Tuesday, 7 March 2017

Tips Turunkan Suhu Badan Anak Demam Tanpa Ubat

Musim demam kembali datang. Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak, ramai yang dah start batuk-batuk dan selsema. Suhu badan pun dah mula dedar. Paling kesian kalau anak kecil diserang demam selsema. Paling merisaukan kalau suhu badannya tinggi. Anak kecil terutama bawah 2 tahun seeloknya jangan diberi ubat. Tapi kalau tak bagi ubat macam nak turunkan suhu? Anda boleh cuba petua-petua di bawah ini.

Sponging / tuam air suam


Teknik sponging atau tuam dengan air biasa sekerap yang boleh. Tapi ingat jangan guna air sejuk. Pada waktu siang, gunakan air biasa. Pada waktu malam gunakan air hangat sedikit (jangan air panas pulak ye). Kenapa kena guna air biasa atau air hangat? Sebabnya air biasa dan air hangat dapat membuka liang-liang roma untuk bebaskan haba dari badan. Kalau pakai air sejuk, liang-liang roma akan mengecut dan menghalang haba keluar dari badan.

Mandi air hirisan lemon / Lumur asam jawa

Sebiji lemon dihiris nipis dan diramas dalam air mandian anak. Buat setiap kali nak mandi.  Kalau badan anak tengah panas, mandi la 3 - 4 kali sehari. Atau boleh lumurkan badan anak dengan asam jawa. Kedua-dua cara ini insyaAllah boleh bantu sejukkan badan. Tapi saya tak prefer asam jawa. Kotor nanti baju dan tilam. Hehehe..

Stokin bawang putih.


Bawang putih sangat bagus dan terkenal dengan sifat antibiotiknya. Stokin bawang putih insyAllah dapat bantu kurangkan selsema dan batu berkahak.
Cara-cara nak buat stokin bawang putih; panaskan seulas atau 2 ulas bawang putih tanpa ditanggalkan kulitnya. Kemudian, ketuk hingga leper. Campurkan sedikit minyak masak baru. Sapukan tapak kaki anak dengam minyak bawang putih tadi.Pakaikan anak stokin nipis atau berlubang. Lepas tu, letak bawang putih tadi dan pakaikan 1 lagi lapisan stokin. Elakkan letak bawang putih direct pada tapak kaki anak sebab bawang putih panas.

Sentiasa pantau suhu


Semua petua diatas boleh dicuba jika suhu badan anak tidak mencapai 39 darjah celcius. Jika suhu anak mencapai 39, segeralah bawa ke klinik. Tapi sebelum itu, mandikan anak dulu untuk turunkan suhu. Almaklum nak jumpe doktor pun mungkin akan ambil masa yang lama. Jadi mandikan anak dulu untuk elakkan suhu badannya naik sementara menunggu giliran berjumpe doktor.

Selain rawatan semasa demam, adalah lebih elok jika kita cegah terlebih dahulu. Selalu diserang demam juga tidak elok bagi anak kecil. Ia boleh membantutkan pertumbuhan mereka. Jika keadaan yang teruk, macam demam panas berpanjangan, dikhuatiri boleh menyebabkan kecacatan kekal.

Tingkatkan Sistem Imun Anak

Macam mana cara nak bantu boostkan sistem pertahanan tubuh mereka? Papa dan mama boleh beri mereka nutrisi dan supplement pelengkap anak-anak. Untuk anak-anak berusia 2 tahun ke atas, papa dan mama boleh beri mereka Nutriferon, OmegaGuard, multivitamin kanak-kanak iaiu Vitalea, Mealshake dan Vitamin C.

Nak tau apa fungsi dan kebaikan  setiap supplemen ini dan bagaimana supplemen ini boleh bantu tingkatkan kesihatan anak-anak, boleh baca entry saya sebelum ini 》Supplemen Kesihatan Untuk Kanak-Kanak

Tapi macam mana untuk anak yang bawah 2 tahun? Boleh ke ambil supplemen ni?
Untuk anak-anak bawah 2 tahun, seeloknya ibu yang menyusu yang makan supplemen ini. Tapi kalau ibu tidak lagi menyusu badan, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Untuk anak 1 tahun ke atas dah boleh sebenarnya tapi salam kuantiti yang sedikit dan tidak kerap.

Berikut perkongsian ibu-ibu yang gembira dengan tahap kesihatan anak-anak mereka setelah amalkan supplemen Shaklee.


Macam mana nak dapatkan supplemen Shaklee ini?
boleh hubungi saya
(ID 930065)
Whatsapp / WeChat: 019-2882244
Email: n_su2008@ymail.com

kalau anda nak beli produk Shaklee terus dari Shaklee, boleh melalui applikasi eSell dari Shaklee.
Untuk order, sila klik ikon di bawah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...