasihat sahabat dan juga saudara Rasulullah, Saidina Ali tentang cara yang terbaik mendidik anak-anak. Setiap peringkat umur mereka, kita perlu gunakan pendekatan yang berbeza.


Marilah kita berusaha mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. Kerana kita akan perlukan doa mereka selepas kita mati nanti.

Selain didikan yang baik, pemakanan anak-anak juga perlu dijaga. Kehidupan anak-anak zaman sekarang lebih mencabar berbanding kita dulu. Oleh itu, mereka perlukan nutrisi lengkap bagi menampung keperluan tenaga harian mereka. 
Cara paling mudah nak menampung lompong-lompong nutrisi anak-anak yang tidak dapat diperolehi daripada makanan adalah dengan pengambilan supplement.

Supplement minda kanak-kanak

Tips anak bijak

Supplement Shaklee adalah yang terbaik kerana ianya lengkap dengan vitamin dan nutrisi termasuk protein untuk tumbesaran anak-anak dan asid lemak omega-3 untuk perkembangan otak mereka.
Yang paling penting ianya natural dan selamat. 
Mahukah anda melihat anak-anak keletihan setiap hari? Struggle untuk kekal fokus belajar dari pagi hingga ke petang.
Mahukah anda melihat susuk tubuh mereka semakin melidi kerana tidak cukup nutrisi? 
Kalau tidak mahu, pastikan anda memiliki Supplement Kesihatan Lengkap Anak-anak daripada Shaklee. 

Bagaimana nak dapatkan supplement ini?

boleh hubungi saya
(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah

P/s: jika anda rasa artikel ini bermanfaat untuk rakan-rakan anda, silakan share. Semoga nasihat pegawai di atas sampai kepada mereka dan semoga anak-anak kita semua mendapat didikan yang sempurna daripada ibu bapa mereka. InsyaAllah.

Credit info : Jabatan Agama Islam Melaka

1 comment:

  1. Slots of Vegas - Overview, Prices, Reviews & Reviews - Mapyro
    Casino Las Vegas, Nevada - See Mapyro's 경상북도 출장샵 location, hours, map, 포천 출장안마 reviews and information for Casino 부천 출장안마 Las Vegas, 남원 출장안마 Nevada. 오산 출장안마

    ReplyDelete

komen anda sgt2 dihargai. Tinggalkan juga link anda. InshaAllah sy dtg melawat blk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...