Sunday 22 December 2013

CoQHealth Plus



CoQHealth Plus Shaklee, produk terbaru Shaklee..
Apa sebenarnya produk ni ye.. jom baca lebih lanjut..

CoQHealth Plus Shaklee ni mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan lebih baik.

Apa CoQ10 itu sebenarnya? Apakah fungsinya?
CoQ10 adalah coenzyme, iaitu sesuatu bahan yang hampir sama dengan vitamin dan terdapat di dalam setiap sel badan. Badan kita sebenarnya menghasilkan CoQ10 dan menggunakannya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan tubuh.
Selain berfungsi dalam penghasilan tenaga (menukarkan makanan kepada tenaga), CoQ10 dikatakan bertindak sebagai ANTIOKSIDAN. zaman sekarang ni, terlalu banyak badan kita terdedah kepada radikal bebas, baik dari pemakanan, mahupun persekitaran..

Anda tentu tertanya2, kalau CoQ10 memang dihasilkan oleh tubuh kita, jadi kenapa kita perlu makan supplement CoQHealth Plus ni?
Tubuh kita semakin hari semakin tua, seiring dengan usia kita.. oleh yang demikian, penghasilan CoQ10 juga semakin berkurang. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh kita berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan semakin menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, penghasilan CoQ10 akan berkurang kepada 68.2%.
Selain usia, banyak lagi faktor lain seperti diet tak seimbang, pendedahan kepada radikal bebas (yang banyak dipersekitaran & makanan), serta penggunaan ubat-ubat tertentu seperti ubat merendahkan kolesterol, boleh mengurangkan tahap CoQ10 dalam tubuh kita.
Oleh yang demikian, kita perlu mengambil CoQ10 dari sumber luar (makanan) bagi memastikan tahap CoQ10 dalam badan adalah optimum iaitu cukup untuk keperluan tubuh.

Apakah makanan yang mengandungi CoQ10? Kenapa perlu pilih CoQHealth Plus Shaklee?
Ya, CoQ10 boleh didapati dalam makanan seperti daging, ayam, kekacang panggang, brokoli rebus, oren, strawberi dan telur rebus. Namun, kandungannya adalah sangat rendah. Untuk mendapatkan jumlah yang setara dengan 28mg CoQ10 dalam CoQHealth Plus Shaklee, anda perlu memakan hampir 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli. Dengan mengambil hanya sebiji sehari CoQHealth Plus Shaklee, anda dapat membekalkan sebanyak 28mg CoQ10 kepada tubuh anda.
Selain itu, kombinasi CoQ10 dan Vitamin E, dapat meningkatkan keupayaan antioksidan kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana semula Vitamin E untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap sel-sel tubuh.
Ekstrak Teh Hijau pula mengandungi procyanidins yang telah ditemui dapat membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung).

CoQ10 terbukti dalam membantu penghasilan tenaga terutama dalam jantung, melindungi arteri daripada oksidasi LDL serta membantu pengaliran darah yang baik.

Selain menghasilkan tenaga dan berfungsi sebagai antioksidan, CoQ10 juga dapat membantu meningkatkan kesuburan suami isteri. Macam mana tu ye? Nanti saya akan kongsikan info tentang ini pula ye..
Stay tune ;)

Untuk tempahan boleh hubungi saya suhailah di n_su2008@ymail.com atau 0192882244.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...